Friday, 4 September 2015

Nama kita jenama kita.

Entri #42: Nama kita jenama kita.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Akademi Bekerja Di Rumah

Semalam, saya bertanya seseorang dengan serba salah, teragak-agak nak panggil apa ya, "Puan Aku Tiada Nama, berapa harga barang XXX yang puan iklankan?"

Itu sebabnya, email, nama blog, dan juga entri di blog sangat penting. 
Memudahkan bakal pelanggan mencari kita. Jangan guna nama samaran. Begitu juga fb, guna gambar dan wajah yang betul. 
Halaman 3, ebook Belajar asas blog

Nama kita jenama kita. Sepertimana diri kita ialah bisnes kita.
Cuba lihat tokoh terkenal pelbagai bidang menggunakan nama sebenar mereka. Dr. Mahathir bin Mohamad, Azizan Osman, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Kevin Zahri, Dr Bilal Philips.

Jadi kenapa bersembunyi di sebalik Aku Tiada Nama, Lia Comel, Puteri Cenderawasih? (tiada kaitan yang hidup atau mati)

Kita gunakan nama penuh beliau jika mencari seseorang di fb atau google. Jika mencari kawan atau keluarga yang sekian lama terpisah. Atau iklan wali di suratkhabar.

Bijak ambil peluang. Jenamakan nama kalian.

Khatamkan naskhah ebook Belajar asas blog.
Ia ebook bonus jika memilih belajar asas blog penulisan atau asas blog bisnes.

Saya, Umi Arbee Bekerja di rumah tanpa uruskan barang fizikal.
http://qasehgoldbangi.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...