Saturday, 13 June 2015

Amalan harian seorang Muslim.

Entri #21: Amalan harian seorang Muslim.
Teks oleh: Umi Arbee Ali

Jika pernah hati merasa bosan di rumah walhal hiburan tv radio internet terpasang 24 jam, atau ketika bersenang-senang berehat lunjur kaki di rumah masih merasakan bosan tak padam atau hidup serba tak cukup, cuba amalan ini.
Ini amalan harian yang sepatutnya kita sebagai orang Islam buat tanpa jemu letih dan rungut. Saya peroleh dari Puan Ummi Nafishah Shahar, ipar kepada Ustaz Dato Ismail Kamus.
Mana mungkin rasa bosan dengan hidup jika setiap hari sibuk dengan urusan amal kepadaNya.



1. Bangun malam sekitar jam 3 pagi, mandi dan ambil wuduk.
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8rkaat).
5. Solat sunat hajat.
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100 kali.
8. Tahlil 300 kali.
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40
10. Tasbih 40 kali.
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaasin selepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor, solat sunat sebelum dan selepas.
16. Solat Asar, solat sunat sebelum.
17. Solat maghrib, solat sunat sebelum dan selepas.
18. Solat Isya', solat sunat sebelum dan selepas.
19. Sebelum tidur baca al-Quran (surah Al-mulk, Sajjadah, Waqiah).
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.


“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat." (Ustaz Ismail Kamus)
"Sesungguhnya malam dan siang telah bekerja untuk kamu, maka hendaklah kamu bekerja pada kedua-duanya" (Umar Abdul Aziz)

wa/telegram 019-9353.481 untuk SURIRUMAH BOLEH JANA WANG DI RUMAH.
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...