Wednesday, 13 May 2015

Puding jagung

Entri: # 13 - Puding jagung
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Umi Arbee Ali


Selain jagung dalam tin, saya tabur jagung rebus di permukaan puding. Kebetulan adik ipar beri jagung. Puas fikir mahu masak pengat atau jemput atau panggang makan dengan chicken chop gaya barat. Kebetulan kuih kek roti dah habis di rumah. Di rumah ini, sama ada kuih, kek atau roti sentiasa ada sebab ramai anak-anak kecil yang aktif bermain sentiasa lapar. Perut kenyang hati senang kan. Barulah anak tak meragam.
Ini juga yang diajar dalam ebook Superwahm Supermom. Makanan mestilah sentiasa tersedia tak kira walau bagaimana sibuk hidup anda di rumah. Banyak lagi himpunan tips suri bekerja di rumah.

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan gula halus
2 sudu makan marjerin
4 cawan air
1 tin jagung (dalam tin)

Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
2. Masak sehingga naik wap dan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan atau loyang.
4. Sejukkan dan hias.



��wa/telegram saya, Arbee Ali 019-9353.481 untuk BELIAN EBOOK SUPERWAHM SUPERMOM RM25.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...