Thursday, 6 August 2015

Selamat hari lahir Bak.

Entri #: 33 Selamat hari lahir Bak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Suami saya tak romantik orangnya. Barangkali disebabkan tuntutan kerjanya yang kerap outstation dan kebanyakan masa berada di luar pejabat, bergelumang dengan sistem bekalan air dan kerja kontrak. Perasan juga kulit muka, tengkuk dan sebahagian lengan semakin gelap sebab sering berjemur terik matahari di tapak projek. Jadual kerja suami yang tak menentu diseimbangkan dengan saya yang bekerja di rumah dan berbisnes dari rumah membolehkan saya mengatur kehidupan kami dan menguruskan anak-anak. Jadinya, anak masih menikmati rutin hidup normal dengan tenang.

Hari lahir atau hari ulangtahun kami tempuh sama seperti hari-hari biasa dalam hidup kami.  Tiada yang istimewa. Cuma solat hajat, doa dan bacaan yasin sekeluarga di ruang solat rumah kami mengucap syukur pada-Nya.

Namun setiap kali hari lahir keluarga, saya sediakan pulut kuning dan rendang. Menjadikannya lebih istimewa dan tampak selera, gandingkan bersama telur dadar nipis, bawang goreng, potongan daun bawang dan cili merah. Suami anak-anak memang hantu pulut. Nanti saya kongsikan resepi rendang sedap turun temurun keluarga mertua. Tak rugi cuba.

Saya dan anak-anak menyiapkan hadiah seminggu sebelum tarikh hari lahirnya semasa suami outstation ke Sarawak. Susah betul mahu tulis kad dan membalut dengan tangan-tangan kecil yang berebut-rebut serta celoteh mulut masing-masing. 2 kali kad terkoyak, berkali-kali riben tercabut. Mahu ambil gambar juga susah.

Usai Magrib jemaah, anak-anak sudah tak sabar sedangkan ayahnya dalam perjalanan balik outstation dari Kelantan. Kami menunggu dalam gelap diselang seli suara teruja anak membilang tapak kaki ayahnya ke arah pintu.

Ya seperti dijangka. Dia tak ingat esok ialah hari lahirnya. Juga, balik dari kerja esoknya dia berkata wah sedapnya patutlah kelmarin minta belikan daging dan beras pulut.

Walau bagaimana rupa bentuk pun dia, hanya Allah dan kami yang tahu betapa baiknya sang manusia ini.

Selamat hari lahir Bak. Moga dimasukkan iman, dimurahkan rezeki, diberkati umur, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat.


Saya Umi Arbee ialah stokis di rumah http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Dan bekerja di rumah sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...