Wednesday, 19 August 2015

Guru di Malaysia, anak murid di Korea, dalam kelas blog online membina blog yang teratur.

Entri #35: Guru di Malaysia, anak murid di Korea, dalam kelas blog online membina blog yang teratur.
Pelajar: Khushartini Kamarulzaman
Blog: http://khushartinikamarulzaman.blogspot.kr/

Alhamdulillah di atas peluang yang Allah berikan kepada saya untuk menulis lagi. Iya, saya pernah menulis sebelum ini dari sejak zaman belajar di universiti lagi iaitu lebih kurang 11 tahun yang lalu. Tapi penulisan saya agak tidak sistematik dan boleh dikatakan juga tidak mempunyai matlamat yang kukuh.

Semasa awal penglibatan saya menulis blog, saya hanya mengisi masa lapang berkongsi sedikit sebanyak kehidupan saya sebagai "pengembara" di bumi Saguaro di Arizona, Amerika Syarikat.
Pulang ke Malaysia, saya sibuk dengan urusan mencari kerja, berumahtangga dan sebagainya sehingga terus berhenti menulis blog. Walau kembali menulis, tapi masih lagi dengan gaya penulisan santai atau bercerita yang bernada sama termasuklah menggunakan bahasa 'rojak'. Iya, saya masih belum jelas apa matlamat saya menulis, saya fikir hanya berkongsi cerita dan mengharapkan suatu hari nanti saya dan anak-anak akan membaca catatan itu sebagai mengimbau kenangan kehidupan kami. Pada masa itu juga, entri saya tidak konsisten dan saya tidak istiqamah menulis sehingga satu tahap menyepi lama.



Dalam pada saya sibuk bekerja waktu itu, saya juga telah memulakan satu blog kraft yang mana saya hanya berkongsi hobi menjahit saya di waktu lapang.
Alhamdulillah suami dapat tawaran bekerja di bumi Sakura, Korea. Sekali lagi di sini, saya mula menulis kembali dan lebih seronok lagi dapat berkongsi pengalaman berada di bumi asing ini bersama keluarga. Cuma, corak penulisan saya masih lagi sama sehinggalah saya membuka minda saya untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.

Maka, di sinilah saya bermula mencatat entri pengenalan diri. Dengan bimbingan guru kelas online akademi ini, saya sedikit sebanyak cuba mengubah cara penulisan saya bermula dengan membuat blog baru yang lebih teratur. In shaa Allah saya akan cuba istiqamah dengan cara penulisan ini di samping berkongsi pengalaman kami di sini.
Bermula dengan positif, membina blog yang teratur berdasarkan fokus blog seperti Puan Khushartini, cerita penuh di sini:

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481 selaku Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.

Saya bisnes dari rumah --> Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang http://qasehgoldbangi.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...