Tuesday, 21 April 2015

Selipar Cap Janson.

Entri: # 10 - Selipar Cap Janson
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Dapat gaji WAHM, bawa anak berjalan makan angin. Tak perlu shopping mall besar hebat. PKNS mall sudah lebih dari cukup. Saya belikan anak-anak selipar cap Janson. Sepasang RM 7.90 x 3 bayar RM24. Permukaan getah lembut selesa. Sukanya anak-anak 6, 3 dan 1 tahun. Umur yang sesuai untuk amalkan Jus Qaseh Junior..bermula 1 tahun ke atas. Susah betul mahu ambil gambar masing-masing tak duduk diam.

Nilainya hanya RM24. Tapi anak-anak senyum puas gembira. Berebut mahu bayar. Bagitahu kakak cashier "kakak, potong talinya kami mahu pakai terus". "Umi terima kasih belikan selipar baru" saya dengar tiga kali keluar dari mulut-mulut kecil comel yang pelat dan tidak.

Kami balik ke rumah bau kedai dalam kereta. Pergi selipar lama. Balik selipar baru. 

Anak-anak saya masih dalam fasa tujuh tahun pertama yang paling penting. Fasa pembentukan peribadinya. 
Apapun yang terakam dalam benak anak pada masa ini, nanti akan tampak pengaruh-pengaruhnya dengan nyata pada keperibadiannya ketika dewasa kelak. 
(Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Muatstsirat as Salbiyah.) 

Dengan izin Allah ABDR membolehkan saya mengasuh anak-anak di samping jana wang di rumah.
Moga amal usaha dan susah payah ini dibalas Allah SWT dengan anak yang beriman, bersyariat dan bertaqwa.



Jana wang di rumah dengan ABDR melalui 3 cara.
�� Hubungi sms/wa/telegram Arbee Ali (Umi) 019-9353.481


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...