Monday, 13 April 2015

Udang Kesturi

Entri: # 2 - Udang Kesturi
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Semalam saya hanya sediakan mi hailam untuk sekeluarga. Menjelang tengahari tekak ini terasa hendak makan nasi dan lauk yang pedas. Buka peti ais terjumpa udang, masak seringkasnya. Resepi ini saya rujuk buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi. Ada yang saya ubah sedikit kerana tak cukup bahannya di rumah.

Kepada Along dan Dila, oops silap namanya Udang Kesturi bukan Udang Rampai. :)

Bahan A
Udang saiz besar
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
10 tangkai kacang pis
5 biji limau kesturi (diambil airnya)

Bahan B
3 biji cili api (ditumbuk)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)

Cara
1. Tumis serai dan Bahan B
2. Masukkan udang, kacang pis, bawang besar.
3. Perasakan dengan air limau kesturi, gula dan garam secukupnya.



Umi Arbee Ali
Jana wang dengan blog dari rumah.
Stokis Ana Qaseh Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI.
Peluang dropship produk Ana DI SINI EJEN DROPSHIP ANA.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...