Thursday, 10 September 2015

Tautan hati anak.

Entri #47: Tautan hati anak.

Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tergesa-gesa kami tiga beranak ke sekolah. Rutin harian sejak saya bekerja di rumah. Cuma kali ini terlewat sebab lelah mencari mana letaknya bunga yang dipetik.



Bas nombor 2 telah lama sampai. Mencari anak..jumpa.. duduknya tiga dari hujung sambil makan bekal roti bakar. Pasti lapar. Masuk perut kereta diunjuknya gambar. "Cari mana saya". Kami berempat cari bersama, tunjuk, serentak berkata "Ni jumpa".

Cerita Bahagia, tadi beli belon warna biru bentuk pedang untuk Terpuji. Sampai tak boleh main sebab ia perlu dipegang dan dijaga. Akhirnya pecah juga dipijak kawan.
Cerita Terpuji, tadi petik bunga semasa tunggu bas berjalan. "Nah mesti Bahagia suka. Belon pecah tak mengapa nanti Bak balik kita beli lain."

Ya, mereka rindu. Bertukar cerita dan hadiah.
Sungguh saya sebak dan syukur. Mata berkaca mengintai mereka melalui cermin pandang belakang.

Saya berat melepaskan Bahagia mengikut lawatan sekolah ke Kidzania. Tambahan pada tarikh itu, suami outstation. Suami memujuk tak mengapa. Persediaan saya Allahuakbar pelbagai. Beg galas kecil berisi botol air, roti bakar, sapu tangan, plastik serbaguna, tisu basah, dompet dan sedikit duit beserta nombor telefon saya.

Selepas solat Maghrib berjemaah, Bahagia berdoa "Ya Allah, murahkan rezeki kami supaya dapat pergi ke Kidzania lagi sekeluarga" dan diaminkan Terpuji.

Amin Ya Allah.

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 

Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.

Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.

Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).

Moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.
-Dr. Maza



Syukur saya menikmati menguruskan persekolahan anak-anak sambil Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah.

Minyak rambut zaitun tak berminyak/melekit sejak 1983 di Qaseh gold bangi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...