Wednesday, 2 September 2015

Pelaburan membayar yuran kelas blog ABDR sangat berbaloi.

Entri #40: Pelaburan membayar yuran kelas blog ABDR sangat berbaloi.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan.


Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.


Berkenalan dengan pengulas yakni Puan Nasriah Abdullah di sini https://www.facebook.com/aura.adhwa

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee wasap/telegram 019-9353.481.

Saya Bisnes dari rumah selaku Stokis Qaseh Gold Ana Edar kawasan Bangi dan Kajang





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...