Tuesday, 15 September 2015

Terima kasih Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zolkifli.

Entri #: 49 - Terima kasih Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zolkifli.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Seluruh negara sedia maklum akan kejadian kren runtuh di Masjidil Haram Makkah. Ratusan maut dan cedera. Antaranya ialah arwah atau dikenali sebagai Cikgu Zae atau Kak long.


Lihat catatan fb keluarga. Perhatikan di situ
"diuji terlalu hebat"
"Allah dah uji kak long secukup-cukupnya"
"kak long benar-benar kuat"
"dah cukup dah kak long diuji".
Seperti Firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?"
Surah al-‘Ankabut (Labah-labah) ayat 2.


Kita dapat merasakan baiknya arwah.
"bertanggungjawab"
"jangan tinggal solat sunat Dhuha dan jangan lupa Qiamullail"
"selalu senyum"
"tangisan ketabahan"
"tabah"
Seperti Firman Allah:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan shalat” Surah al-Baqarah ayat 45.

Bertuahnya arwah pergi pada hari Jumaat yang mulia. Ketika menjadi tetamu Allah. Di tempat yang mulia. Dikebumikan di Ma'ala. Akan dibangkitkan bersama-sama mereka yang mulia.
Bagaimana arwah pergi dengan cara yang indah? Lihatlah tabahnya dia.
Bagaimana arwah tahan diuji? Lihatlah amal baiknya.

Kita mendengar berita kematian satu persatu sehinggalah tiba saat kita.


Terima kasih Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zolkifli.
Ia kematian yang meng"hidup"kan.
Al-Fatihah.

Ini lebih kepada nota untuk diri sendiri.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Belajar hasilkan blog secara online hubungi saya, Umi Arbee Bekerja di rumah selaku Pengurus Online Abdr wasap/telegram 019-9353.481.

Stokis Anaedar Bangi di sini Qaseh Gold Bangi.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...