Thursday, 20 August 2015

Sellotape telur itik.

Entri #: 36-Sellotape telur itik.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Sedang asyik bermain, mak suruh saya ke kedai beli barang dapur. Zaman anak-anak, pergi kedai terbayang coklat, gula-gula, 'cekedis' dan getah rambut warna-warni. Oh mak mestilah boleh, besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Berpusing-pusing saya di dalam kedai runcit yang gelap tertunduk-tunduk mencari barang. Tak jumpa lalu saya tanya pakcik kedai, sellotape ada?
Dijawabnya tadop (bermaksud tiada dalam dialek Terengganu).

Tiba-tiba seorang budak lelaki keluar membayar harga barang yang dibelinya. Eh, itulah yang saya cari ! Ada pulak.

Dan saya bertanya lagi, apa yang tak ada tadi pakcik?
Dijawabnya panjang lebar "petang telo itik tadop. Nok mari pagi". Saya senyum geram menahan ketawa. Saya tanya sellotape. Pakcik ini dengar telur itik.

Sekali lagi saya berpusing di celah rak kedai sekejap tunduk sekejap berdiri sekejap mencangkung. Sudah jumpa semua barang yang mak pesan, saya ke kaunter membayar barang penuh seplastik. Ketika berpaling mahu balik, pakcik tua berpesan lagi mari pagi besok.

Sellotape kedengaran seperti telur itik.
Besok paginya, sudah tentu saya tak pergi 

Promosi 3 ebook sempena bulan Ogos RM50: Yeay mama sudah resign + 10 langkah mudah bina kedai online + Bonus 101 idea bisnes di rumah.

Serum muka 30ml harga bawah RM100 di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...