Sunday, 5 July 2015

Stok bawang kisar penyelamat.

Entri #27: Stok bawang kisar penyelamat.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Gambar oleh: Umi Arbee Ali

Sana sini ramai ibu-ibu yang membuat stok bawang merah bawang putih halia cili kering yang dikisar terlebih dulu kemudian disimpan dalam peti. Sangat memudahkan kerja dapur. Ada yang buat sebekas besar untuk stok sebulan.

Cara saya, campurkan pada nisbah 1:3 yakni 1 bahagian bawang putih 3 bahagian bawang merah dalam satu bekas. Jika lauk perlukan lebih bawang putih, maka saya kupas dan tambah sama ada tumbuk, kisar, mayang atau sekadar ketuk. Perkara sama juga jika perlukan tambahan halia, udang kering, kunyit, serai atau lengkuas.

Tak semua masakan guna bawang kisar. Lain lauk lain bahannya dan cara penyediaannya. Bahan singgang atau stim kukus perlu dimayang, sayur campur perlu diketuk, sambal hanya perlu bawang merah manakala kari perlu banyak bawang putih. Jadi, stok bawang kisar seperti dalam gambar sudah cukup untuk kegunaan seminggu.

Saya tak menetapkan hujung minggu untuk sediakan stok ini. Sekiranya hampir habis, bila mula memasak yang perlukan bawang kisar, saya akan kupas lebih bawang untuk dijadikan stok. Kemudian simpan dalam bekas bertutup rapat. Ia satu usaha yang nampak kecil remeh tak berkesan tapi sangat membantu menjimatkan masa memasak. Bekerja di rumah, mesti bijak menguruskan masa antara urusan keluarga dan kerja.

Itu bekas garam mineral ana. Sebekas RM20 seberat 800 gram. Habis garam, bekasnya boleh pelbagai guna. Stok bawang, cili kering, sambal belacan, sambal hitam, tempoyak saya isikan dalam bekas ini. Saiz yang sama memudah dan mencantikkan susunan dalam peti ais. Akan datang saya kongsikan ya. Bekasnya bulat comel, berpenutup kemas dan saiz yang sedang elok sederhana.

Saya Stokis Barangan Ana wa/telegram UMI 019-9353.481
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 Usahawan 1 Blog


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...