Thursday, 27 August 2015

Rendang umi.

Entri #38: Rendang umi
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

"Tahniah umi. Sudah pandai masak rendang. Rasanya tak lari."

Suami memang sangat sukakan rendang daging. Dan rendang antara menu ketakutan, menu yang sering saya elak dan tepis. Menambah takut, rendang air tangan cek (mak mertua) tersangatlah sedap hingga menjadi "her signature dish", baik di kalangan keluarga Terengganu atau Singapore.

Beberapa kali menuntut ilmu dengan cek, sama-sama bersila di dapur, rasanya masih hambar. Tak kick. Tak umpph. Tak berasa rendang kata suami. Rasa pelik kata anak.

Puas mencuba mengadun rempah, terlebih terkurang di sana sini. Akhirnya inilah dia resepi rendang yang saya janjikan dulu. Sekarang, rasanya lebih kurang sama setiap kali dimasak. Mereka makan bertambah-tambah, berulangkali tanpa jemu dengan nasi roti bahulu. Diminta masakkan untuk tetamu. Kemudian ia menjadi menu keraian digandingkan dengan pulut kuning setiap kali hari istimewa keluarga kecil kami.

Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh, Allah kurniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."

Rendang Umi
Bahan A (disangai dan kisar)
½ batang kulit kayu manis
5 biji lada hitam
5 biji biji ketumbar
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih

Bahan B (dikisar)
1 labu bawang besar
½ labu bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 batang serai

Bahan C
1 paket rempah rendang paket kecil
1 sudu kerisik
Setengah biji santan
Daun limau dan daun kunyit (diracik halus)
1 kg daging (direbus terlebih dulu dengan gula melaka)

Cara
1. Tumis Bahan A dan B hingga garing.
2. Masukkan rempah rendang, tunggu hingga rempah betul-betul masak.
3. Masukkan daging beserta air rebusan.
4. Masukkan santan, daun limau dan daun kunyit,
5. Setelah kuah hampir kering, masukkan kerisik.
6. Perasakan dengan gula melaka dan garam secukupnya.

Tips:
1. Rebus terlebih dulu daging untuk mempercepatkan masa memasak. Saya rebus menggunakan pressure cooker. Bukan Noxxa, hanya cap Midea selama sejam dan air hanya setakat tenggelam daging.
2. Rebus daging dengan gula melaka agar daging lembut dan sedap rasanya.
3. Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk ayam cuma tak perlu direbus terlebih dulu.
4. Gunakan apa-apa jenama sahaja rempah rendang. Bahan rempah yang disangai akan membantu menyedapkan rasa. Saya gunakan cap Adabi atau Faiza.
5. Gunakan garam mineral supaya rendang lebih sedap dan tahan lebih lama.


Saya bekerja di rumah sebagai Pengurus Online ABDR. Syarat wajib hanya sertai salah satu kelas berikut:

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
Hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481.

Saya Bisnes dari rumah selaku Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...