Tuesday, 26 May 2015

Syarat jadi stokis Qaseh Gold

Entri: # 18 - Syarat jadi stokis Qaseh Gold
Teks: Umi Arbee Ali

Foto: Umi Arbee Ali 

Hari ini 26 haribulan. Dalam fasa bertungkus lumus ketuk keyboard keyin bil rania. Rania / pengedar / ahli..sama maksudnya, panggilan membezakan.

Sistem ini tutup pada 11 malam hari terakhir setiap bulan. Biasanya saya tutup 2 hari sebelum supaya baki 2 hari itu boleh diguna untuk persediaan kes-kes kecemasan. Saat akhir itulah rania mahu cukupkan nilai mata sebulan, kira jumlah botol Qaseh yang terjual, semak semula bil keyin, betulkan bil yang silap, double keyin, menunjukajar rania memaksimakan bonus bulanan dan juga siapkan hadiah penghargaan kepada rania yang layak.

Nilai mata untuk layak pelbagai bonus dikira dalam tempoh sebulan. Bermula minggu terakhir yakni minggu gaji sudah sibuk..apatahlagi 2 hari kecemasan saat genting. Semuanya sebelum jam tepat 11 malam 31hb Mei. Jadi kes kecemasan itu termasuk juga ketiadaan elektrik atau internet :)





Stokis itu berat dan besar tanggungjawabnya. Ramai yang belum bermula, belum lagi menjual walau sebotol Qaseh, sudah mahu lompat terus jadi stokis. Senang katanya, duduk goyang kaki tunggu rania datang beli stok. Amboi tak semudah itu. Mari saya senaraikan kelayakan dan tanggungjawab stokis:
1. Faham tentang produk.
2. Faham sistem syarikat.
3. Berjaya menjual terlebih dulu.
4. Bertanggungjawab bil rania.
5. Ada rania minimum 20 orang.
6. Ada kemudahan internet.
7. Ada komputer / laptop.
8. Modal stokis RM 10,000.
9. Restok minimum RM 10,000 sebulan.
10. Hadir silibus asas yakni Sunnah Food, Mineral Sole, Marketing Plan, NLP Mind Power, NLP Sales Power, NLP Sales Advance, Cash Flow Management, Baraqah Practice.
11. Ibarat wakil HQ. Jadi apa yang ada di HQ, mesti ada di premis stokis sama ada stokis di rumah atau kedai. 
12. Ketiadaan di premis atau bercuti lama perlu dimaklumkan lebih-lebih lagi kepada rania.

Saya simpulkan, untuk jadi stokis terlebih dulu mesti jadi pengguna kemudian rania. 


��wa/telegram 019-9353.481 untuk bersama MEMBUDAYAKAN MAKANAN SUNNAH 1001 KHASIAT.
 Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...