Thursday, 29 October 2015

Kisah dua orang isteri.

Entri #63: Kisah dua orang isteri
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Kami bertemu dalam satu majlis makan malam. Ia lebih kepada aktiviti makan sambil berbual sesama kawan sekolah suami. Ketika para isteri sibuk menyiapkan hidangan di dalam rumah, para suami pula yakni alumni sekolah tersebut dengan aktiviti bbq di luar rumah. Bekerja sambil berbual. Makan sambil berbual. Berkongsi cerita terkini.

Puan A bersuamikan seorang freelance bidang carigali minyak. Sebaik nikah, tak pernah bekerja. Suami kata tak perlu. Suaminya juga lebih dari mampu. Jika tak ada projek, masih mampu bayar komitmen bulanan dengan duit di tangan. Kehidupan Puan A 1 dalam 1000. Umpama cerita drama tv anak dara bernikah dengan orang kaya.
Puan B bekerja di sebuah syarikat gergasi. Duit gaji yang ada boleh digunakan untuk berbelanja. Tak perlu meminta dari suami. Suaminya seorang juruteknik namun sangat pandai mencari duit sampingan dengan berniaga. Ilmu ikhtiar hidup sangat tinggi. Juga seperti drama tv kehidupan normal rakyat Malaysia. Ternyata Puan B sangat kagum dengan kehidupan Puan A. Mahu beginilah katanya.

Kedua-duanya sangat cantik dan masih muda lingkungan 20-an. Telefon canggih dan media sosial tak lekang dari tangan.

Bekerja sama ada di rumah atau pejabat adalah mulia. Kerana kita mengerjakan mengusahakan dengan tangan sendiri. 
Tiada makanan yang lebih baik dari hasil usaha tangan kita sendiri (HR Bukhari)

Telefon canggih itu boleh dijadikan modal bekerja. Menghadap media sosial sekadar suka-suka mengisi lapang amatlah rugi. Allah beri akal, tangan dan tulang kepada kita supaya kita guna sebaiknya untuk diri sendiri dan orang lain.
Ya Allah jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan kehidupan bagiku (HR Muslim)

Kalian bermimpi mahu jadi yang mana? Atau mahu berubah kepada yang bagaimana?

Umi Arbee Ali
Jana wang dengan blog dari rumah
Qaseh gold membudayakan makanan sunnah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...