Wednesday, 22 April 2015

Kisah saya dalam Majalah Mingguan Wanita 22 April 2015.

Entri: # 12 - Kisah saya dalam Majalah Mingguan Wanita 22 April 2015.
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat ~ 1 Usahawan 1 Blog




Kelu lidah tiada idea menulis. Walau hanya cerita tanpa gambar. Yang mampu saya ucap hanya Allah Alhamdulillah.

Awalnya saya terbaca fb Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) pada 9 Mac tentang berkongsi pengalaman mahu berhenti kerja, berhenti kerja dan wahm. Saya fikir ya, inilah saya. Mesti ambil peluang mesti ada sesuatu yang boleh beri manfaat pada orang lain. Seingat saya tarikh akhir hantar 10 Mac. Saya fikir "buat esok lah, sempat". Malam itu anak yang kecil meragam. Lagilah saya fikir "tak boleh buat malam ni". Apabila semua anak tidur lena berdengkur, saya fikir "jam memang sudah lewat, buat sahajalah". Lalu saya terbongkok-bongkok dalam gelap sambil menepuk punggung si kecil. Sebelah tangan memegang handphone menaip draf kisah itu menggunakan aplikasi Gtask. Rupanya Gtask juga ada limit. Kisah belum habis saya sudah tidak boleh menaip lagi. 
Kemudian saya copy dan paste di Gmail. Berulangkali membaca edit di sana sini. Sudahnya saya emailkan kepada Kak Mas jam 2 pagi. Selesai semuanya tidak juga dapat tidur lena..anak yang kecil terjaga berulang kali. Mata kuyu badan lesu tangan menepuk anak tapi saya lega. Buat tanpa tapi, Lakukan tanpa nanti.

Saya latih diri tidur sebelum jam 12 tengah malam dan bangun awal pagi. Itu cara saya menguruskan masa wahm. Akibat tidak cukup rehat, dua hari berikutnya terpaksa tidur siang dan tidak dapat menghadap laptop. 

Kisah yang ditaip jam 2 pagi itu sudah selamat dibukukan dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan keluar majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini 22 April. Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas peluang, ilmu dan tunjuk ajar. 

Ramai yang belum lagi bermula atau yang sudah separuh jalan awal-awal lagi angkat tangan malas tak sanggup tiada masa update blog. Percayalah teknik 44 entri, penjenamaan diri, kerap update blog dan pautan sesama rakan ABDR mampu menaikkan ranking blog. 

Ha..kalian sudah bersedia bekerja di rumah? Apalagi buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti. Satu lagi, Jika sudah mula, Habiskan.


RM 30 RM 20
Baca full version kisah pahit manis saya dalam
Bab 4 Ebook YEAY MAMA SUDAH RESIGN - RM30 PROMOSI RM20

Tinta Pengarang

Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3: Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid

Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)

Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

��Boleh hubungi saya Arbee Ali (Umi) untuk JANA WANG DI RUMAH DENGAN ABDR. 
019-9353.481

Ulasan Kelas Blog dan Penulisan oleh Nor Amalina Rohaizad.

Entri: # 11 - Ulasan Kelas Blog dan Penulisan oleh Nor Amalina Rohaizad.
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali
Pelajar: Nor Amalina Rohaizad
Blog: http://noramalinarohaizad.blogspot.my

Orang kita sukakan testimoni. Berdiri pegang botol sarung seluar saiz besar tiga kali ganda, sebelah tangan isyarat best..wah pantas pelanggan bertanya. Sang pembeli taruk besar-besar ayat "sabar lenguh jari saya menaip", bungkusan poslaju setimbun. Telefon tit tit mesej berbunyi siang malam tanpa henti. Mana yang tak sabar nak kurus nak cantik nak montok..telefon sahaja lebih cepat.

Kita bawakan kelainan. Ini testimoni sopan, Bahasa Melayu baku. Sekali imbas macam karangan SPM. Tapi itulah uniknya ABDR, kami menggunakan dan memartabatkan Bahasa Melayu. Supaya mata tak sakit, otak mudah hadam, mulut berkata oo macam ni rupanya.
Ayat baku tanpa gambar juga boleh tarik minat pembaca. Belajar ini dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan - RM200.



Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam. 

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog. 

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah.


��wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk BELAJAR KELAS ASAS BLOG DAN PENULISAN.

Tuesday, 21 April 2015

Selipar Cap Janson.

Entri: # 10 - Selipar Cap Janson
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Dapat gaji WAHM, bawa anak berjalan makan angin. Tak perlu shopping mall besar hebat. PKNS mall sudah lebih dari cukup. Saya belikan anak-anak selipar cap Janson. Sepasang RM 7.90 x 3 bayar RM24. Permukaan getah lembut selesa. Sukanya anak-anak 6, 3 dan 1 tahun. Umur yang sesuai untuk amalkan Jus Qaseh Junior..bermula 1 tahun ke atas. Susah betul mahu ambil gambar masing-masing tak duduk diam.

Nilainya hanya RM24. Tapi anak-anak senyum puas gembira. Berebut mahu bayar. Bagitahu kakak cashier "kakak, potong talinya kami mahu pakai terus". "Umi terima kasih belikan selipar baru" saya dengar tiga kali keluar dari mulut-mulut kecil comel yang pelat dan tidak.

Kami balik ke rumah bau kedai dalam kereta. Pergi selipar lama. Balik selipar baru. 

Anak-anak saya masih dalam fasa tujuh tahun pertama yang paling penting. Fasa pembentukan peribadinya. 
Apapun yang terakam dalam benak anak pada masa ini, nanti akan tampak pengaruh-pengaruhnya dengan nyata pada keperibadiannya ketika dewasa kelak. 
(Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Muatstsirat as Salbiyah.) 

Dengan izin Allah ABDR membolehkan saya mengasuh anak-anak di samping jana wang di rumah.
Moga amal usaha dan susah payah ini dibalas Allah SWT dengan anak yang beriman, bersyariat dan bertaqwa.



Jana wang di rumah dengan ABDR melalui 3 cara.
�� Hubungi sms/wa/telegram Arbee Ali (Umi) 019-9353.481
















Bagaimana saya menjana pendapatan melalui produk ABDR?

Entri: # 9 - Bagaimana saya menjana pendapatan melalui produk ABDR?
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Bagaimana saya boleh jana wang di rumah melalui produk Akademi Bekerja Di Rumah? Semuanya produk digital. Tak perlu keluar rumah. Tak perlu pos barang. Tak perlu urus timbunan stok.


❶ Memasarkan produk digital ebook.
Pilihan 15 ebook. Harga dan pakej klik SINI.

❷ Menawarkan kelas online dan offline. 
Ada pelbagai kelas online. Boleh klik SINI.

Antara contoh kelas offline.


❸ Memberi tapak sewa iklan.
 
Setiap kali terbit ebook baru, pasti ada peluang tapak iklan di dalamnya.

Ada 4 pakej iklan, boleh klik SINI.

Semuanya produk informasi, secara online sahaja. Sebab itu saya selesa dengan ABDR. Membolehkan saya jana wang di rumah seperti tajuk blog saya Jana Wang Di Rumah.
Mampu menjana pendapatan bersih RM5 hingga 3000.



Pengurus Online ABDR juga satu kerjaya. Satu idea bekerja di rumah.  

Untuk sertai, daftar antara tiga kelas online seperti berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.

Hubungi saya, Umi Arbee Bekerja di rumah selaku Pengurus Online Abdr, wasap/telegram 019-9353.481

Monday, 20 April 2015

Promosi April RM 50

Entri: # 8
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Promosi April yang sangat menguntungkan. Dapat 3 Ebook dengan harga RM50. Bulan depan dah takde tau. Hanya promosi 2 ebook sahaja. Masih berbaki 10 hari lagi fikir dulu nak beli ke tak.

Minggu lepas saya ke Melaka. Beli kenang-kenangan tshirt putih untuk sekeluarga sudahnya bayar RM50. Nilai yang sama dengan promosi ni. Tapi ilmu ebook ni boleh baca berulang kali. Tshirt basuh sidai boleh pakai berulang kali juga hingga lusuh reput. Ilmu makin lama makin bernilai.

"Carilah ilmu walau sampai ke negeri Cina ,kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim" (Hadis Riwayat Baihaqi).



① Harga sebenar RM105    HARGA PROMOSI APRIL RM50
+ Ebook Suri rumah juga boleh berbisnes - RM25
+ Ebook Yeay mama sudah resign - RM30
+ Ebook 101 Idea home based bisnes - RM50

② Harga sebenar RM80    HARGA PROMOSI APRIL RM50
+ Ebook Suri rumah juga boleh berbisnes - RM25
+ Ebook Yeay mama sudah resign - RM30
+ Ebook Superwahm supermom - RM25

��wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk PROMOSI Ebook bulan APRIL RM50.

Sunday, 19 April 2015

Cara blog mudah diGoogle pembaca.

Entri: # 7: Cara blog mudah diGoogle pembaca. 
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali



Di atas ialah satu lagi blog saya berkenaan Jus qaseh gold. Saya bina blog baru kerana jus qaseh sangat mendapat sambutan. Lebih mudah dan kekal fokus pada tajuk blog. Segala berkaitan jus qaseh dan Anaedar ada di sini.

Nampak tak ia berada di mukasurat pertama, kedudukan yang pertama? Haa ada banyak cara yang percuma nak sampai ke tahap itu. Tak perlu gunakan fb ads atau upah orang.

Caranya:
+ teknik 44 entri pertama
+ konsisten menulis di blog
+ fokus pada tajuk blog
+ pertukaran link blog sesama ahli ABDR

Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR.
��wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk PAKEJ KELAS ONLINE RM300.

Friday, 17 April 2015

Stew Daging

Entri: # 6 - Stew Daging
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Hari terlewat bangun. Jadi masak satu lauk sahaja..daging beserta sayur. Kebetulan anak sudah muak makan nasi putih. Resepi ringkas penyelamat ini, anak-anak makan dengan roti dan makaroni. Saya dan suami tekak Melayu semestinya mahu nasi putih ikan masin petai belacan.

Lauk ini agak tak sesuai digandingkan dengan sambal belacan. Kebetulan dalam peti ais ada cili minyak. Haa..sedap dah tu.

Rumah kami memang sentiasa ada sambal pelbagai jenis. Dibuat banyak simpan dalam peti ais. Sambal belacan, sambal kicap cili, sambal belimbing hitam, sambal udang kering atau cili minyak. Jimat masa memasak untuk WAHM seperti saya.

Cili minyak nanti saya kongsikan resepi ye. Wajib cuba..sedap.

Stew Daging.



Bahan A
500 gram daging
2 biji kentang
1 batang lobak merah
1 batang saderi
5 biji tomato
10 tangkai kacang pis
½ biji capsicum hijau
1 sudu makan rempah sup
½ sudu makan rempah soto serbaguna tok mak*
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan tepung jagung

Bahan B (Dihiris)
1 labu bawang besar kuning
1 inci halia
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih.
2. Masukkan daging, kentang, rempah, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air. Masak hingga semua lembut.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan pekat.
4. Masukkan bawang besar, kacang pis, capsicum dan tomato.

*rempah soto ini sememangnya sedap dan serbaguna. Antara barang wajib ada di dapur. Bukan setakat soto, saya guna dalam pelbagai masakan berkicap, madu, sup dan goreng kering. Saya tak jual. Boleh beli dari Tok Mak ye.

-------
📞wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk PROMOSI Ebook bulan APRIL RM50.

Thursday, 16 April 2015

Kenapa perlu ada blog?

Entri: # 5 - Kenapa perlu ada blog?
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Wednesday, 15 April 2015

Ketam Rebus

Entri: # 4 - Ketam Rebus

Teks: Umi Arbee Ali

Foto: Umi Arbee Ali


Cuaca sangat panas sekarang berikutan Fenomena Ekuinoks. Walaupun air campuran Sole sentiasa kami amalkan, anak-anak masih demam bersilih ganti. Jadi suami tinggalkan duit suruh beli ketam. Buat penawar demam katanya.
Kebiasaannya ketam saya rebus atau masak lemak. Jarang saya masak ketam berkuah kering. Sebab sayangkan air ketam itu. Jika merebus ketam untuk lauk bening, guna kuali, air rebusan sekadar tenggelam ketam dan tutup. Supaya air rebusan berasa manis isi ketam dan lebih sedap. Isi ketam juga tak hancur.

Bahan
4 ekor ketam
1 batang serai (Diketuk)
1 inci halia (Diketuk)
1 biji bawang besar (Dihiris)

Cara
1. Didihkan air dengan serai, halia dan bawang besar.
2. Masukkan ketam.
3. Perasakan dengan gula dan garam.

---
🌞Fenomena Ekuinoks 🌞- bersedia hadapi cuaca panas ekstrem bulan April.
Minum air secukupnya dan tambahkan SOLE💪
untuk imbangi elektrolit dan cecair badan
bantu bekalkan tenaga dan ketahanan sepanjang musim panas ini
+ seimbangkan pH badan dan tekanan darah
HARGAnya cuma RM52, rasa lemak masin menyegarkan untuk seisi keluarga. Kenapa air zamzam payau? Subhanallah, kerana ia sangat kaya mineral. SOLE pula kaya 84 MINERAL
+ minuman hidrasi yang boleh detoks asid dan menangkis gout, batu karang, kencing manis, darah tinggi, gastrik, buang angin dan membuatkan perut rasa kenyang / kemas
+ kurangkan ketagis (gula, rokok, dadah)
+ atasi penyakit kulit
+ CARA GUNA campurkan 5ml dengan 1.5liter air bertapis sama ada suam, panas, sejuk atau suhu bilik☕🍹
+ sesuai dan selamat diminum seisi keluarga 👪



📞Dapatkan dari saya Arbee Ali 019-9353.481

Tuesday, 14 April 2015

Sebarkan kad bisnes percuma di Google

Entri: # 3 - Sebarkan kad bisnes percuma di Google
Teks: Umi Arbee Ali

Kenapa saya memilih nama penuh saya sebagai link blog ini? Kenapa bukan panduan wahm atau dunia wahm atau ini blog saya, diikuti blogspot dot com.

Ini kerana kebiasaannya kita menaip perkataan tersebut apabila mencari sesuatu di google. Begitu juga halnya dengan blog. Apabila pembaca atau bakal pelanggan mahu mencari kita, mereka akan terlintas nama 'kita' terlebih dahulu.

Letak 'seberapa banyak kad bisnes' ini. Semakin banyak kita update semakin mudah carian pembaca dan bakal pelanggan.

Sangat penting juga, apabila kita meletakkan satu aras apa kaitan nama dan apa yang kita usahakan. Kalau dengar nama Arbee mesti pasak pembaca dengan makanan sunnah. Jadi tak ada bayangan jual kek, jual roti, jual perabot.

Apabila kita sendiri fokus dengan apa yang kita mahu tulis, pembaca juga jelas dengan kita.
Jika kita sendiri keliru mahu fokus tulis apa, pembaca 10 kali keliru.

Contohnya :
Nama: Arbee Ali
Email: arbeeali@gmail.com
Url blog: arbeeali.blogspot
Tajuk blog: Makanan Sunnah dan ABDR

Belajar lebih lanjut dalam Kelas Online Asas Blog ABDR dan Ebook Belajar Asas Blog


Hubungi Umi Arbee Ali wa/telegram 019-9353.481

Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.com
1 Suri 1 Usahawan 1 Blog













Monday, 13 April 2015

Udang Kesturi

Entri: # 2 - Udang Kesturi
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Semalam saya hanya sediakan mi hailam untuk sekeluarga. Menjelang tengahari tekak ini terasa hendak makan nasi dan lauk yang pedas. Buka peti ais terjumpa udang, masak seringkasnya. Resepi ini saya rujuk buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi. Ada yang saya ubah sedikit kerana tak cukup bahannya di rumah.

Kepada Along dan Dila, oops silap namanya Udang Kesturi bukan Udang Rampai. :)

Bahan A
Udang saiz besar
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
10 tangkai kacang pis
5 biji limau kesturi (diambil airnya)

Bahan B
3 biji cili api (ditumbuk)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)

Cara
1. Tumis serai dan Bahan B
2. Masukkan udang, kacang pis, bawang besar.
3. Perasakan dengan air limau kesturi, gula dan garam secukupnya.



Umi Arbee Ali
Jana wang dengan blog dari rumah.
Stokis Ana Qaseh Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI.
Peluang dropship produk Ana DI SINI EJEN DROPSHIP ANA.
















Bismillahhirrohmanirrohim.

Entri: # 1
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...