Thursday, 17 September 2015

Pengalaman bisnes tshirt muslimah.

Entri #51: Pengalaman bisnes tshirt muslimah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Abdr dan Google

Saya suka berniaga walaupun saya bukan datangnya dari keluarga peniaga. Saya pernah berniaga tshirt muslimah. Saya pilih itu kerana ia jalan selamat. Sebab suka, mahir dan minat. Saya suka kain cotton tshirt. Ke mana sahaja menyarung tshirt ke pasar, bersukan, shopping mall, kenduri juga pakaian harian. Menutup aurat dan boleh dipadankan dengan seluar, skirt mahupun jubah.

Halaman 17 ebook 10 langkah mudah bina kedai online membantu beri idea jalan selamat mula bisnes dengan modal rendah yakni:
1. Apa yang kita suka beli
2. Apa yang kita suka kumpul
3. Apa pengalaman pertama belian online
4. Apa produk yang kita suka makan
5. Minat, kemahiran dan kepakaran

Menjualnya tak semudah mencari dan membelinya. Perlu membeli pukal untuk harga murah. Berpeluh mengusung mengangkut bundut baju kesana kemari. Bagi saya susahnya itu kerana ia datang dalam pelbagai corak, warna dan saiz. Sekian corak perlu dibeli untuk pelbagai saiz dan warna. Jika 10 corak ada 5 warna berbeza dan perlu diadakan untuk pelbagai saiz dari ss hingga xxl.
Lumrah menjual baju, ukuran adakalanya sedikit lari dari saiz standard. Kerenah pelanggan juga pelbagai, mahu oren coklat sedangkan stok tersedia ialah oren limau mandarin. Ada juga yang mahu baju A dengan hiasan butang yang telah dijahit kemas pada baju B. Yang mahu pulang dan ganti lain hanya kerana warna baju tak sepadan dengan warna kasut. Ramai juga pelanggan yang mahu baju tapi tak mahu bayar caj pos. Pening kepala saya dibuatnya.

Kurang ilmu, tak mahir menghadapi kerenah pelanggan dan masalah restok dengan pembekal membuatkan saya lelong stok tshirt muslimah pada harga murah. Saya hanya bertahan tak sampai setahun. Sehingga kini, masih ada kawan-kawan mengajak menjadi rakan niaga, segera saya katakan tidak.

Saya mencari sesuatu yang lebih mudah, santai dan boleh diusahakan dari rumah. Sehinggalah saya bertemu Akademi Bekerja Di Rumah. Ilham dari Allah yang mendengar doa yang saya ulang tanpa jemu selama 5 tahun. Ia menepati jiwa, minat dan kemahuan saya. Kini sudah 2 tahun saya berniaga produk Abdr. 100% produk digital, pemasaran online, tanpa beli stok pukal, tanpa mengusung stok kesana sini, tanpa urusan pos. Saya hanya berpeluh jika tiada talian internet.



Daftar Bekerja di rumah dengan Abdr melalui 2 kelas di bawah:
1) Kelas blog penulisan
2) Kelas blog bisnes

Hubungi saya Umi Arbee, Pengurus Online Abdr yang Bekerja di rumah wasap/telegram 019-9353.481

-Lipstik magic warna darah yang boleh dibawa bersolat di sini Qaseh gold bangi.

-Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah. Lebih lanjut dalam ebook Rahsia khidmat pelanggan usahawan online.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...