Wednesday, 21 October 2015

Tahniah Da'i Hamidah Abdul Razak.

Entri #61: Tahniah Da'i Hamidah Abdul Razak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Isnin malam 18 Oktober 2015 berlangsungnya pertandingan akhir Da'i musim ketiga. Pemenangnya ialah Da'i Hamidah Abdul Razak. Anak kampung Sik, Kedah. Masih muda berusia 23 tahun. Masih menuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama di USIM, Negeri Sembilan.

Saya kira antara kekuatannya ialah tenang, fokus, santai dan konsisten. Benar kan tak jemu melihat dia di pentas? Walau diasak dengan soalan spontan, komen juri, stage fright, siaran langsung satu Malaysia, ribuan mata, silau cahaya lampu, trofi yang berat, dia sangat tenang, sejuk mata memandang. Kita dan dia saling memandang dengan rahmah.

Dia membuka mulut bercerita, berdakwah sangat santai. Seolah-olah teguran dalam borak-borak kosong. Loghat Kedah itu tak hilang, lebih dekat di hati, lebih mudah diterima namun tegas. Itulah mengubah dengan berhikmah.

WHI TV3 19 Oktober menjemput dia dan Dr Robiah K Hamzah sebagai tetamu. Kata Dr Robiah, dia sebenarnya kalut orangnya namun pandai menyembunyikannya ketika di pentas. Umpama itik berenang kelihatan tenang comel di atas air. Menjaga rahsia diri, riak wajah dan gelombang hati. Hakikatnya kaki sibuk mendayung di bawah air.


Seperti kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj; 
Seorang wanita yang anggun itu sentiasa serba sederhana dalam apa jua keadaan - getir, gawat atau cerah ceria, dia tetap menyenangkan.

Dari Saidina Ali, "Sesiapa yang memegang rahsia dirinya, maka dia berkuasa ke atas dirinya."








Menang atau tak, dia tetap da'i. Sertai pertandingan atau tak, kita tetap da'i. Setiap dari kita perlu berkongsi kebaikan kepada yang lain. Dengan lidah mahupun perbuatan. Jari yang menaip blog, akal yang berfikir mahu taip apa. Jadikan blog medan ilmu, berkongsi yang baik-baik, tapak menjana pendapatan, medan memberi untuk hidup selepas mati. Blog tak pernah sia-sia buat saya.

Sesungguhnya Allah, para malaikatNya serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubangnya bahkan ikan di lautan berselawat (memohon kebaikan) kepada orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain. 
Riwayat at-Tirmizi





Terima kasih Da'i Hamidah.
Ia kemenangan yang meniupkan semangat dakwah.
Pandanglah dengan rahmah.
Ubahlah dengan berhikmah.

Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus online Abdr.
-Bisnes dari rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...