Tuesday, 26 May 2015

Syarat jadi stokis Qaseh Gold

Entri: # 18 - Syarat jadi stokis Qaseh Gold
Teks: Umi Arbee Ali

Foto: Umi Arbee Ali 

Hari ini 26 haribulan. Dalam fasa bertungkus lumus ketuk keyboard keyin bil rania. Rania / pengedar / ahli..sama maksudnya, panggilan membezakan.

Sistem ini tutup pada 11 malam hari terakhir setiap bulan. Biasanya saya tutup 2 hari sebelum supaya baki 2 hari itu boleh diguna untuk persediaan kes-kes kecemasan. Saat akhir itulah rania mahu cukupkan nilai mata sebulan, kira jumlah botol Qaseh yang terjual, semak semula bil keyin, betulkan bil yang silap, double keyin, menunjukajar rania memaksimakan bonus bulanan dan juga siapkan hadiah penghargaan kepada rania yang layak.

Nilai mata untuk layak pelbagai bonus dikira dalam tempoh sebulan. Bermula minggu terakhir yakni minggu gaji sudah sibuk..apatahlagi 2 hari kecemasan saat genting. Semuanya sebelum jam tepat 11 malam 31hb Mei. Jadi kes kecemasan itu termasuk juga ketiadaan elektrik atau internet :)





Stokis itu berat dan besar tanggungjawabnya. Ramai yang belum bermula, belum lagi menjual walau sebotol Qaseh, sudah mahu lompat terus jadi stokis. Senang katanya, duduk goyang kaki tunggu rania datang beli stok. Amboi tak semudah itu. Mari saya senaraikan kelayakan dan tanggungjawab stokis:
1. Faham tentang produk.
2. Faham sistem syarikat.
3. Berjaya menjual terlebih dulu.
4. Bertanggungjawab bil rania.
5. Ada rania minimum 20 orang.
6. Ada kemudahan internet.
7. Ada komputer / laptop.
8. Modal stokis RM 10,000.
9. Restok minimum RM 10,000 sebulan.
10. Hadir silibus asas yakni Sunnah Food, Mineral Sole, Marketing Plan, NLP Mind Power, NLP Sales Power, NLP Sales Advance, Cash Flow Management, Baraqah Practice.
11. Ibarat wakil HQ. Jadi apa yang ada di HQ, mesti ada di premis stokis sama ada stokis di rumah atau kedai. 
12. Ketiadaan di premis atau bercuti lama perlu dimaklumkan lebih-lebih lagi kepada rania.

Saya simpulkan, untuk jadi stokis terlebih dulu mesti jadi pengguna kemudian rania. 


��wa/telegram 019-9353.481 untuk bersama MEMBUDAYAKAN MAKANAN SUNNAH 1001 KHASIAT.
 Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

Monday, 25 May 2015

Anak ialah Fitrah

Entri #17: Anak ialah Fitrah.
Teks: Umi Arbee Ali

Foto: Umi Arbee Ali 

Nasihat ini saya dapat dari group watsap mengaji. Ia indah dibaca dikongsi juga tepat kena batang hidung sendiri.


❶ Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
❷ Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
❸ Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
❹ Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
❺ Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
❻ Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
❼ Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.‌

Anak ialah FITRAH jangan tukar kepada FITNAH.
Hanya R dan N tapi sangat membezakan.

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Dikongsikan satu doa sebagaimana Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 
wa min kulli aynin laammah
Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما  ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin)
(HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)


��wa/telegram 019-9353.481 untuk ORDER PEK KOMBO QASEH JUNIOR DAN IGE.  
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog















Friday, 15 May 2015

Ketupat sotong Terengganu

Entri: # 16 - Ketupat sotong Terengganu
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Wah sekarang ni musim sotong di kampung kami, Marang, Terengganu. Jika musim sotong, perhatikan pokok jambu golok berbuah ranum. Nikmat Allah beri murah rezeki di laut juga di darat. 

Perkaitan antara keduanya juga ialah ilmu laduni. Untuk mendapatkannya memakan masa lama. Maknanya hasil membaca, berfikir, faham barulah dapat.
“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.(Al-Nur:44)

Telah berkata Sahl bin Abdulullah Al-Qusyairi r.a;
“Bagi orang Alim itu tiga ilmu.
Satu Ilmu yang Zhohir; diberikan ia bagi orang yang ahli zhohir dan
Kedua; Ilmu Batin tiada harus menzhohirkan ia melainkan kepada ahlinya dan
Ketiga; Ilmu antaranya dan antara Allah; tiada harus menzhohirkan ia kepada sesiapa pun”.

Pelbagai menu sotong pada masa ini. Semalam sotong celup tepung, hari ini pagi nasi goreng sotong, tengahari singgang sotong, esok sotong masak pedas, goreng sayur pun campur sotong. Hari-hari buka tudung saji lauk sotong sampai anak minta gorengkan telur mata kerbau sama kicap ABC. :)

Makanan tradisi di sini ialah masak lemak sotong lawan sama jambu golok atau kacang panjang. Ha ketupat sotong jangan dilupa. Jika ke pasar tanyakan pakcik penjual mahu beli sotong ketupat. Yang eloknya bersaiz sederhana sebesar tapak tangan lelaki dewasa dan kulit sederhana tebal supaya tak mudah pecah sewaktu dimasak.
Dibawah ialah resepi ketupat sotong Terengganu berkuah putih rasanya lemak masin manis. Bukan ala Kelantan yang berkuah perang rasa lemak manis.

Ketupat Sotong Terengganu
Bahan-bahan
2½ pot beras pulut (direndam semalaman)
20 ekor sotong ketupat (dibuang kulit)
2 biji santan
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
½ inci halia (dihiris nipis)
1 sudu kecil halba
3 batang serai (diketuk)
Lidi (ditajamkan hujungnya)

Cara
1. Kukus beras pulut hingga masak.
2. Sumbatkan pulut sehingga penuh ke dalam sotong.
3. Letakkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Masak kesemuanya dalam periuk.
5. Perasakan dengan gula garam.

Tips
+ Lebih mudah kukus pulut terlebih dahulu. Proses menyumbat lebih mudah. Proses memasak lebih cepat.  
+ Gunakan pengukus berlubang kecil. Jika besar lapik dengan daun pisang.
+ Buang kulit sotong supaya kuahnya putih tak merah.
+ Gunakan garam mineral masakan untuk masakan bersantan supaya tahan lebih lama, lebih sedap, tak terlalu masin.

Bahan-bahan

Langkah 1
Lubang-lubang pengukus bersaiz kecil RM 30 sahaja. Saiz sederhana muat mengukus seekor ayam. Amatlah sangat memudahkan kerja mengukus pulut. Rumah ini ramai hantu pulut :) Saya beli dengan tukang urut Indonesia. Dari sana ni. Ada lagi satu, jika mahu pm ya.
 Langkah 2 tak dapatlah ambil gambar tengah gigih menyumbat menyucuk tangan kotor pula.
Langkah 3 dan 4
Gemuk buncit kembung elok penuh bersumbat pulut. Orang yang membuatnya buncit juga hari-hari makan sotong.

Langkah 5
Kuah agak merah. Hanya separuh sotong dibuang kulit sebab mahu cepat masak di pagi hari mengejar masa sebelum anak bangun tidur.. ewah alasan :)
RM 20 sebekas 800gram

��wa/telegram 019-9353.481 untuk ORDER GARAM MINERAL MASAKAN.
 Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

Kuasa blog

Entri: # 15
Teks: Umi Arbee Ali

Blog,
Jadikan medan ilmu
Kerna hidup ini terlalu banyak yang kita tak tahu
Untuk aku
Untuk kamu.

Blog,
Biarlah dari hati
Untuk berkongsi
Untuk memberi
Untuk hidup selepas mati.

��wa/telegram 019-9353.481 untuk KELAS BINA BLOG ILMIAH BERPENGARUH RM200.
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

Thursday, 14 May 2015

Kehebatan Qaseh Premier Untuk Lelaki Dan Wanita Warga 40 Tahun Ke Atas

Entri: # 14 - Kehebatan Qaseh Premier Untuk Lelaki Dan Wanita Warga 40 Tahun Ke Atas
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Ana Edar







SESUAI UNTUK WARGA 40 TAHUN KE ATAS LELAKI DAN PEREMPUAN

KANDUNGAN:
+Madu   +Kurma   +Tiin   +Zaitun   +Habbatussauda'   +Delima   +Za'faran   +Gam arab   
+Biji anggur   +Gojiberi   +Kranberi   +Gingko biloba   +Kacang ginjal   +Roselle   
+Kalsium tulang ikan   +Garam bukit   +Air zam-zam  +Pengawet yang dibenarkan   
+Xanthan gum sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan

CARA MAKAN:
+ 2 hingga 3 sudu besar (20-30ml) sebelum sarapan
+ 2 hingga 3 sudu besar (20-30ml) sebelum tidur 

HARGA:
1 botol 500ml
RM120 Semenanjung Malaysia / RM125 Sabah Sarawak

KEUNIKAN:
Biji anggur
+ mengandungi antioksidan polyphenols, termasuk Oligomeric Proanthocyanidin Complexes (OPCs) sejenis antioksidan yang hebat 
+ baiki paras gula dalam darah, stabilkan tekanan darah tinggi, rendahkan paras LDL kolesterol, lancarkan perjalanan darah
+ lambatkan penuaan otak
+ baiki penglihatan  malam

Gojiberi
+ terkenal dalam perubatan cina
+ mengandungi zeaxanthin, sejenis anti oksidan yang menyokong kesihatan penglihatan
+ kawal paras gula, kolesterol dalam darah, baiki tekanan darah tinggi
+ tambah tenaga, baiki kualiti tidur, kurangkan stres
+ baiki sistem penghadaman

Kranberi
+ kaya dengan sumber anti oksidan untuk tingkatkan sistem imun
+ anti inflamasi yang baik untuk stabilkan tekanan darah timggi dan rendahkan paras LDL kolesterol
+ kurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI)
+ kurangkan risiko penyakit gusi
+ baiki sistem penghadaman

Kacang ginjal
+ rendahkan paras LDL kolesterol, kurangkan risiko sakit jantung
+ stabilkan gula dalam darah
+ baiki sistem penghadaman

Kalsium asli
+ kalsium asli daripada tulang ikan, tiada perisa tambahan untuk kesihatan tulang
+ kajian daripada sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu diketuai oleh Dr Dara Aisyah Muhammad Ali Puteh mendapati kalsium tulang ikan mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan mampu menggantikan kalsium sintetik yang sering digunakan di pasaran.

TESTIMONI:






HUBUNGI UMI wa/telegram 019-9353.481 UNTUK ORDER 
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 Usahawan 1 Blog  

Wednesday, 13 May 2015

Puding jagung

Entri: # 13 - Puding jagung
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Selain jagung dalam tin, saya tabur jagung rebus di permukaan puding. Kebetulan adik ipar beri jagung. Puas fikir mahu masak pengat atau jemput atau panggang makan dengan chicken chop gaya barat. Kebetulan kuih kek roti dah habis di rumah. Di rumah ini, sama ada kuih, kek atau roti sentiasa ada sebab ramai anak-anak kecil yang aktif bermain sentiasa lapar. Perut kenyang hati senang kan. Barulah anak tak meragam.
Ini juga yang diajar dalam ebook Superwahm Supermom. Makanan mestilah sentiasa tersedia tak kira walau bagaimana sibuk hidup anda di rumah. Banyak lagi himpunan tips suri bekerja di rumah.

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan gula halus
2 sudu makan marjerin
4 cawan air
1 tin jagung (dalam tin)

Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
2. Masak sehingga naik wap dan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan atau loyang.
4. Sejukkan dan hias.



��wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk BELIAN EBOOK SUPERWAHM SUPERMOM RM25.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...