Friday, 17 April 2015

Stew Daging

Entri: # 6 - Stew Daging
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Hari terlewat bangun. Jadi masak satu lauk sahaja..daging beserta sayur. Kebetulan anak sudah muak makan nasi putih. Resepi ringkas penyelamat ini, anak-anak makan dengan roti dan makaroni. Saya dan suami tekak Melayu semestinya mahu nasi putih ikan masin petai belacan.

Lauk ini agak tak sesuai digandingkan dengan sambal belacan. Kebetulan dalam peti ais ada cili minyak. Haa..sedap dah tu.

Rumah kami memang sentiasa ada sambal pelbagai jenis. Dibuat banyak simpan dalam peti ais. Sambal belacan, sambal kicap cili, sambal belimbing hitam, sambal udang kering atau cili minyak. Jimat masa memasak untuk WAHM seperti saya.

Cili minyak nanti saya kongsikan resepi ye. Wajib cuba..sedap.

Stew Daging.



Bahan A
500 gram daging
2 biji kentang
1 batang lobak merah
1 batang saderi
5 biji tomato
10 tangkai kacang pis
½ biji capsicum hijau
1 sudu makan rempah sup
½ sudu makan rempah soto serbaguna tok mak*
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan tepung jagung

Bahan B (Dihiris)
1 labu bawang besar kuning
1 inci halia
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih.
2. Masukkan daging, kentang, rempah, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air. Masak hingga semua lembut.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan pekat.
4. Masukkan bawang besar, kacang pis, capsicum dan tomato.

*rempah soto ini sememangnya sedap dan serbaguna. Antara barang wajib ada di dapur. Bukan setakat soto, saya guna dalam pelbagai masakan berkicap, madu, sup dan goreng kering. Saya tak jual. Boleh beli dari Tok Mak ye.

-------
📞wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk PROMOSI Ebook bulan APRIL RM50.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...