Friday, 15 May 2015

Ketupat sotong Terengganu

Entri: # 16 - Ketupat sotong Terengganu
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali

Wah sekarang ni musim sotong di kampung kami, Marang, Terengganu. Jika musim sotong, perhatikan pokok jambu golok berbuah ranum. Nikmat Allah beri murah rezeki di laut juga di darat. 

Perkaitan antara keduanya juga ialah ilmu laduni. Untuk mendapatkannya memakan masa lama. Maknanya hasil membaca, berfikir, faham barulah dapat.
“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.(Al-Nur:44)

Telah berkata Sahl bin Abdulullah Al-Qusyairi r.a;
“Bagi orang Alim itu tiga ilmu.
Satu Ilmu yang Zhohir; diberikan ia bagi orang yang ahli zhohir dan
Kedua; Ilmu Batin tiada harus menzhohirkan ia melainkan kepada ahlinya dan
Ketiga; Ilmu antaranya dan antara Allah; tiada harus menzhohirkan ia kepada sesiapa pun”.

Pelbagai menu sotong pada masa ini. Semalam sotong celup tepung, hari ini pagi nasi goreng sotong, tengahari singgang sotong, esok sotong masak pedas, goreng sayur pun campur sotong. Hari-hari buka tudung saji lauk sotong sampai anak minta gorengkan telur mata kerbau sama kicap ABC. :)

Makanan tradisi di sini ialah masak lemak sotong lawan sama jambu golok atau kacang panjang. Ha ketupat sotong jangan dilupa. Jika ke pasar tanyakan pakcik penjual mahu beli sotong ketupat. Yang eloknya bersaiz sederhana sebesar tapak tangan lelaki dewasa dan kulit sederhana tebal supaya tak mudah pecah sewaktu dimasak.
Dibawah ialah resepi ketupat sotong Terengganu berkuah putih rasanya lemak masin manis. Bukan ala Kelantan yang berkuah perang rasa lemak manis.

Ketupat Sotong Terengganu
Bahan-bahan
2½ pot beras pulut (direndam semalaman)
20 ekor sotong ketupat (dibuang kulit)
2 biji santan
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
½ inci halia (dihiris nipis)
1 sudu kecil halba
3 batang serai (diketuk)
Lidi (ditajamkan hujungnya)

Cara
1. Kukus beras pulut hingga masak.
2. Sumbatkan pulut sehingga penuh ke dalam sotong.
3. Letakkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Masak kesemuanya dalam periuk.
5. Perasakan dengan gula garam.

Tips
+ Lebih mudah kukus pulut terlebih dahulu. Proses menyumbat lebih mudah. Proses memasak lebih cepat.  
+ Gunakan pengukus berlubang kecil. Jika besar lapik dengan daun pisang.
+ Buang kulit sotong supaya kuahnya putih tak merah.
+ Gunakan garam mineral masakan untuk masakan bersantan supaya tahan lebih lama, lebih sedap, tak terlalu masin.

Bahan-bahan

Langkah 1
Lubang-lubang pengukus bersaiz kecil RM 30 sahaja. Saiz sederhana muat mengukus seekor ayam. Amatlah sangat memudahkan kerja mengukus pulut. Rumah ini ramai hantu pulut :) Saya beli dengan tukang urut Indonesia. Dari sana ni. Ada lagi satu, jika mahu pm ya.
 Langkah 2 tak dapatlah ambil gambar tengah gigih menyumbat menyucuk tangan kotor pula.
Langkah 3 dan 4
Gemuk buncit kembung elok penuh bersumbat pulut. Orang yang membuatnya buncit juga hari-hari makan sotong.

Langkah 5
Kuah agak merah. Hanya separuh sotong dibuang kulit sebab mahu cepat masak di pagi hari mengejar masa sebelum anak bangun tidur.. ewah alasan :)
RM 20 sebekas 800gram

��wa/telegram 019-9353.481 untuk ORDER GARAM MINERAL MASAKAN.
 Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

4 comments:

  1. saya tak pernah makan ketupat sotong ni..nampak menarik..

    ReplyDelete
  2. Sedap puan. Jika jalan ke terengganu, cubalah di kedai/warung. Ada banyak dijual di sana.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...