Tuesday, 30 June 2015

Anak, apakah bukan mengapa.

Entri #26: Anak, apakah bukan mengapa.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Google

Hari ini Terpuji agak memberontak. Tak mahu mengaji. Bercakap kasar. Membuli Bahagia. Merampas mainan Baik. Tak mahu berkongsi barang dengan sesiapa pun. Seperti biasa cukup lima kali teguran, saya minta dia ke naughty chair. Kami sekeluarga akan mengasingkan, tak endahkan si polan nakal di naughty chair cukup sekadar 5 hingga 10 minit. Beri ruang semua pihak bertenang berfikir bermuhasabah.


Dia memberontak semasa saya iring ke situ dan menangis dengan kuat tanda protes. Bahagia memandang dari jauh dan Baik mengintai di sebalik langsir menemankan dia barang kali. Setelah lima minit tangis semakin perlahan..tanda dia semakin tenang.
Saya mendapatkannya duduk sebelah. Sama-sama duduk di naughty chair. Mata dan hidung merah, air matanya meleleh hingga ke dagu.

"Apakah yang menyebabkan abang kena duduk di naughty chair?" Saya bertanya tiga kali barulah dia menjawab "Sebab tak nak mengaji. Sebab naughty. Sebab kasar dengan semua orang". Dia hulur tangan mahu salam dan minta maaf. Saya minta dia baca doa mohon akhlak yang baik.

Masuk ke ruang tv, saya minta dia bersalam minta maaf adik beradik. Alhamdulillah.

Itulah kerenah anak kecil tujuh tahun ke bawah. Juga kerenah orang tua menguruskannya. Rendahkan suara, jangan marah jangan marah jangan marah. Jangan menyindir. Jangan menduga. Jangan mengagak. Jangan mulakan dengan mengapa. Kita sama-sama cuba setiap masa saban hari saban tahun hingga mati.
Nota ingatan untuk saya yang paling utama.


Bekerja di rumah dengan Akademi Bekerja di Rumah dan Qaseh Gold 
wa/telegram 019-9353.481

Tuesday, 23 June 2015

Warna dan corak laman sosial

Entri: #25 - Warna dan corak laman sosial.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Berilah apa saja Facebook, Blog, Instagram, Twitter mahupun surat bersetem pos Malaysia tiga puluh sen, warna warninya ia kita yang corakkan.

Ibarat kain putih, buruk atau cantik hasilnya bergantung pada contengan warna dan coraknya.
Menulis dan berkongsilah yang cantik baik wangi yang bermanfaat. Kelak yang sama akan datang kepada kita.

Saya ini suri di rumah. Bukan surirumah. Dunia saya berkisar pengurusan keluarga rumahtangga, tarbiah anak-anak dan stok jualan makanan sunnah qaseh gold. Ringkasnya dunia saya ialah ibu bekerja di rumah. Justeru blog ialah platform terbaik saya untuk berkongsi ilmu panjang lebar disokong grafik gambar dan video.

Moga saya terus-terusan dapat berkongsi apa saja kebaikan di muka bumi Allah ini buat bekal di sana.

KELAS SECARA ONLINE BELAJAR ASAS BLOG hubungi Umi Arbee Ali wa/telegram 019-9353.481
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat di http://qasehgoldbangi.blogspot.com
1 Suri 1 Usahawan 1 Blog

Wednesday, 17 June 2015

Lengkap dan kemaskan kedai online.

Entri: #24 - Lengkap dan kemaskan kedai online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Sebagai Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang semestinya saya mempunyai kedai online sendiri. Tiada tapak kedai fizikal tak bermakna tiada tapak kedai maya / online. Ana Edar juga tak mensyaratkan stokis menyewa premis. Antara sebab saya setia bersama Ana Edar, peluang jana wang di rumah terbentang luas. Peluang itu lebih luas untuk rania kerana tak perlu menguruskan stok sepertimana seorang stokis.

Kedai online Qaseh saya ialah http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Fokus blog saya ialah Kedai Qaseh Gold dan Ana Edar (Bangi dan Kajang). Ia ditaip dengan besar di bahagian atas blog saya. Di kotak itu juga lengkap dengan maklumat fb, emel dan nombor telefon untuk menghubungi supaya pembaca tak perlu tercari-cari klik sana sini. Permudahkan urusan mereka ketika melayari membaca menjamu mata melihat blog kita. Pembaca senang hati kedai lengkap kemas tak bersepah. Tukarkan pembaca kepada pelanggan. 

Di mana ya..di bawah karpet di atas tv atau di belakang pintu. Oh tak mahu begitu ;)
Baca screenshot bagaimana pembaca blog dengan mudah mencari membaca seterusnya pm saya di fb.

Belajar fokus blog dalam Kelas Asas Blog hubungi Umi Arbee Ali wa/telegram 019-9353.481.
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat di http://qasehgoldbangi.blogspot.com
1 Suri 1 Usahawan 1 Blog

Selamat menyambut Ramadhan 2015.

Entri #23: Selamat menyambut Ramadhan 2015.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Selamat menyambut Ramadhan. Selamat beribadah sepanjang bulan mulia ini. Semoga amal kita diterima oleh Allah.



wa/telegram untuk BELIAN SEBARANG PRODUK ANA EDAR

Sunday, 14 June 2015

Pelancaran Qaseh Gojes yang serba pink

Entri: #22 - Pelancaran Qaseh Gojes yang serba pink.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah selamat sudah pelancaran Qaseh Gojes pada malam 13 Jun 2015 di Kg Pengantin, Kuala Lumpur. Bertemakan pink, umpama majlis perkahwinan dalam taman. 

Saturday, 13 June 2015

Amalan harian seorang Muslim.

Entri #21: Amalan harian seorang Muslim.
Teks oleh: Umi Arbee Ali

Jika pernah hati merasa bosan di rumah walhal hiburan tv radio internet terpasang 24 jam, atau ketika bersenang-senang berehat lunjur kaki di rumah masih merasakan bosan tak padam atau hidup serba tak cukup, cuba amalan ini.
Ini amalan harian yang sepatutnya kita sebagai orang Islam buat tanpa jemu letih dan rungut. Saya peroleh dari Puan Ummi Nafishah Shahar, ipar kepada Ustaz Dato Ismail Kamus.
Mana mungkin rasa bosan dengan hidup jika setiap hari sibuk dengan urusan amal kepadaNya.

Friday, 12 June 2015

Mencecah 1,006 pageviews dalam masa 2 bulan

Entri #20: Mencecah 1,006 pageviews dalam masa 2 bulan.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali




Entri pertama saya di blog ini bertarikh 13 April 2015. Sehingga ke hari ini lebih kurang 2 bulan sudah berjaya mencuri perhatian pembaca 1,006 pageviews. 

Ada tekniknya yang percuma sahaja boleh diusahakan sendiri tak perlu bayar iklan.

1. Menulis tentang kebaikan produk/servis, bukan nawaitu menjual semata-mata. Usah segan sebarkan kebaikan. Masih ada anak dara yang tak pandai menumbuk membuat sambal belacan asli kan.
2. Tajuk sangat penting. Fikirkan tajuk yang sekali imbas pembaca tertarik. Letak diri dalam kasut pembaca. Jadilah wartawan Harian Metro. 
3. Bercerita dalam penulisan. Elakkan promosi iklan terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan selang seli selitkan cerita, nasihat, tips yang berguna. Pelik juga kedai kain kedai perabot setiap hari jualan murah cuci gudang.
4. Jadi lebih kreatif. Guna gambar menarik, audio atau video. Ada orang suka 123, ada yang suka kartun, ada yang suka gambar makanan sedap menyelerakan tapi ulat buku suka karangan panjang berjela.
5. Pertukaran link blog. Inilah unik untungnya bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ia sangat bantu menaikkan ranking blog. Ia umpama IG swap review. Tapi kuasa kemampuannya lebih jauh hebat dari itu. Blog ibarat raja apabila google ia dengan mudah berada di mukasurat pertama. Tak percaya cuba google qaseh gold bangi, dan cari di mana blog saya berada. Walaubagaimanapun, mesti rajin update blog.


wa/telegram 019-9353.481 untuk PERTUKARAN LINK BLOG ABDR.

Ana Edar patuh syariah.

Entri: #19
Teks: Umi Arbee Ali
Foto: Ana Edar

Alhamdulillah syukur pada 1 Mei 2015, Ana Edar dengan rasminya melantik Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Prof Madya Dr. Azman Mohamed Nor sebagai Penasihat Syariah. Dahulunya disandang Ustaz Ismail Kamus. Untuk fasa pertama kerjasama ini, mereka akan meneliti:
1. Pelan pemasaran yang digunakan. 
2. Sistem pembayaran bonus rania dan komisyen stokis.
3. Kontrak keahlian rania dan stokis.
4. Memastikan pelan dan kaedah pengiraan itu menepati hukum syara'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...