Saturday, 11 July 2015

Tips bina blog berpengaruh yang disukai pembaca.

Entri #29: Tips bina blog berpengaruh yang disukai pembaca.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Baik, khas untuk mereka yang memiliki blog sama ada suka-suka atau serius, ini sedikit tips membina blog berpengaruh yang disukai pembaca.

1. Mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over.
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Jangan sesekali menodai blog sendiri dengan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu tumpuan serta kesabaran pembaca.

2. Sentiasa ada entri baru dan segar.
Kerap kemaskini blog dengan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan dikunjungi pembaca tegar.

3. Entri penyelesai masalah.
Antara perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya berkongsi resipi, tips di dapur, cara susun atur rumah, berkebun atau panduan keibubapaan. Begitu juga blog bisnes berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran.
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun pengalaman benar adalah kisah teladan yang lebih terkesan.

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi.
Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca. Ini tak dapat dicapai dalam satu hari.

6. Blog yang menjadi rujukan khusus.
Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis. Jadi, tetapkan fokus blog kalian.

7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika.
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal. Walaupun menulis gaya santai, asas ini dijaga.

9. Blog yang boleh menghasilkan wang.
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula. Pembeli respon dan beli.

10. Blog yang berjaya menukar pembaca kepada pelanggan.
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

(sumber : Ebook belajar asas blog). Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini.

Dapatkan ebook Belajar Asas Blog atau sertai Kelas Asas Blog hubungi Umi Arbee Ali watsap 019-9353.481
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat di http://qasehgoldbangi.blogspot.com
1 Suri 1 Usahawan 1 Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...