Tuesday, 15 September 2015

Kenangan silam jadikan catatan pengalaman.

Entri #48: Kita membesar dengan kenangan.
Teks oleh: Umi Arbee Ali

Kita membesar dengan kenangan.

Bila hari hujan, kita akan teringat ubi kayu sambal bilis ikan masin dan air kopi. Ada kala kita masih terasa di tekak dan lidah sedapnya nasi goreng mak. Walaupun ada berbelas-belas menu nasi goreng di kedai makan.

Bila duduk santai seorang diri, kita masih berasa sejuk segar dan keruh air sungai tempat belajar berenang. Bangun awal pagi pada hari pertama bersekolah. Girang menyarung uniform putih lusuh yang dahulunya dipakai along. Belajar menyarung stokin lusuh yang mesti dipakai dengan getah coklat pengikat lauk.
Menginjak dewasa, pengalaman susah payah mencari kerja. Berpakaian kemas menghadiri temuduga sambil leher melangut melihat bangunan tinggi-tinggi. Pengalaman cuba-cuba berniaga. Berniaga ikut-ikutan kecil-kecilan. Untung besar untung kecil.

Cerita lama.
Kenangan silam.
Kenangan mengusik jiwa.

Kenangan setiap orang tak sama. Kita boleh jana wang dari kenangan, cerita lama, travelog, catatan pengalaman. Sudah banyak buku travelog di pasaran. Banyak juga lagu-lagu yang mengagungkan kenangan silam.

Di Abdr, ini dilabelkan sebagai catatan pengalaman. Ia sangat penting dan membantu idea penulisan. Ia boleh jadi pengalaman yang mahal untuk dikongsi. Ia juga seperti resume diri di dalam blog.
Pengalaman bisnes juga penting untuk dikongsikan. Membantu memberi keyakinan kepada pembaca atau pelanggan. Juga sebagai penentuan label blog.
Halaman 4, Ebook Belajar asas blog

Dalam kelas blog Abdr, setiap pelajar perlu menjawab lapan soalan analisa. Dari situ, guru online akan berikan tajuk email, nama blog, tajuk blog dan lima label. Salah satu dari lima label ialah catatan pengalaman. Walaupun setiap pelajar setiap blog mempunyai label yang sama itulah yang membezakan. Menjadi nilai tambah atau titik cari pembaca blog. Persembahkan ia dengan menarik santai bersahaja namun berilmu. Pembaca akan datang dan datang lagi.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee Bekerja di rumah selaku Pengurus Online Abdr wasap/telegram 019-9353.481.

Qaseh Premier untuk usia 40 tahun ke atas dengan biji anggur untuk baiki penglihatan di Qaseh Gold Bangi.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...