Tuesday, 8 September 2015

Ulasan ebook - 10 Langkah mudah bina kedai online - Edisi 1

Entri #45: Ulasan ebook - 10 Langkah mudah bina kedai online - Edisi 1
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Akademi Bekerja Di Rumah

10 Langkah Mudah Bina Kedai Online - Edisi 1


Tinta Pengarang
Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online 

Ia khusus untuk: 
① kumpulan yang mahu mula bisnes, 
② kategori bisnes di rumah atau skala kecil, 
③ yang mahu bisnes dengan apa yang ada yakni minat dan kemahiran sedia ada, 
④ tanpa modal atau modal rendah, 
⑤ pemasaran online 100 peratus.

Bayangkan zaman kecil kita golongan perempuan dewasa berniaga di rumah. Ibu berniaga kuih karipap diletakkan di warung simpang tiga, makcik berniaga ulam sayur di pasar yang dipetik dari belakang rumah atau nenek berniaga tikar mengkuang yang dijalinnya sendiri. Ebook ini menukarkan idea bekerja di rumah zaman dahulu kepada bekerja di rumah idea internet canggih zaman sekarang.

Ebook ini panduan dan bantu mudahkan kalian yang tak tahu nak bermula dari mana, bagaimana. Gaya bahasa mudah bersahaja. Soalan tak tahu nak bermula dari mana diterangkan dalam bentuk 5W 1H. Mesti jelas apa itu asas bisnes dan pemasaran online supaya tak jadi bidan terjun yang terkubur. Jadi pada bab permulaan, baca dan jawab dulu 5W 1H mengikut kes masing-masing. 

Kemudian, boleh mula rancang bisnes berdasarkan senarai semak yang diberi. Langkah satu persatu, kemudiannya rancang cara gandakan jualan dengan maksimakan pemasaran percuma, masih dengan modal rendah. Kira sasaran jualan setiap hari dari contoh mudah yang diberi.

Juga ada pengalaman menarik usahawan online bermula dengan modal rendah. Jika ada yang kata sungguh bosan membaca pengalaman berapi-api. Tahukah kalian, pengalaman itu mereka bina dan rasai jatuh bangun bertahun-tahun lamanya. Tapi kita memperolehinya dengan membaca beberapa minit sahaja tanpa rasa susah payah jatuh bangun itu.

Sudah khatam edisi 1, langkah seterusnya kita bina kedai online berpandukan tutorial dalam
10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 2, berdasarkan apa jenis produk, perkhidmatan atau bisnes yang telah kalian jawab dalam 5W 1H tadi.

Bab 1: Langkah Demi Langkah Bina Kedai Online
Bab 2: Contoh Blogshop 
(Edisi 2 akan terbit pada 1 Oktober 2015)

Sempena lahirnya ia pada bulan September ini ia datang dalam bentuk pakej RM50 digandingkan bersama ebook Yeay mama sudah resign.

Jika mahu ia sahaja, harganya RM50. Alah membeli menang memakai, ambil pakej.

Lebih berbaloi, daftar belajar secara online kelas asas blog penulisan dan fanpage (mula bisnes). Masih dapat ebook 10 Langkah mudah bina kedai online sebagai bonus. Daftar belajar tentulah ada gurunya yang akan bimbing dan jawab setiap soalan. Juga dapat berada dalam kumpulan sokongan Abdr seumur hidup.

KELAS BLOG MULA BISNES PENULISAN SERENTAK + PENGURUS ONLINE ABDR 

(BONUS 10 EBOOK - ebook Asas blog, ebook Mula bisnes butik, ebook 101 Idea bisnes, ebook Panduan berpantang, ebook Resipi berpantang, ebook Superwahm supermom, ebook Rahsia khidmat pelanggan, ebook Yeay mama sudah resign, ebook 10 Langkah bina kedai online, ebook Panduan rakan niaga - belum terbit)


Sedikit info, matlamat awal Abdr ialah sebagai kumpulan sokongan yang menggalakkan surirumah berniaga. Namun, anak dara, ibu bekerja pejabat, golongan Wahm mahupun kaum adam dialu-alukan sertai.

Mahu ebook atau daftar kelas hubungi saya, Umi Arbee Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr.

Qaseh Premier mengandungi kalsium asli yakni dari tulang tepung ikan tambam untuk rawat tulang dan gigi reput, dapatkan dari Qaseh Gold Bangi.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...