Wednesday, 26 August 2015

Guru di Malaysia, anak murid di UK, belajar memantapkan penulisan blog.

Entri # 37: Guru di Malaysia, anak murid di UK, belajar memantapkan penulisan blog.

Pelajar: Farah Adlini

Foto: Ana Edar


Ini adalah salah seorang pelajar di ABDR, Puan Farah Adlini yang telah memulakan kelas dengan baik. Sedikit perkongsian dari tulisan beliau.

"Sebelum ini saya pernah menulis di blog Fantabulous Mommy. Waktu saya memulakan blog, saya sekadar hanya mahu menulis santai dengan gaya dan laras bahasa sendiri. Blog ini lebih kepada diari kehidupan saya bersama insan-insan tersayang. Selepas melahirkan anak kedua saya Sofiyya-Rose saya mula kurang menulis. Saya hilang fokus dek penatmenguruskan rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan pembantu. Blog yang selama ini menjadi tempat saya menulis mula terbiar sepi.

Selain daripada menjadi pengurus rumah tangga (saya bangga dengan jawatan ini), saya juga menguruskan kedai online yang saya tubuhkan sebaik saya tiba di sini. Sudah hampir 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini dan kedai ini saya namakan Shopaholic Parlour.

Tanpa disangka, sewaktu sedang berbual dengan sahabat baik saya di applikasi 'Watsapp', sahabat baik saya Khushartini, memaklumkan kepada saya tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Waktu itu saya merasa sangat bersemangat kerana tidak menyangka dari perbualan kosong membuatkan saya mengorak langkah ingin menyertai akademi ini bagi memantapkan penulisan saya di blog.

Saya akan terus menulis tentang kehidupan kami di Bumi Ratu dan kisah suka duka kami di sini yang telah merubah pandangan kami 360 darjah tentang kehidupan yang kami jalani. Umpama pepatah Melayu 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri'.

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481.

Saya Bisnes dari rumah selaku Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...