Tuesday, 30 June 2015

Anak, apakah bukan mengapa.

Entri #26: Anak, apakah bukan mengapa.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Google

Hari ini Terpuji agak memberontak. Tak mahu mengaji. Bercakap kasar. Membuli Bahagia. Merampas mainan Baik. Tak mahu berkongsi barang dengan sesiapa pun. Seperti biasa cukup lima kali teguran, saya minta dia ke naughty chair. Kami sekeluarga akan mengasingkan, tak endahkan si polan nakal di naughty chair cukup sekadar 5 hingga 10 minit. Beri ruang semua pihak bertenang berfikir bermuhasabah.


Dia memberontak semasa saya iring ke situ dan menangis dengan kuat tanda protes. Bahagia memandang dari jauh dan Baik mengintai di sebalik langsir menemankan dia barang kali. Setelah lima minit tangis semakin perlahan..tanda dia semakin tenang.
Saya mendapatkannya duduk sebelah. Sama-sama duduk di naughty chair. Mata dan hidung merah, air matanya meleleh hingga ke dagu.

"Apakah yang menyebabkan abang kena duduk di naughty chair?" Saya bertanya tiga kali barulah dia menjawab "Sebab tak nak mengaji. Sebab naughty. Sebab kasar dengan semua orang". Dia hulur tangan mahu salam dan minta maaf. Saya minta dia baca doa mohon akhlak yang baik.

Masuk ke ruang tv, saya minta dia bersalam minta maaf adik beradik. Alhamdulillah.

Itulah kerenah anak kecil tujuh tahun ke bawah. Juga kerenah orang tua menguruskannya. Rendahkan suara, jangan marah jangan marah jangan marah. Jangan menyindir. Jangan menduga. Jangan mengagak. Jangan mulakan dengan mengapa. Kita sama-sama cuba setiap masa saban hari saban tahun hingga mati.
Nota ingatan untuk saya yang paling utama.


Bekerja di rumah dengan Akademi Bekerja di Rumah dan Qaseh Gold 
wa/telegram 019-9353.481

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...