Friday, 28 August 2015

Label menyokong tajuk blog.

Entri #39: Label menyokong tajuk blog.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Dalam bisnes, terlampau banyak iklan boleh buat orang bosan. Terlampau banyak cakap bercerita juga sama.
Jadi selang selikan dialog persembahan. Bersederhana adalah lebih baik.

Dari pengalaman saya, misalnya menjual produk kesihatan, rancang, jadual dan selangselikan:
1) catatan harian
2) catatan pengalaman
3) produk
4) promosi
5) testimoni
6) amalan kesihatan

Thursday, 27 August 2015

Rendang umi.

Entri #38: Rendang umi
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

"Tahniah umi. Sudah pandai masak rendang. Rasanya tak lari."

Suami memang sangat sukakan rendang daging. Dan rendang antara menu ketakutan, menu yang sering saya elak dan tepis. Menambah takut, rendang air tangan cek (mak mertua) tersangatlah sedap hingga menjadi "her signature dish", baik di kalangan keluarga Terengganu atau Singapore.

Beberapa kali menuntut ilmu dengan cek, sama-sama bersila di dapur, rasanya masih hambar. Tak kick. Tak umpph. Tak berasa rendang kata suami. Rasa pelik kata anak.

Puas mencuba mengadun rempah, terlebih terkurang di sana sini. Akhirnya inilah dia resepi rendang yang saya janjikan dulu. Sekarang, rasanya lebih kurang sama setiap kali dimasak. Mereka makan bertambah-tambah, berulangkali tanpa jemu dengan nasi roti bahulu. Diminta masakkan untuk tetamu. Kemudian ia menjadi menu keraian digandingkan dengan pulut kuning setiap kali hari istimewa keluarga kecil kami.

Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh, Allah kurniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."

Rendang Umi
Bahan A (disangai dan kisar)
½ batang kulit kayu manis
5 biji lada hitam
5 biji biji ketumbar
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih

Bahan B (dikisar)
1 labu bawang besar
½ labu bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 batang serai

Bahan C
1 paket rempah rendang paket kecil
1 sudu kerisik
Setengah biji santan
Daun limau dan daun kunyit (diracik halus)
1 kg daging (direbus terlebih dulu dengan gula melaka)

Cara
1. Tumis Bahan A dan B hingga garing.
2. Masukkan rempah rendang, tunggu hingga rempah betul-betul masak.
3. Masukkan daging beserta air rebusan.
4. Masukkan santan, daun limau dan daun kunyit,
5. Setelah kuah hampir kering, masukkan kerisik.
6. Perasakan dengan gula melaka dan garam secukupnya.

Tips:
1. Rebus terlebih dulu daging untuk mempercepatkan masa memasak. Saya rebus menggunakan pressure cooker. Bukan Noxxa, hanya cap Midea selama sejam dan air hanya setakat tenggelam daging.
2. Rebus daging dengan gula melaka agar daging lembut dan sedap rasanya.
3. Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk ayam cuma tak perlu direbus terlebih dulu.
4. Gunakan apa-apa jenama sahaja rempah rendang. Bahan rempah yang disangai akan membantu menyedapkan rasa. Saya gunakan cap Adabi atau Faiza.
5. Gunakan garam mineral supaya rendang lebih sedap dan tahan lebih lama.


Saya bekerja di rumah sebagai Pengurus Online ABDR. Syarat wajib hanya sertai salah satu kelas berikut:

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
Hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481.

Saya Bisnes dari rumah selaku Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang

Wednesday, 26 August 2015

Guru di Malaysia, anak murid di UK, belajar memantapkan penulisan blog.

Entri # 37: Guru di Malaysia, anak murid di UK, belajar memantapkan penulisan blog.

Pelajar: Farah Adlini

Foto: Ana Edar


Ini adalah salah seorang pelajar di ABDR, Puan Farah Adlini yang telah memulakan kelas dengan baik. Sedikit perkongsian dari tulisan beliau.

"Sebelum ini saya pernah menulis di blog Fantabulous Mommy. Waktu saya memulakan blog, saya sekadar hanya mahu menulis santai dengan gaya dan laras bahasa sendiri. Blog ini lebih kepada diari kehidupan saya bersama insan-insan tersayang. Selepas melahirkan anak kedua saya Sofiyya-Rose saya mula kurang menulis. Saya hilang fokus dek penatmenguruskan rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan pembantu. Blog yang selama ini menjadi tempat saya menulis mula terbiar sepi.

Selain daripada menjadi pengurus rumah tangga (saya bangga dengan jawatan ini), saya juga menguruskan kedai online yang saya tubuhkan sebaik saya tiba di sini. Sudah hampir 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini dan kedai ini saya namakan Shopaholic Parlour.

Tanpa disangka, sewaktu sedang berbual dengan sahabat baik saya di applikasi 'Watsapp', sahabat baik saya Khushartini, memaklumkan kepada saya tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Waktu itu saya merasa sangat bersemangat kerana tidak menyangka dari perbualan kosong membuatkan saya mengorak langkah ingin menyertai akademi ini bagi memantapkan penulisan saya di blog.

Saya akan terus menulis tentang kehidupan kami di Bumi Ratu dan kisah suka duka kami di sini yang telah merubah pandangan kami 360 darjah tentang kehidupan yang kami jalani. Umpama pepatah Melayu 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri'.

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481.

Saya Bisnes dari rumah selaku Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang

Thursday, 20 August 2015

Sellotape telur itik.

Entri #: 36-Sellotape telur itik.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Sedang asyik bermain, mak suruh saya ke kedai beli barang dapur. Zaman anak-anak, pergi kedai terbayang coklat, gula-gula, 'cekedis' dan getah rambut warna-warni. Oh mak mestilah boleh, besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Berpusing-pusing saya di dalam kedai runcit yang gelap tertunduk-tunduk mencari barang. Tak jumpa lalu saya tanya pakcik kedai, sellotape ada?
Dijawabnya tadop (bermaksud tiada dalam dialek Terengganu).

Tiba-tiba seorang budak lelaki keluar membayar harga barang yang dibelinya. Eh, itulah yang saya cari ! Ada pulak.

Dan saya bertanya lagi, apa yang tak ada tadi pakcik?
Dijawabnya panjang lebar "petang telo itik tadop. Nok mari pagi". Saya senyum geram menahan ketawa. Saya tanya sellotape. Pakcik ini dengar telur itik.

Sekali lagi saya berpusing di celah rak kedai sekejap tunduk sekejap berdiri sekejap mencangkung. Sudah jumpa semua barang yang mak pesan, saya ke kaunter membayar barang penuh seplastik. Ketika berpaling mahu balik, pakcik tua berpesan lagi mari pagi besok.

Sellotape kedengaran seperti telur itik.
Besok paginya, sudah tentu saya tak pergi 

Promosi 3 ebook sempena bulan Ogos RM50: Yeay mama sudah resign + 10 langkah mudah bina kedai online + Bonus 101 idea bisnes di rumah.

Serum muka 30ml harga bawah RM100 di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481

Wednesday, 19 August 2015

Guru di Malaysia, anak murid di Korea, dalam kelas blog online membina blog yang teratur.

Entri #35: Guru di Malaysia, anak murid di Korea, dalam kelas blog online membina blog yang teratur.
Pelajar: Khushartini Kamarulzaman
Blog: http://khushartinikamarulzaman.blogspot.kr/

Alhamdulillah di atas peluang yang Allah berikan kepada saya untuk menulis lagi. Iya, saya pernah menulis sebelum ini dari sejak zaman belajar di universiti lagi iaitu lebih kurang 11 tahun yang lalu. Tapi penulisan saya agak tidak sistematik dan boleh dikatakan juga tidak mempunyai matlamat yang kukuh.

Semasa awal penglibatan saya menulis blog, saya hanya mengisi masa lapang berkongsi sedikit sebanyak kehidupan saya sebagai "pengembara" di bumi Saguaro di Arizona, Amerika Syarikat.
Pulang ke Malaysia, saya sibuk dengan urusan mencari kerja, berumahtangga dan sebagainya sehingga terus berhenti menulis blog. Walau kembali menulis, tapi masih lagi dengan gaya penulisan santai atau bercerita yang bernada sama termasuklah menggunakan bahasa 'rojak'. Iya, saya masih belum jelas apa matlamat saya menulis, saya fikir hanya berkongsi cerita dan mengharapkan suatu hari nanti saya dan anak-anak akan membaca catatan itu sebagai mengimbau kenangan kehidupan kami. Pada masa itu juga, entri saya tidak konsisten dan saya tidak istiqamah menulis sehingga satu tahap menyepi lama.



Dalam pada saya sibuk bekerja waktu itu, saya juga telah memulakan satu blog kraft yang mana saya hanya berkongsi hobi menjahit saya di waktu lapang.
Alhamdulillah suami dapat tawaran bekerja di bumi Sakura, Korea. Sekali lagi di sini, saya mula menulis kembali dan lebih seronok lagi dapat berkongsi pengalaman berada di bumi asing ini bersama keluarga. Cuma, corak penulisan saya masih lagi sama sehinggalah saya membuka minda saya untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.

Maka, di sinilah saya bermula mencatat entri pengenalan diri. Dengan bimbingan guru kelas online akademi ini, saya sedikit sebanyak cuba mengubah cara penulisan saya bermula dengan membuat blog baru yang lebih teratur. In shaa Allah saya akan cuba istiqamah dengan cara penulisan ini di samping berkongsi pengalaman kami di sini.
Bermula dengan positif, membina blog yang teratur berdasarkan fokus blog seperti Puan Khushartini, cerita penuh di sini:

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481 selaku Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.

Saya bisnes dari rumah --> Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang http://qasehgoldbangi.blogspot.com

Friday, 7 August 2015

Ulasan Kelas Offline - Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram oleh Kak Bed

Entri #34: Ulasan Kelas Offline - Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad
Pelajar: Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR

"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda, kita perlu tingkatkan tahap ILMU kita, tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH serta orang di sekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.

ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR. Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.


Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook. Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM, Penang.

Pada permulaan, Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau. Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita. Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed, 'bagus betul dia ni. Gigihnya dia".
Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan, sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel-artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu
Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.
Kak Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga melalui Insta masa tu. Lalu diperkenalkan kepada Cikgu Zaila Mohamad yang merangkap macam adik sudah lagaknya.hihihi..

23 Mei 2015, kelas ditetapkan. Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja retail.Tapi atas kebernasan memberi alasan akhirnya dapat bersua muka dengan cikgu Zaila ni.
Debaran sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana kan..Kak Bed ni dah la kurang ilmu IT. Macam mana la kalau tak dapat ikut kelas ni nanti. Risau yang amat sebenarnya.
Semua debaran, takut, runsing habis hilang bila dalam kelas. Cikgu Zaila bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah itu.hihihi..Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari A-Z. Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.

Banyak perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog. Sebelum ni asyik google, belajar di youtube tapi susah benar nak faham. Bila bersemuka macam ni, barula Kak Bed 'ternganga' sekejap. Boleh dikatakan 100% persoalan pasal blog terutamanya terjawab. Manakala instagram pula tak susah rupanya. Hanya kena rajin upload gambar saja.

Cikgu Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus penulisan dalam blog. Beliau nampak post-post Kak Bed sebelum ini dan terus suggest fokus kepada kecantikan. Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang lain.

Tapi memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.
Pendek kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni. Ada group coaching lagi. Tak jemu-jemu melayan Kak Bed siang dan malam, memang ada rasa pertalian yang istimewa di situ.
Terima kasih Cikgu Zaila dan Puan Masayu Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada Kak Bed untuk menyertai keluarga besar ABDR ini.

Mahu sertai Kelas Offline ABDR pada 22 Ogos 2015, hubungi saya Umi Arbee, wasap/telegram 019-9353.481
Qaseh Premier untuk lelaki dan wanita usia 40 tahun ke atas di http://qasehgoldbangi.blogspot.com

Thursday, 6 August 2015

Selamat hari lahir Bak.

Entri #: 33 Selamat hari lahir Bak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Suami saya tak romantik orangnya. Barangkali disebabkan tuntutan kerjanya yang kerap outstation dan kebanyakan masa berada di luar pejabat, bergelumang dengan sistem bekalan air dan kerja kontrak. Perasan juga kulit muka, tengkuk dan sebahagian lengan semakin gelap sebab sering berjemur terik matahari di tapak projek. Jadual kerja suami yang tak menentu diseimbangkan dengan saya yang bekerja di rumah dan berbisnes dari rumah membolehkan saya mengatur kehidupan kami dan menguruskan anak-anak. Jadinya, anak masih menikmati rutin hidup normal dengan tenang.

Hari lahir atau hari ulangtahun kami tempuh sama seperti hari-hari biasa dalam hidup kami.  Tiada yang istimewa. Cuma solat hajat, doa dan bacaan yasin sekeluarga di ruang solat rumah kami mengucap syukur pada-Nya.

Namun setiap kali hari lahir keluarga, saya sediakan pulut kuning dan rendang. Menjadikannya lebih istimewa dan tampak selera, gandingkan bersama telur dadar nipis, bawang goreng, potongan daun bawang dan cili merah. Suami anak-anak memang hantu pulut. Nanti saya kongsikan resepi rendang sedap turun temurun keluarga mertua. Tak rugi cuba.

Saya dan anak-anak menyiapkan hadiah seminggu sebelum tarikh hari lahirnya semasa suami outstation ke Sarawak. Susah betul mahu tulis kad dan membalut dengan tangan-tangan kecil yang berebut-rebut serta celoteh mulut masing-masing. 2 kali kad terkoyak, berkali-kali riben tercabut. Mahu ambil gambar juga susah.

Usai Magrib jemaah, anak-anak sudah tak sabar sedangkan ayahnya dalam perjalanan balik outstation dari Kelantan. Kami menunggu dalam gelap diselang seli suara teruja anak membilang tapak kaki ayahnya ke arah pintu.

Ya seperti dijangka. Dia tak ingat esok ialah hari lahirnya. Juga, balik dari kerja esoknya dia berkata wah sedapnya patutlah kelmarin minta belikan daging dan beras pulut.

Walau bagaimana rupa bentuk pun dia, hanya Allah dan kami yang tahu betapa baiknya sang manusia ini.

Selamat hari lahir Bak. Moga dimasukkan iman, dimurahkan rezeki, diberkati umur, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat.


Saya Umi Arbee ialah stokis di rumah http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Dan bekerja di rumah sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Tuesday, 4 August 2015

Bekerja bertenang di rumah.

Entri #: 32 Bekerja Bertenang di Rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya gembira bahagia 'BEKERJA BERTENANG DI RUMAH' selaku Pengurus Online / Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
_______
Mari mengembara kita lihat 3 tugas yang saya buat setiap hari:
1. Memperkenalkan ABDR kepada lebih ramai "SURI".
2. Membuka peluang kepada "SURI" belajar berbisnes online menggunakan medium percuma blog dan facebook.
3. Berkongsi dengan "USAHAWAN ONLINE" yang mahu networking dalam berbisnes.
.
.
Kutip 3 ganjaran "BEKERJA BERTENANG DI RUMAH" setiap hari:
1. Pendapatan serendah RM5 menjangkau RMXXXX. Juga bonus EMAS..bling bling bling. 
2. Bersiaran berbisnes DI MANA SAJA, tiada urusan pos.
3. BERTENANG-TENANG DI RUMAH atur kehidupan, menguruskan buah hati tersayang dan persiapan menghadapNya.
.
Menuju 2000 penyertaan, kami berkongsi hanya 3 benda setiap hari:
1. EBOOK
2. KELAS ONLINE & OFFLINE
3. TAPAK IKLAN
.
Bagaimana "KALIAN" mahu sertai? 
"HIDUP BEBAS" tanpa 3 benda ini:
1. Tanpa yuran ahli, isi borang, kad ahli.
2. Tanpa maintain mata setiap bulan.
3. Tanpa terikat sistem networking upline downline.
SYARAT WAJIB, hanyalah mesti sertai mana-mana kelas asas blog penulisan / asas blog bisnes.
.
Moto serampang 3 mata: 
1 SURI 1 USAHAWAN 1 BLOG hubungi saya, Umi Arbee Ali watsap/telegram 019-9353.481 emel: arbeeali@gmail.com
Hewhewhew ada berapa nombor 3 dalam posting ini..? ;) Tambah lagi he3.

Saturday, 1 August 2015

Salam ukhwah. Selamat datang.

🍹🍱SELAMAT DATANG🍹🍱

Blog ini adalah ruang untuk saya berkongsi kehebatan pemakanan sunnah di samping membekalkannya pada harga murah mampu beli seisi keluarga. 
Saya juga gembira berkongsi kisah, tips dan kebahagiaan bekerja dari rumah di samping menunjuk ajar cara menjana wang dari rumah 
---
Senarai barang yang saya tawarkan;
Qaseh Kekanda, Adinda, Junior, Premier, Gojes 
Garam Mineral Masakan Garam Mineral Sole Bb Krim SPF30 Ige Cerdas Minda
Lipstik Magik Melembap Bibir Bedak Kompek Semua Tona Kulit Gel Serbaguna 6 in 1
Sabun Wajah Membersih Melembap Minyak Rambut Zaitun Wangi Tak Melekit 
Rindu Cafe Rasa Nescafe Rindu Qoqo Kurma Mengenyangkan Susu Kambing Murah
Ebook Akademi Bekerja Di Rumah Bina Blog Berpengaruh Sewa Tapak Iklan Kekal ●Bina Kedai Online Cepat dan Mudah
---
Saya boleh dihubungi;
Wa/telegram Arbee Ali (Umi) 019-9353.481
~Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat~1 Usahawan 1 Blog~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...