Tuesday, 22 December 2015

Surirumah seperti saya, mudah faham semasa belajar bina blog dengan Abdr.

Entri #76: Surirumah seperti saya, mudah faham semasa belajar bina blog dengan Abdr.
Pelajar: Siti Zaiton Ahmad
Kelas: Kelas asas blog dan penulisan kreatif


Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan faktor umur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewat untuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillah saya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun  ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan entri ke dalam blog, layout, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.



--- 
Bina blog sendiri tak perlu upah orang. 
Belajar secara online tak perlu keluar dari rumah. 
Abdr tawarkan 3 kelas blog:
1) Kelas blog penulisan
2) Kelas blog penulisan kreatif
3) Kelas blog bisnes

Thursday, 17 December 2015

Pengalaman tak seronok beli barang online.

Entri #75: Pengalaman tak seronok beli barang online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya berminat dengan kad imbas. Tetapi stok pembekal habis jadi saya bertanya pengedar berdaftar. Seorang pengedar ini, Puan A masih berbaki satu set kad imbas dan banyak lagi poster katanya. 
Saya masih belum sahkan dan bayar pesanan. Namun, tanpa pengetahuan dan permintaan saya, barang telah diserahkan kepada saudaranya yang tinggal berdekatan supaya saudara itu dapat menghantarnya ke rumah. Katanya poster akan rosak jika dipos. Satu set kad imbas, satu set poster dan saya diberi percuma satu set poster lagi. Sayangnya, kad imbas tak cukup satu huruf. Saya bertanya adakah poster percuma itu disebabkan ketakcukupan satu huruf? Lalu ini menjadi cerita sedih yang diulang-ulang oleh Puan A hingga akhir urusniaga.
.
Puan A sangat baik hati memberi penyelesaian akan pos ketakcukupan huruf itu dengan kad imbas anaknya. Saya berat untuk menerima sebab mesti ada penyelesaian yang lebih baik. Kasihan Puan A ..dia tak perlu tanggung kos gantirugi. Watsap adakala salah faham, jadi saya telefon, tak berjawab. Barulah saya tahu, setelah beberapa hari berlalu Puan A belum pos kad ganti kerana suami tak ada tak dapat nak uruskan pos. Puan A mula sedih.
.
Suaminya menelefon sebagai orang tengah sebab Puan A kurang sihat tak dapat bercakap. Mohon saya bayar satu set poster manakala dua set yang lain dikira halal. Menjelaskan poster banyak tak terjual jadi isteri kerap beri percuma tak pernah ada isu. Isteri lembut hati, pening, tak cukup rehat dan tidur kerana menjaga anak demam panas, telefon isteri rosak jadi watsap agak lambat. Di sebalik semua itu, saya dengar dengan jelas Puan A berkata begitu begini kepada suaminya.."poster" "rm30" "rm60" "percuma". Saya bertanya adakah isteri bekerja. Tak, suri di rumah sambil berniaga. Berniaga apa. Tak dijawab dengan jelas. Pelbagai katanya.
.
Tentu ada penyelesaian yang lebih baik. Saya fikir elok saya hubungi pembekal. Barang rosak boleh ganti. Puan pembekal mohon maaf.. ini masalah biasa.. masalah percetakan 1000 set. Puan pembekal akan pos kad ganti yang mana gantirugi adalah daripada syarikat percetakan. Saya bayar rm60 ke akaun Puan A dan terangkan pada si suami. Pada masa ini, segala urusan bertukar ke talian suaminya walaupun urusniaga dengan Puan A. Puan A hilang terus tanpa khabar berita.
.
Sedikit cerita bukan untuk mengaibkan. Lebih kepada nota diri sendiri agar tak berbuat sama kepada orang lain.
Ada beza antara berniaga ikut-ikutan,
berniaga untuk duit sudah terjual tutup pintu,
berniaga isi masa lapang,
berniaga untuk tolong orang,
berniaga untuk kongsi kebaikan.

Juga besar bezanya bisnes online yang 
ada kedai online, 
ada matlamat berniaga online, 
bersedia dan tahu asas pemasaran online, 
bijak urus masa tenaga antara keluarga dan bisnes online.

---


Ilmu berniaga online, daftar kelas mula bisnes online dan dapat bonus baca 10 naskhah bekerja dari rumah (gambar di bawah) yang sangat berbaloi.


Matlamat ditawarkan kelas mula bisnes online adalah pelbagai. 
1. Ringkasnya, ia tapak mula untuk surirumah yang zero bisnes online, mahu mula tak tahu cara tak ada produk, belajar bertatih bina kedai online dan belajar berjualan bermula pendapatan RM10 ditingkatkan sedikit demi sedikit. 
2. Juga sesuai untuk suri yang telah bekerja atau bisnes dari rumah, suri bekerja pejabat yang mahu belajar dan jana pendapatan sambilan. 
3. Boleh juga untuk kaum adam. 
4. Kerana dengan mendaftar boleh bina rangkaian pengedar, cari kenalan baru, peluang bisnes baru dan kumpulan sokongan melalui jaringan ukhwah Abdr. 
5. Belajar urus masa, tenaga, emosi, seimbangkan keperluan keluarga dengan bisnes.
6. Kelas yang direka dapat belajar hanya dari rumah.
Dengan mendaftar kelas ini, kalian akan belajar bina kedai online sendiri A-Z hingga siap hingga boleh mula berjualan.


Sunday, 13 December 2015

Internet membantu perniagaan kalian sama ada perniagaan 100% internet atau bukan.

Entri #74: Internet membantu perniagaan kalian sama ada  perniagaan 100% internet atau bukan.
Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/internet-membantu-perniagaan-bukan-internet-bahagian-1/
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal :

Terlebih dulu, langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri.

+ mendapat 100-200 pelawat, melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
+ Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
+ meletakkan segala maklumat atau presentationperniagaan anda.
+ prospek tahu maklumat perniagaan anda dan mereka tidak perlulah pergi ke kedai anda untuk mempelajari apa yang anda sediakan.
+ merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik melalui tip-tip menarik mengikut fokus blog.
+ tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari.

Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

Pasak bisnes kalian di Internet dengan cara mudah.. bina blog bisnes dan penulisan bersama Abdr. Belajar kongsi tip-tip menarik dan segar berdasarkan fokus blog. Belajar tanpa perlu keluar dari rumah. 

Nota Rezeki umi:
Fokus blog qaseh gold bangi ialah kedai qaseh gold dan barangan ana edar (stokis bangi/kajang).

Friday, 11 December 2015

Genap setahun bekerja dari rumah.

Entri #73: Genap setahun bekerja di rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah. Genap setahun bekerja dan bisnes dari rumah. Dalam tempoh itu saya berjaya mengadakan simpanan pelaburan dan emas. Beberapa hadiah kerana mencapai target jualan:
- makan malam #sept25ksd
- buku kiamat oleh Puan Masayu Ahmad
- buku BAD, ADR oleh Puan Anys Idayu Zakaria
- emas oleh Puan Zalina Zulkapli

Apalah sangat semua itu, berbanding orang lain yang jauh memecut ke depan. Hingga mampu membina rumah untuk orang tua, punya nilai simpanan yang lebih besar, membayar bil perubatan ibubapa di hospital pakar, umrah sekeluarga.

Jika nilai wang kekayaan yang kalian intai, telah saya ceritakan di atas. Namun, saya lebih bersyukur tenangnya kehidupan, dapat uruskan persekolahan anak, asuh, ajar anak mengaji, homeschooling, membersih mengemas rumah sepuas hati. Beramal tanpa risau bos cari. Ini yang tak dapat dibayar dengan apa sahaja.

Maafkan saya jika kelihatan bongkak atau mempamer. Saya hanya mahu menyatakan kita suri di rumah boleh berjaya dengan bekerja dan bisnes dari rumah. Usaha tanpa jemu, jaga aliran tunai, bijak urus masa, merendah diri. Doa banyak-banyak. Yakin pada kemampuan diri, pada Allah. Kita bukanlah siapa-siapa. Kita asalnya dari tanah yang kita pijak dengan tapak kaki sendiri saban hari.

Nota Rezeki umi:
Jana wang dari rumah tak mustahil.
---
Mari jana wang dengan blog dari rumah bersama-sama kami. Belajar guna blog sebagai medium pengiklanan percuma. Bisnes produk digital yang mudah santai tanpa uruskan stok atau pos.
Pengedar atau dropship Anaedar DI SINI Qaseh gold bangi.

Tuesday, 8 December 2015

Saya mahu jam tangan Casio.

Entri #72: Saya mahu jam tangan Casio.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya tahu apa yang saya mahu. Saya suka senaraikan apa kekuatan, kelemahan, peluang dan masalah jika saya mahu sesuatu dan menabung sedikit-sedikit untuk dapatkannya. Ini cerita saya beli barang kecil sahaja.. seutas jam tangan. Namun apa yang saya mahu sampaikan ialah, hanya kita yang tahu apa yang kita mahu. Selagi ia tak bertentangan syarak, buat dan cekalkan hati. Matlamat mesti kuat. Kebergantungan kepada Allah mesti tinggi.
.
Saya mahu jam tangan dengan lampu, berkualiti, tahan lama, water resist, alarm clock, masa tarikh hari, feminin, warna pink, hijau atau putih. Ringkasnya mestilah praktikal pelbagai guna, satu untuk semua keadaan. Fesyen terkini, bergaya, tak padan dengan jenis baju..saya tolak tepi. Setelah 6 bulan menabung, akhirnya dapat saya beli jam tangan Casio baby-G. Usianya sudah 6 tahun.
.
Ketika ia masih bau kedai, saya pakai balik ke kampung suami. Ada yang menegur, "Kelakarnya macam jam budak-budak..ini jam saya zaman sekolah dulu." "Kenapa asyik pakai jam dalam rumah." "Eh, mandi laut pun pakai jam?" "Tak matchinglah dengan jubah."
.
Ini jam tangan pertama yang saya beli hasil duit sendiri tanpa meminta-minta. Setakat ini, hanya seutas inilah jam tangan saya dan Alhamdulillah ia masih berkhidmat untuk saya.  Saya pakai dengan semua jenis baju apa jua keadaan. Ke pasar memilih ikan, memasak di dapur, hadir majlis makan malam Qaseh atau sama-sama berendam dengan anak-anak di taman laut Pulau Redang. Pembantu setia setiap hari kejutkan saya bangun awal pagi. Saya alert pada masa walau berpergian berhari-hari, balik kampung atau berada di rumah orang.Terjaga waktu malam atau travelling bergelap di dalam kereta dengan mudah saya tahu pukul berapa. Urusan isi borang, tulis tarikh hari masa hanya rujuk jam. Tanpa perlu bertanya petugas kaunter atau tengok kalendar.

Sehingga sekarang, saya dan jam tangan sudah jadi kawan baik. Saya sudah terbiasa ditanya "pukul berapa sekarang" atau "hari ini berapa haribulan". Dan soalan ini lebih kerap ditanya ketika aktiviti air atau di kaunter klinik.

Nota Rezeki umi:
Jam tangan ialah alat terbaik yang digunakan untuk mengingatkan masa dan waktu. Bukan handphone.


---
Kerana saya tahu apa yang saya mahu, maka saya pilih belajar buat blog dengan Abdr. Nanti saya ceritakan. Belajar jadikan blog sebagai kedai online kalian KLIK SINI.

Sebatang lipstik magic pelbagai warna di http://qasehgoldbangi.blogspot.my


Hehehe...gambar ini diambil semalam sempena Kedah lawan Selangor. Casio Baby G saya pakai dengan jubah. Bawa anak-anak makan roti tisu di kedai mamak sebagai hadiah kepada reward chart cuti sekolah mereka.

Wednesday, 25 November 2015

Apa kadar cukup kamu?

Entri #71: Apa kadar cukup kamu?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______
Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?
Adakah jawapan kita "kemiskinan"???
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis."
(Surah An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).
Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.
Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.
Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg
"menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!
Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Nota di atas saya dapat semalam dari wasap group. Credit kepada penulis asal yang saya tak tahu siapa. Jika ada sesiapa tahu, mohon maklumkan untuk saya masukkan namanya di sini.
_______
Betul kan?
1) Ada orang bawa kereta kecil dengan anak ramai balik kampung ke sana sini..itu sudah cukup.
2) Ada orang perlu MPV.
Kesemuanya sampai juga ke kampung kan?
.
Sejak saya berhenti kerja dan bekerja di rumah, Alhamdulillah cukup. Cukup itu subjektif. Sebab itu saya kata kita masing-masing matlamat dalam hidup dan kadar cukup berbeza.
Apa matlamat kamu? Kadar cukup kamu?
.
1) Ada orang mahu untung bisnes minimum rm30,000 sebulan. Katanya berniaga untuk ekonomi ummah, untuk tolong orang lain.
2) Ada orang rm5,000.
Rm10 pon boleh tolong orang lain. Soalnya, benar-benar kah mahu lebih untuk tolong orang lain. Jawab dengan jujur.
#janawangdenganblog
#stokisqasehanabangikajang
http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Sunday, 22 November 2015

Blog sebagai kedai online.

Entri #: 70 - Blog sebagai kedai online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Untuk kalian pembaca yang punya bisnes online, tengok gambar dan hadam ya.

Kedai online sangat penting dan membantu memudahkan bisnes kalian.
Kelas kami direka supaya boleh belajar tanpa keluar rumah.
Hanya perlu keluar modal sekali sahaja.

Hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar bina blog sendiri A-Z.
+ kelas beroperasi secara online
+ nota tutorial bergambar disediakan
+ waktu belajar yang fleksibel
+ ada facebook group dan whatsap group khas untuk para pelajar
+ masih boleh ikut tutorial walaupun selesai tugasan

Kemudian bila sudah tamat, diserap jadi Pengurus Online dan mula berkongsi dengan orang lain produk Abdr.
Fokus berkongsi dan kenalkan produk.
Kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100 sehari..

Tak perlu susah payah upah orang atau bayar sewa website shopping cart. Blog boleh digunakan sebagai kedai online. Ia percuma dan mudah. Daftar belajar bina blog bisnes dan fanpage anjuran Abdr.

Mudah berak, tak sembelit macam dulu, setiap pagi dapat membuang..cuba Qaseh adinda DI SINI http://qasehgoldbangi.blogspot.my
#janawangdenganblog
#stokisqasehAnabangikajang

Saturday, 21 November 2015

Buat senarai malam hari 1 hingga 20.

Entri #69: Buat senarai malam hari 1 hingga 20.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Ada 5 checkpoint untuk ibu-ibu di rumah berhenti lelah menarik nafas dari lambakan kerja rumah yang takkan pernah selesai. Ini saya kongsikan checkpoint pertama - Buat senarai malam hari 1 hingga 20.

Supaya lebih bersedia dan jelas dengan hari esok, rangka jadual kerja untuk esok. Sebelum tidur, buat senarai 1 hingga 20 bermula celik mata bangun tidur esok pagi. Ini senarai saya malam tadi:
1) Jumpa Allah dulu.
2) Update blog.
3) Set schedule iklan fb.
4) Print reward chart anak bulan Disember.
5) Masak nasi lemak.
6) Basuh dan sidai baju.
7) Tukar langsir bilik mainan anak.
8) Basuh langsir lama.
9) Isi kekabu bantal.
10) Cod qaseh ke Seksyen 7 dan Ukm.
11) Beli beras pulut, santan.
12) Buat pembetulan kertas periksa English Bahagia.
13) Buat English activity Terpuji dan Baik yang sudah print bulan lepas.
14) Mengaji dan hafazan anak.
15) Urus borang ahli baru Qaseh.
16) Packing barang cod.

Kemudian, pilih yang berat untuk diselesaikan awal pagi. Sesuaikan dengan masa dan keperluan hari itu. Saya pilih 1 2 3 15 16 5 6 sebelum anak bangun tidur, 14 10 11 dan seterusnya.

Checkpoint 2 hingga 5 dan lebih lagi tips dalam ebook Superwahm supermom.

Surirumah, suri bekerja di rumah hatta suri bekerjaya, urus masa emosi tenaga sangat penting.

PLAN YOUR TOMORROW, TODAY.

Suri-suri nak mudah bangun tidur awal pagi, amalkan Qaseh adinda dengan freegift DI  SINI http://qasehgoldbangi.blogspot.my
#janawangdenganblogdarirumah
#stokisqasehAnabangikajang

Perbezaan sebelum dan selepas sertai Abdr.

Entri #68: Sebelum dan selepas sertai Akademi bekerja di rumah.
Teks: Khushartini Kamarulzaman
Foto: Khushartini Kamarulzaman
Blog: http://khushartinikamarulzaman.blogspot.my

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga mencari celahan masa dan curahan idea untuk menulis entri pada kali ini. Saya sebenarnya sudah lama ingin membuat entri ini, tetapi idea terbantut dan saya meneruskan tulisan yang lain.

Saya simpan screenshot ini sejak dari 13 September yang lalu, tarikh blog baru saya ini mencecah "umur" sebulan. Beberapa tahun sebelum ini, saya sudah mempunyai dua blog iaitu satu blog perihal personal (ibtisamfarah.blogspot.com) dan blog kraf saya (tinicraft.blogspot.com). Namun, saya tidak pernah kisah berapa jumlah pageviews yang saya dapat, hanya teruja apabila ada penambahan  follower baru. Saya juga tidak pernah "menjenguk" ruangan statistik ini untuk membuat analisa blog.

Saya sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada 15 Ogos 2015 dan paparan statistik di bawah adalah bermula tempoh tersebut sehingga tarikh 13 September 2015. Hampir sebulan jangkamasa saya bermula.

Alhamdulillah jumlah pageviews yang saya dapat ialah 6,653 kesemuanya. Manakala jumlah paparan mengikut entri adalah di luar jangkaan saya. Jumlah tertinggi adalah 703, diikuti 649 dan seterusnya 620 dan seterusnya. Mungkin jumlah ini tiada apa jika dibandingkan dengan penulis blog lain tetapi bagi saya, ianya cukup bermakna.

Saya dapati pembaca gemar membaca kisah perkongsian peribadi yang mungkin boleh menjadi pengajaran/inspirasi kepada orang lain.

Kalau diikutkan, sebelum ini juga saya suka kongsikan kisah saya dan keluarga terutamanya sekarang di Korea dan mungkin perkongsian sebelum ini adalah kosong. Saya lebih kepada menulis untuk "menyimpan" rekod dan cerita untuk dibaca oleh saya atau anak-anak kemudian hari.

Selepas saya sertai ABDR ini melalui pakej kelas blog penulisan dan kelas blog bisnes, saya mula terbuka minda untuk menulis sambil memberi manafaat. Selain berkongsi kisah, saya selitkan apa pengajaran yang saya dapat supaya orang lain boleh mengambil iktibar dengan kisah saya.

Dalam tempoh masa yang singkat bersama ABDR ini, sudah banyak yang saya pelajari dalam dunia penulisan blog. Dengan sesi belajar yang santai dan tiada tekanan ini, saya amat teruja untuk menerokai kumpulan sokongan suri ini dengan lebih dalam lagi.

Pengasas yang hebat latarbelakangnya, guru yang tidak pernah jemu mengajari saya, rakan-rakan keluarga ABDR yang bukan calang-calang orangnya, semuanya membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk menulis dan terus menulis.

Kisah kita mungkin tidak sama.
Kisah kita mungkin tidak serupa.
Kisah kita mungkin tidak seirama.

Jadi, tidak salah berkongsi untuk sama-sama ambil manafaat, pengetahuan dan pengajaran.

Semoga kita sama-sama istiqamah dengan apa jua yang kita lakukan. In shaa Allah.

Monday, 16 November 2015

Hadiah buku ilmiah lagi.

Entri #67: Hadiah buku ilmiah lagi.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali
Alhamdulillah. Petang tadi terkejut kami van poslaju datang tit tit tit bunyi honnya. Puas fikir dari siapa sebab saya tiada sebarang belian online buat masa ini.
Bungkusan dari Kelantan. Isinya sebuah tafsir dan sebuah buku ilmiah. Langsung saya teringat oh ia hadiah capai KPI untuk bulan Ogos dan Oktober Pengurus Online Abdr.
Dah lama saya mahukan sebuah tafsir mini yang bersaiz kecil. Boleh dibawa ketika balik kampung atau berpergian beberapa hari. Buku tentang kiamat itu menambahkan koleksi karya Imam Ghazali di rak buku saya.
Gembira. Berbunga hati. Cinta. Syukur.
Terima kasih Puan Masayu Ahmad.
Berada di dalam Abdr, walaupun ia bukan MLM, kita berpeluang juga mendapat bonus hadiah daripada pengasas dan guru online. Ambil bahagian dalam cabaran yang diadakan setiap bulan. Letak target dan usaha. Percayalah pendapatan dari Abdr boleh mencecah empat angka sebulan.
Abdr bukan syarikat MLM atau menggunakan sistem MLM. Tak ada istilah mata, point, upline, downline, renew keahlian. Tak perlu konsisten kekalkan sekian jumlah belian setiap bulan. Tak perlu cari downline. Namun persamaannya bekerja dalam pasukan, networking, tolong menolong bantu membantu, tunjuk ajar sifu ada dalam Abdr. Paling mahal Abdr ialah kumpulan sokongan, cara kerja yang santai, menggalakkan bekerja atau bisnes dari rumah, mengajar mendahulukan keluarga, berkongsi sangat banyak ilmu urus masa emosi keluarga rumahtangga, menyediakan produk servis yang tak perlu uruskan stok atau pos, tiada tekanan dalam mencapai target.
Saya sangat selesa dalam Abdr kerana nilai persahabatan bukan bisnes.
Bisnes kalian adakah "Friendship based business or business based friendship?"

Monday, 9 November 2015

Idea kain buruk kemas dan cantik.

Entri #66: Idea kain buruk kemas dan cantik.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tuala yang buruk, reput berlubang atau tahi lalat di sana sini banyak gunanya. Suami saya gunakannya untuk balut buah muda dari dimakan haiwan. Saya suka jadikan alas kaki atau kain buruk. Tak pernah saya beli kain tuala untuk dijadikan kain buruk. Kecuali beberapa helai tuala good morning yang diberi percuma semasa majlis rewang kerja kahwin.

Saya gunting kecil mengikut saiz yang dikehendaki. Saya suka pelbagai saiz. Kemudian, hantar jahit tepi di kedai. Sehelai tuala saiz besar untuk orang dewasa bayarannya RM3. Stok kain buruk dari sehelai tuala itu puas hati guna selama setahun. Kain buruk yang berjahit tepi sangat kemas dan cantik hingga terbit rasa sayang nak menggunakannya.

Bekerja di rumah membolehkan saya mengemas dan membersihkan rumah pada permulaan hari. Aktiviti ini sangat saya sukai. Ia menjadi satu terapi kepuasan diri untuk saya. Sesuatu yang saya warisi dari mak. Bekerja di rumah perlukan motivasi. Checkpoint kelima bertenang berhenti lelah bekerja di rumah ialah reward diri sendiri dahulu sebelum reward anak. Menyebut reward, tak semestinya duit ringgit, emas permata atau barangan mewah. Saya buat apa yang saya suka. Kain buruk yang kemas cantik dan aktiviti membersih rumah ialah reward saya.

Rumah yang kemas dan bersih membuatkan hati fikiran kita tenang dan lapang. Seperti kata mak, tak mengapa rumah buruk asalkan tersusun kemas bersih. Rumah bersih, diri bersih, amal ibadat jadi mudah. Tawan hati suami dan anak dengan rumahku syurgaku - yang mana kitalah sebagai "orang rumah" yang menjadikannya sebegitu rupa - kerana membudayakan kebersihan bermula dari rumah.
Sabda Rasulullah SAW: 

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Rangkaian Qaseh gold merawat sembelit buasir  DI SINI QASEH GOLD BANGI.

Wednesday, 4 November 2015

Hadiah buku ilmiah.

Entri #65: Hadiah buku ilmiah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah semalam saya terima satu bungkusan pos dari guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Isinya sudah tentu buku ilmiah. Seperti biasa, anak-anak yang lebih teruja masing-masing mahu jadi yang pertama membuka bungkusan.

Bertanya Allah Dahulu ialah hadiah berjaya capai kpi bulan Ogos untuk Pengurus Online Abdr. Aku, Dia dan Rezeki ialah hadiah berjaya capai kpi bulan Oktober untuk Dropship Buku Ilmiah. Nanti saya kongsikan tentang buku ini.

Membaca ialah hobi saya sejak kecil. Saya sangat suka dan menghargai buku. Sesuatu yang saya suka, saya tukarkan kepada wang. Jadi, saya bayar yuran penyertaan untuk jadi ejen dropship buku. Bekerja di rumah skala kecil kita bermula dengan modal rendah, apa yang kita suka dan mahir.

Kpi dan bonus adalah lumrah dalam bisnes. Jadikan ia pemangkin semangat. Sertai setiap tawaran dan cuba capai. Hadiah itu menjadikan kita lebih bersemangat. Bekerja di rumah ada turun naiknya. Ini antara cara menjadikannya lebih bermotivasi, fokus dan gembira.

Tak mahu ejen dropship kerana untungnya sedikit atau tak berbaloi mencabar diri untuk hadiah murah. Usah pandang rendah pada ganjarannya jika belum lagi bermula, belum mencuba, usaha masih lagi pada nombor kosong. Pandanglah tinggi pada usaha yang kalian atur untuk mendapatkan ganjarannya. Semua hasil buah rasanya manis, puas hati bila dipetik. Berusahalah.

Terima kasih Cikgu Anys.

Qaseh gold bangi di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 3 November 2015

Bekal makan anak.

Entri #64: Bekal makan anak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Gambar oleh: Umi Arbee Ali

Perjalanan mengambil anak balik dari sekolah ke rumah dengan berkereta memakan masa 45 minit. Adakala menjangkau lebih sejam. Keluar rumah jam 6.15 petang, selamat sampai hampir jam 7 malam. Tiba di rumah tergesa-gesa mereka mandi membersihkan diri, bersiap untuk solat dan mengaji. Saya tahu mereka lapar. Adakala makan sebelum solat jika masih ada masa. Kebiasaanya alas perut dahulu. Usai semuanya barulah makan. Kasihan mereka terkejar-kejar dengan masa.

Penyelesaiannya, bawa bekal makanan dan minuman. Mereka makan beramai-ramai dalam kereta. Saya pasangkan cd juz amma. Sambil makan boleh mengulang hafazan.

Kebiasaannya satu menu berat, satu menu ringan, kudapan dan dua jenis air. Dalam gambar ialah nasi putih berlauk udang goreng butter, roti, biskut, air sirap dan air putih yang dititis sole. Air putih di rumah kami sentiasa dicampur sole. Ia antara usaha saya agar ahli keluarga dapat 84 mineral setiap hari dan elak dehidrat. Tisu basah sentiasa ada dalam beg itu. Ianya ialah beg aiskrim yang kami dapat percuma.

Saya tak makan? Saya makan sebelum saya bagi anak-anak makan. Yakni sebelum saya keluar dari rumah jam 6.15 petang itu.
Ada 5 checkpoint harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap:
1. Sebelum tidur, buat senarai 1 hingga 20 tugasan esok.
2. Pilih yang berat dulu, selesaikan jam awal pagi.
3. Sebelum anak-anak bangun, kita bangun dulu. Mulakan apa yang boleh, selesaikan.
4. Sebelum bagi anak-anak makan, kita dulu perlu kenyang.
5. Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu.

Jika sudah tak mampu bekerja pejabat, fikirkan penyelesaiannya. Jika sudah tak mampu dengan satu-satu produk jualan, fikirkan yang lain. Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan kita. Yang kusut boleh diluruskan. Berusahalah. Tukar masalah kepada peluang. Tukar emosi negatif kepada positif. Tukar blog kepada jana wang.

Thursday, 29 October 2015

Kisah dua orang isteri.

Entri #63: Kisah dua orang isteri
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Kami bertemu dalam satu majlis makan malam. Ia lebih kepada aktiviti makan sambil berbual sesama kawan sekolah suami. Ketika para isteri sibuk menyiapkan hidangan di dalam rumah, para suami pula yakni alumni sekolah tersebut dengan aktiviti bbq di luar rumah. Bekerja sambil berbual. Makan sambil berbual. Berkongsi cerita terkini.

Puan A bersuamikan seorang freelance bidang carigali minyak. Sebaik nikah, tak pernah bekerja. Suami kata tak perlu. Suaminya juga lebih dari mampu. Jika tak ada projek, masih mampu bayar komitmen bulanan dengan duit di tangan. Kehidupan Puan A 1 dalam 1000. Umpama cerita drama tv anak dara bernikah dengan orang kaya.
Puan B bekerja di sebuah syarikat gergasi. Duit gaji yang ada boleh digunakan untuk berbelanja. Tak perlu meminta dari suami. Suaminya seorang juruteknik namun sangat pandai mencari duit sampingan dengan berniaga. Ilmu ikhtiar hidup sangat tinggi. Juga seperti drama tv kehidupan normal rakyat Malaysia. Ternyata Puan B sangat kagum dengan kehidupan Puan A. Mahu beginilah katanya.

Kedua-duanya sangat cantik dan masih muda lingkungan 20-an. Telefon canggih dan media sosial tak lekang dari tangan.

Bekerja sama ada di rumah atau pejabat adalah mulia. Kerana kita mengerjakan mengusahakan dengan tangan sendiri. 
Tiada makanan yang lebih baik dari hasil usaha tangan kita sendiri (HR Bukhari)

Telefon canggih itu boleh dijadikan modal bekerja. Menghadap media sosial sekadar suka-suka mengisi lapang amatlah rugi. Allah beri akal, tangan dan tulang kepada kita supaya kita guna sebaiknya untuk diri sendiri dan orang lain.
Ya Allah jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan kehidupan bagiku (HR Muslim)

Kalian bermimpi mahu jadi yang mana? Atau mahu berubah kepada yang bagaimana?

Umi Arbee Ali
Jana wang dengan blog dari rumah
Qaseh gold membudayakan makanan sunnah

Friday, 23 October 2015

Wednesday, 21 October 2015

Tahniah Da'i Hamidah Abdul Razak.

Entri #61: Tahniah Da'i Hamidah Abdul Razak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Isnin malam 18 Oktober 2015 berlangsungnya pertandingan akhir Da'i musim ketiga. Pemenangnya ialah Da'i Hamidah Abdul Razak. Anak kampung Sik, Kedah. Masih muda berusia 23 tahun. Masih menuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama di USIM, Negeri Sembilan.

Saya kira antara kekuatannya ialah tenang, fokus, santai dan konsisten. Benar kan tak jemu melihat dia di pentas? Walau diasak dengan soalan spontan, komen juri, stage fright, siaran langsung satu Malaysia, ribuan mata, silau cahaya lampu, trofi yang berat, dia sangat tenang, sejuk mata memandang. Kita dan dia saling memandang dengan rahmah.

Dia membuka mulut bercerita, berdakwah sangat santai. Seolah-olah teguran dalam borak-borak kosong. Loghat Kedah itu tak hilang, lebih dekat di hati, lebih mudah diterima namun tegas. Itulah mengubah dengan berhikmah.

WHI TV3 19 Oktober menjemput dia dan Dr Robiah K Hamzah sebagai tetamu. Kata Dr Robiah, dia sebenarnya kalut orangnya namun pandai menyembunyikannya ketika di pentas. Umpama itik berenang kelihatan tenang comel di atas air. Menjaga rahsia diri, riak wajah dan gelombang hati. Hakikatnya kaki sibuk mendayung di bawah air.


Seperti kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj; 
Seorang wanita yang anggun itu sentiasa serba sederhana dalam apa jua keadaan - getir, gawat atau cerah ceria, dia tetap menyenangkan.

Dari Saidina Ali, "Sesiapa yang memegang rahsia dirinya, maka dia berkuasa ke atas dirinya."








Menang atau tak, dia tetap da'i. Sertai pertandingan atau tak, kita tetap da'i. Setiap dari kita perlu berkongsi kebaikan kepada yang lain. Dengan lidah mahupun perbuatan. Jari yang menaip blog, akal yang berfikir mahu taip apa. Jadikan blog medan ilmu, berkongsi yang baik-baik, tapak menjana pendapatan, medan memberi untuk hidup selepas mati. Blog tak pernah sia-sia buat saya.

Sesungguhnya Allah, para malaikatNya serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubangnya bahkan ikan di lautan berselawat (memohon kebaikan) kepada orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain. 
Riwayat at-Tirmizi





Terima kasih Da'i Hamidah.
Ia kemenangan yang meniupkan semangat dakwah.
Pandanglah dengan rahmah.
Ubahlah dengan berhikmah.

Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus online Abdr.
-Bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI.













Sunday, 18 October 2015

Best Performance Award #sept25ksd.

Entri #60: Best Performance Award #sept25ksd.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Hari Selasa, 10 Oktober yang lepas, saya dijemput ke Makan Malam Eksklusif Anaedar di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Ia sempena meraikan rania dan stokis yang berjaya mencapai target bulan September. Awal September, Anaedar melancarkan kempen mini #sept25ksd. Setiap rania diberi target jualan 80 botol Qaseh sebulan dan setiap stokis diberi target minimum RM10,000. Yang berjaya, diraikan dalam majlis ini dan dapat sijil, plak serta hadiah emas.




Kami bertolak dari rumah selepas Zohor. Bergerak awal bawa anak berjalan-jalan lihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dahulu. Bawa bersama nasi goreng cina, burger, biskut, keropok, rindu qoqo. Qoqo mudah dibawa berjalan sebab sedia ada stevia tak perlu bawa gula. Hanya cedok Qoqo dan bancuh dengan air panas. Minuman pracampuran koko asli, kurma dan stevia, anak-anak sangat suka. Ia datang dalam bekas berpenutup mudah dibawa kemana-mana. Kini promosi RM24 sebotol sehingga 31 Disember ini.

Tempah bilik secara online lebih murah, one bedroom suite RM2XX tanpa makan pagi. Tak mengapa tanpa makan pagi. Bilik lengkap dengan peti ais dan dapur. Bekal makan minum kami cukup untuk makan malam, makan pagi dan kudapan. Selain jimat, bersih, halal toyyib, makan minum mesti dijaga sebab ia bakal jadi darah daging. Kita adalah apa yang kita makan.

Nasihat saya kepada rania dan stokis, sertai sebarang kempen yang Anaedar anjurkan. Serampang dua mata, kita bekerja sambil bawa keluarga bercuti jalan-jalan. Percutian dan kejayaan salah satu terapi untuk keluarga. Bersyukur puas hati melihat keluarga gembira ialah terapi untuk kita pula.

Alhamdulillah masih diberi rezeki dalam bisnes makanan sunnah. Setelah tiga tahun, saya masih di sini bisnes dari rumah sebagai Stokis Ana Bangi/Kajang. Matlamat masih sama, berminat berkongsi kebaikan makanan sunnah dan produk bumiputra Islam halalan toyyiban kepada lebih ramai orang dan membantu mereka yang mahu jana wang lebih. Doa saya saban hari, Ya Allah jadikan apa yang aku suka usahakan ini sebagai sumber rezeki yang halal, cukup, berkat, dapat tolong keluarga dan orang lain. Biiznillah.

Menyebut mengenai award kebendaan ini, saya tak hebat. Masih manusia biasa dari tanah. Bila buat sesuatu, buat dengan baik. Untuk hidup, perlu cari rezeki kan. Jemput rezeki cara baik. Jika bukan kita yang mencari, mengusahakan, menjemput rezeki itu, bagaimana nak hidup di dunia ini.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Namun kebendaan wajar untuk mencapai kebahagiaan. Nabi pernah menyatakan bahawa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang solehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik. Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)

Tidak ada sesuatupun dari dunia yang akan kekal abadi, maka janganlah terpedaya dengan kedudukan tinggi, jumlah yang banyak atau harta benda.
-Dr Salman al-Odah


Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr
-Bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI.
#janawangdenganblog
#qasehgoldmembudayakanmakanansunnah


Wednesday, 14 October 2015

Apa matlamat kelas mula bisnes online, bina kedai online, asas pemasaran online?

Entri #59: Apa matlamat kelas mula bisnes online, bina kedai online, asas pemasaran online?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Matlamat ditawarkan kelas mula bisnes online adalah pelbagai. 
1. Ringkasnya, ia tapak mula untuk surirumah yang zero bisnes online, mahu mula tak tahu cara tak ada produk, belajar bertatih bina kedai online dan belajar berjualan bermula pendapatan RM10 ditingkatkan sedikit demi sedikit. 
2. Juga sesuai untuk suri yang telah bekerja atau bisnes dari rumah, suri bekerja pejabat yang mahu belajar dan jana pendapatan sambilan. 
3. Boleh juga untuk kaum adam. 
4. Kerana dengan mendaftar boleh bina rangkaian pengedar, cari kenalan baru, peluang bisnes baru dan kumpulan sokongan melalui jaringan ukhwah Abdr. 
Dengan mendaftar kelas ini, kalian akan belajar bina kedai online sendiri A-Z hingga siap hingga boleh mula berjualan.


Kenapa bina kedai online? 
1. Kerana ia mudah murah percuma. 
2. Tak perlukan kedai fizikal. Jadi tak ada kos sewa, bil api air, gaji pekerja. 
3. Hanya fokus aktiviti jualan pemasaran kutip komisyen hingga pandai kumpul modal. 
4. Belajar bisnes guna modal minimum, apa yang ada dan maksimakan ia.

Baik sebelum bina kedai online, perlu faham pemasaran online ada 5 asas. 
1. Mahu jual apa, 
2. Peralatan, 
3. Akaun bank lengkap kemudahan transaksi online, 
4. Daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
4. Apa yang sesuai untuk dijual. 
Misalnya, mahu produk dropship, ada laptop smartphone dan data plan, akaun m2u cimbclick bimb, sudah berdaftar, memilih tudung bawal sebab ia trend terkini.

Saya berikan contoh blog kedai online saya http://qasehgoldbangi.blogspot.my 
Perhatikan tugasan 1 hingga 14 yang saya siapkan di situ.
Saya bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar kawasan Bangi/Kajang. 

Setelah siap semua tugasan, akan diserap jadi rakan niaga Abdr bermakna layak menjual semua produk Abdr yakni kelas online/offline, ebook, sewa tapak iklan. Mudah santai semuanya produk digital pemasaran 100% online. Habis kelas, masih boleh tanya soalan kepada cikgu. Abdr bukan kaut duit semata. Kita juga kumpulan sokongan. 
Melalui http://arbeeali.blogspot.my saya berkongsi kebaikan yang telah saya dapat melalui kelas ini serta 2 lagi produk Abdr. Moga beri manfaat pada yang tercari-cari ilmu dan peluang ini.

Jika rasa sudah bersedia, boleh mula daftar. Takada kuota atau promosi sebab itu pendaftaran dibuka setiap hari bila-bila masa. Tak perlu terburu-buru. Pilih antara 3 kelas di bawah: 
1. kelas blog bisnes
2. kelas blog penulisan
3. kedua-dua kelas di atas serentak.


Untuk pertanyaan dan lebih lanjut di ruangan HUBUNGI SAYA. Pilih yang kalian selesa, fb, email atau wa.

Thursday, 8 October 2015

Blog memudahkan komunikasi dengan pembaca/pelanggan.

Entri #58: Blog memudahkan komunikasi dengan pembaca/pelanggan.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali




Saya ceritakan kronologinya:
1. Pembaca ini google Qaseh gojes dan jumpa blog kedai online saya Qaseh gold bangi.
Berkaitan tugasan 1, 2, 5, 6, 12, 13
2. Pembaca mahukan keterangan lanjut tentang Qaseh gojes. Saya berikan link yang berkenaan. Segalanya di situ. Lengkap, kemas, tersusun. Harga, isipadu, cara makan, kandungan, kelebihan, testimoni, gambar luar dan dalam.
Berkaitan tugasan 5, 6.
3. Nombor telefon saya diperolehi dari blog. Header blog, borang pesanan, terma dan syarat telah saya lengkapkan di blog. Itu ialah tugasan terawal.
Berkaitan tugasan 7, 8.
4. Pembaca bertukar kepada pelanggan. Alhamdulillah.
Berkaitan tugasan 5,6.

Pembaca mudah mencari maklumat di blog. Pembaca dapat apa yang dicari. Komunikasi dengan pembaca lancar. Urusniaga mudah. Inilah caranya jana wang dengan blog dari rumah. Cuma mesti kena dengan caranya.
Study smart not study hard :)

Apa yang saya belajar dalam Kelas asas blog bisnes dua tahun lepas?
Tugasan 1: Baca ebook asas blog. Khatam sekali
Tugasan 2: Jawab 8 Soalan Analisa
Tugasan 3 : Membina email google
Tugasan 4 : Membina blog menggunakan nama seperti di IC/bisnes
Tugasan 5 : Membuat entri di blog
Tugasan 6 : Memasukkan label untuk setiap entri
Tugasan 7 : Membuat borang pesanan
Tugasan 8 : Masukkan terma dan syarat
Tugasan 9 : Membina fanpage bisnes
Tugasan 10 : Memasukkan link fanpage ke dalam blog
Tugasan 11: Memasukkan logo Blog Abdr serta SOHO Directory. Link kedua-dua blog Abdr serta SOHO dan fanpage WAHM SAHM SOHO
Tugasan 12 : Mengemaskinikan senarai blog dalam grup peserta
Tugasan 13 : Mengemaskini senarai blog peserta-peserta lain dari Abdr ke dalam label alumni
Tugasan 14. Buat entri ulasan tentang kelas blog asas dan fanpage

Matlamat Kelas asas blog bisnes:
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga
secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas Abdr.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa
produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes
baru melalui jaringan Abdr.
Petikan ebook Belajar asas blog.

Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr
-Bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang DI SINI Qaseh gold bangi.

Sunday, 4 October 2015

Promosi ebook Oktober.

Entri #57: Promosi ebook Oktober.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Abdr

Promosi ebook kali ini murah, berbaloi dan membuka peluang penunjuk cara.
Lima naskah dengan harga RM100. Harga sebenar RM205. Masuk akal ya kami Abdr ialah kumpulan sokongan.

RM100 dapat 5 ebook: Superwahm supermom + Yeay mama sudah resign + Belajar asas blog + Panduan bisnes butik + 101 Idea bisnes di rumah.

Untuk kalian yang ada asas blog, mahir dan boleh bina blog sendiri A hingga Z. Apa yang kalian perlu ialah teknik dan cara menulis blog. Menulis blog tak boleh hentam kromo. Blog ialah kedai online kita.

Ebook Belajar asas blog bantu buka peluang penunjuk cara. Apa tajuk, nama dan fokus blog, emel rasmi bisnes, satu entri panjang mana, berapa perenggan. Nak menulis tentang apa, bagaimana datangnya idea menulis. Apa yang pembaca mahu baca, tukar pembaca kepada pelanggan. Penjenamaan diri sendiri, apa ciri-ciri blog yang disukai pembaca. Ringkasnya naskhah ini mengajar kita memperkenalkan diri, produk, perkhidmatan kepada dunia online pembaca/pelanggan, cara berkomunikasi menggunakan blog. Juga sangat banyak contoh-contoh lengkap terperinci blog, page, keratan majalah sebagai panduan.

Bonus bagi yang impikan butik sendiri. Yang sekarang sedang bisnes produk tekstil, fesyen atau bakal bisnes. Yang mengiklankan produk guna fb atau instagram. Misalnya tudung, baju, tshirt muslimah, handsock, telekung solat. Kerana promosi kali ini beserta naskhah Panduan bisnes butik. Sebut nama Abaya Elegan, ramai yang tahu. Nah, empunya butik berkongsi kisahnya dalam naskhah ini.

Lengkap 5 naskhah sudah boleh ada kedai online. Jika mahu berguru, daftar kelas online blog Abdr. Pilih antara berikut:
1. Kelas asas blog bisnes
2. Kelas asas blog penulisan
3. Kedua-dua di atas serentak

Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr. Kerana itu saya boleh promosikan ebook Abdr.
-Bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang. 
Serum muka harga bawah RM100 DI SINI Qaseh gold bangi.
Wa/telegram 019-9353.481














Tuesday, 29 September 2015

Update, update, update supaya blog aktif.

Entri #56: Update, update, update supaya blog aktif.
Petikan ebook: Belajar asas blog
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Blog yang tidak update, seperti kedai yang  sudah siap, lepas itu kita tinggal, kesian pelanggan datang tetapi tak ada layanan.
Untuk jana wang dengan blog, layankan dengan informasi khususnya tajuk blog.

Segalanya boleh dengan blog. Seolah kita sedang berbual dan berkongsi dengan pelanggan yang masuk ke kedai.

Pembaca adalah pelanggan, kekalkan kesetiaan pelanggan dengan:
-Layan pelanggan yang masuk ke kedai kita.
Bagaimana perasaan kita apabila kita singgah satu-satu kedai, tidak ada yang sudi melayan. Kita tidak tahu pelanggan itu poket besar atau poket kecil. Pelanggan itu bakal pelanggan setia atau sebaliknya.
-Layan mereka sama rata sahaja. Penulis blog yang baik adalah melayan pelanggan dengan menulis apa yang diperlukan, atau penyelesai masalah pelanggan.
-Kalau namanya blog motivasi, sudah tentu yang datang itu adalah mereka yang dahagakan motivasi baru setiap hari.
-Jika yang datang itu adalah ibu-ibu muda yang ada anak-anak kecil, tulis tips secara konsisten berkaitan perkembangan kanak-kanak kecil mengikut fokus blog yang sudah kita tetap dari awal.
-Sekiranya yang datang itu adalah ibu-ibu sibuk yang mahu suka memasak, banyakkan resipi mudah, cepat, lazat dan bajet.

Apa tujuan kita berblog, selain menulis dan menyebarkan ilmu bermanfaat. Tentulah kita suka apabila blog boleh menghasilkan wang. Melalui periklanan, menjual produk atau menjual informasi. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah 'mereka' membeli.

Jadi untuk jana wang dengan blog, update update update mengikut tajuk dan fokus blog.

Belajar lebih lagi dalam Kelas online blog Abdr. Ebook ini ialah bonus jika belajar dalam kelas ini.
Kelas online blog Abdr yang popular:
1. Kelas blog penulisan
2. Kelas blog bisnes
3. Kedua-dua kelas di atas serentak.
Umi Arbee
-Bekerja dari rumah sebagai Pengurus Online Abdr
-Bisnes dari rumah barangan Anaedar ---> Qaseh gold bangi

Thursday, 24 September 2015

Ulasan ebook Asas blog - langkah demi langkah yang terperinci

Entri #: 55 - Ulasan ebook Asas blog - langkah demi langkah yang terperinci
Pelajar: Rozanah Zakaria
Guru online: Anys Idayu Zakaria
Blog: http://rozanahzakaria.blogspot.my/2015/05/e-book-asas-blog-penulisan.html?m=0

E-book Asas Blog adalah e-book pertama dan wajib dibaca peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Lama juga masa saya ambil untuk menghabiskan e-book ini. Bukan disebabkan isi kandungannya, tetapi komitmen saya yang pasang-surut melambatkan proses. :)

Dalam e-book asas blog ini, saya diberi panduan analisa dan senarai semak. Panduan ini sangat membantu menentukan arah penulisan saya. Bukan itu sahaja, dibekalkan dengan e-book ini pun saya sudah cukup gembira. Apatah lagi, diselang-seli dengan bimbingan berterusan oleh guru online Puan Anys Idayu Zakaria.

Contoh analisa antaranya melibatkan pengalaman kerja, minat/kepakaran dan matlamat dalam menulis blog. Sungguh, sebelum menyertai kelas ini, saya kerap juga mengemaskini blog namun, boleh dikatakan tanpa arah. Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa satu matlamat yang jelas. Jadi, keputusan saya untuk menyertai Kelas Asas Blog Penulisan ini, saya kira amat tepat! Dan saya gembira dengan perkembangan blog saya. Sangat gembira. :)

Selain itu, peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) juga didedahkan berkaitan penjenamaan diri. Walau bidang saya di universiti adalah Pemasaran, betul-betul saya tidak terfikir tentang ini semasa menulis blog. Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, saya dapat hasil yang amat menujakan apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang tiada langsung 'tapak' atau 'jejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembira bukan kepalang!

Selain itu, contoh-contoh penulisan analisa penulis-penulis blog yang telah mencipta nama dalam dunia berblog juga dimuatkan. Begitu banyak sekali contoh diberikan sehinggakan saya boleh terus menulis gaya sendiri setelah meneliti kesemua contoh penulisan tersebut.

Akhir sekali, e-book ini juga disertakan dengan langkah demi langkah penulisan pertama untuk pengenalan diri. Panduan yang diberikan oleh pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, sangat terperinci sehinggakan dimuatkan juga panduan menulis e-book.

Sungguh, pelaburan saya membayar yuran penyertaan ini, saya kira amat berbaloi dengan ilmu yang saya dapat. Memang benar, zaman sekarang, sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat, bagi setiap ilmu yang ingin dipelajari, haruslah ada guru yang membimbing kita, jika tidak, kemungkinan besar kita boleh terpesong dengan fikiran dan idea sendiri.

Akhir kata, jom sertai Akademi bekerja Dari Rumah kerana anda tidak akan tahu manfaatnya sehinggalah anda menyertai kami!


Umi Arbee Ali
- Pengurus online abdr yang Bekerja di rumah.
- Stokis anaedar bangi/kajang beroperasi Bisnes dari rumah ---> klik sini Qaseh gold bangi
wa/telegram 019-9353.481











Tuesday, 22 September 2015

Selamat hari raya :)

Entri #54: Selamat hari raya :)
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Kepada keluarga, rakan, rania dan pelanggan.
Selamat hari raya aidiladha. 
Maaf zahir batin.
Terima kasih atas sokongan kalian.


Monday, 21 September 2015

Jana wang di rumah dengan Abdr dan Dropship Anaedar.

Entri #53: Jana wang di rumah dengan Abdr dan Ejen Dropship Anaedar.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ialah satu kumpulan sokongan untuk:
+ suri belajar basic berbisnes secara online
+ suri belajar jana pendapatan hanya di rumah
+ suri bekerjaya jana pendapatan sampingan
+ mereka bergelar wahm
+ suri belajar berbisnes produk fizikal secara dropship
Moga Abdr ini sebagai perintis latihan untuk suri. Amin.


Hanya perlu keluar modal sekali sahaja.

Hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar bina blog sendiri.
+ kelas beroperasi secara online
+ nota tutorial bergambar disediakan
+ waktu belajar yang fleksibel
+ ada facebook group dan whatsap group khas untuk para pelajar
+ masih boleh ikut tutorial walaupun selesai tugasan


Kemudian sudah tamat, jadi Pengurus Online dan mula berkongsi dengan orang lain produk Abdr dan dropship barangan Anaedar.

Fokus berkongsi dan kenalkan produk.
Kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100 sehari.


Tiga produk Abdr

1. Kelas online
2. Ebook (genre bekerja di rumah)
3. Sewa ruangan iklan


Ejen Dropship Anaedar di sini Qaseh gold bangi.

Semuanya 100% produk digital, secara online, tak pening perlu restok, simpan stok, uruskan stok, bungkus atau pos barang.

Dapat bergabung dalam kumpulan sokongan Abdr dengan lebih 1000 alumni yang merupakan wahm dan usahawan online.

Kita berkumpul dan berukhwah atas tekad berjuang bersama-sama dari rumah.


Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet, kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang
berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan
dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan
mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan
akhirat. 

Halaman 3 ebook Superwahm supermom

Diharap gabungan Dropship Anaedar dan ABDR ini dapat bantu suri di rumah / suri bekerjaya / cik puan di luar sana jana pendapatan.
Amin.

Berminat dan sudah bersedia mendaftar, wasap/telegram Umi Arbee 019-9353.481 


Sunday, 20 September 2015

Kepentingan bergerak dalam kumpulan apabila menulis blog

Entri #52: Kepentingan bergerak dalam kumpulan apabila menulis blog.
Pelajar: Rozanah Zakaria
Guru online: Anys Idayu Zakaria
Kelas: Asas blog penulisan
Blog: http://rozanahzakaria.blogspot.my/2015/09/kelas-asas-penulisan-blog.html?m=0

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)


Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. 

Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?
Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)


Mahu berada dalam jaringan blog ini, hubungi saya Umi Arbee, 
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr, wasap/telegram 019-9353.481
-Mahu dropship barangan Anaedar serta produk Qaseh gold, di sini Qaseh gold bangi.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...