Wednesday, 22 April 2015

Kisah saya dalam Majalah Mingguan Wanita 22 April 2015.

Entri: # 12 - Kisah saya dalam Majalah Mingguan Wanita 22 April 2015.
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat ~ 1 Usahawan 1 Blog




Kelu lidah tiada idea menulis. Walau hanya cerita tanpa gambar. Yang mampu saya ucap hanya Allah Alhamdulillah.

Awalnya saya terbaca fb Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) pada 9 Mac tentang berkongsi pengalaman mahu berhenti kerja, berhenti kerja dan wahm. Saya fikir ya, inilah saya. Mesti ambil peluang mesti ada sesuatu yang boleh beri manfaat pada orang lain. Seingat saya tarikh akhir hantar 10 Mac. Saya fikir "buat esok lah, sempat". Malam itu anak yang kecil meragam. Lagilah saya fikir "tak boleh buat malam ni". Apabila semua anak tidur lena berdengkur, saya fikir "jam memang sudah lewat, buat sahajalah". Lalu saya terbongkok-bongkok dalam gelap sambil menepuk punggung si kecil. Sebelah tangan memegang handphone menaip draf kisah itu menggunakan aplikasi Gtask. Rupanya Gtask juga ada limit. Kisah belum habis saya sudah tidak boleh menaip lagi. 
Kemudian saya copy dan paste di Gmail. Berulangkali membaca edit di sana sini. Sudahnya saya emailkan kepada Kak Mas jam 2 pagi. Selesai semuanya tidak juga dapat tidur lena..anak yang kecil terjaga berulang kali. Mata kuyu badan lesu tangan menepuk anak tapi saya lega. Buat tanpa tapi, Lakukan tanpa nanti.

Saya latih diri tidur sebelum jam 12 tengah malam dan bangun awal pagi. Itu cara saya menguruskan masa wahm. Akibat tidak cukup rehat, dua hari berikutnya terpaksa tidur siang dan tidak dapat menghadap laptop. 

Kisah yang ditaip jam 2 pagi itu sudah selamat dibukukan dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan keluar majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini 22 April. Terima kasih Puan Masayu Ahmad dan Puan Anys Idayu Zakaria atas peluang, ilmu dan tunjuk ajar. 

Ramai yang belum lagi bermula atau yang sudah separuh jalan awal-awal lagi angkat tangan malas tak sanggup tiada masa update blog. Percayalah teknik 44 entri, penjenamaan diri, kerap update blog dan pautan sesama rakan ABDR mampu menaikkan ranking blog. 

Ha..kalian sudah bersedia bekerja di rumah? Apalagi buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti. Satu lagi, Jika sudah mula, Habiskan.


RM 30 RM 20
Baca full version kisah pahit manis saya dalam
Bab 4 Ebook YEAY MAMA SUDAH RESIGN - RM30 PROMOSI RM20

Tinta Pengarang

Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3: Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid

Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)

Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

��Boleh hubungi saya Arbee Ali (Umi) untuk JANA WANG DI RUMAH DENGAN ABDR. 
019-9353.481



1 comment:

  1. Menariknyaa..perkongsian yang sangat bagus untuk wanita lain diluar sana...saya juga tak be kerja..banyak berceloteh hanya melalui blog..maklumlah tak Ada kawan kawan lagi nak berborak.. 😉

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...