Monday, 7 September 2015

Mengenal Majikan yang sebenar.

Entri #44: Mengenal Majikan yang sebenar.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Akademi Bekerja Di Rumah

Penghujung tahun 2014 membawa ke awal tahun ini 2015, suami bercuti sakit selama 3 bulan. Dalam tempoh itu, saya agak kelam kabut menguruskan anak-anak di rumah dan suami di hospital. 

Bekas bos saya, orang Pulau Pinang mengingatkan saya. Jika ada apa-apa berlaku dalam keluarga, saudara mara jiran tetangga ipar duai akan datang berziarah menyuruh bersabar. Kawan sepejabat dan majikan yang memahami akan memberi laluan sementara untuk urusan itu. Namun mesti diingat sampai bila. Yang menanggung dan menghadapnya sehari-hari ialah pasangan dan anak-anak. Hatta adik beradik juga ada kehidupan dan keluarga sendiri. 

Keluarga suami sangat rapat. Adik beradik kerap datang membantu. Tapi cuma 2 hari seminggu. Baki 5 hari adalah di atas bahu saya. Kerana mereka juga ada kehidupan, keluarga, bekerja dan majikan sendiri.

Saya bersyukur mempunyai bos yang sangat memahami pada ketika itu walaupun terikat dengan bos dan majikan, peraturan syarikat serta undang-undang dunia ciptaan jabatan sumber manusia.

Akhirnya, saya hantar surat berhenti kerja 20 hari lebih awal dari tarikh sebenar yang telah dibincang dengan bos. 100 peratus dapat saya tumpukan pada keluarga. Suami yang sakit itu saya jaga sehingga sihat dan kembali boleh berjalan, berlari dan memancing. Dia hilang berat badan lebih 20 kg. Anak-anak juga belajar banyak perkara dari ujian kecil ini.

Kini saya lebih bersyukur kerana saya tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi, yang menjadikan saya.  Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang menggembirakan 'Majikan' bukannya menggembirakan 'manusia'.

Soal gaji?  Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak-anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar benar majikan.
Halaman 5 ebook Super wahm super mom.

Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Saya pilih Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...