Friday, 23 October 2015

Tenang santai bersulam gigihnya usaha.

Entri #62: Tenang santai bersulam gigihnya usaha.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Fb Nor Atiqah Hamidi






Baru-baru ini tiga orang alumni Abdr ini berpeluang ke Karangkraf. Ada sedikit temubual. Mereka hadir atas jemputan bukan mereka mengusahakan keluar media dengan bayar iklan. Datang seadanya mereka, seperti mana keadaannya di rumah atau keluar berjalan bersama keluarga. Kemas menutup aurat sejuk mata memandang. Bergaya aksi sopan ketika bergambar. Tak perlu bermekap tebal, baju sedondon atau warna tema. Bawa anak-anak cinta hati sekali, itu bukan masalah.


Sebagaimana di gambar itulah juga realitinya kami Abdr. Keluarga dan amanah tetap utama. Tenang-tenang menguruskan kehidupan dan keperluan keluarga. Namun, tetap gigih berusaha tambah pendapatan. Kami ialah satu jaringan kukuh ukhwah suri dari rumah, suri bekerja pejabat, kaum adam juga ada. 

Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh mencari peluang untuk menjana pendapatan. Kami ada tawarkan naskhah 101 Idea bisnes di rumah untuk kalian yang buntu.


Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.


Catatan ibu, isteri dan wanita,

Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu.
-Petikan ebook Superwahm supermom.



Sertai kami dengan daftar kelas belajar asas blog penulisan atau bisnes atau kedua-duanya sekali.

Kenapa perlu belajar? Supaya kalian mahir gunakan blog, fan page untuk jana wang dari rumah.
Kenapa blog? Sebab ia percuma. Kami beroperasi dari rumah dengan modal minimum.




Umi Arbee Ali
-Bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Abdr
-Bisnes di rumah sebagai Stokis Anaedar Bangi/Kajang DI SINI QASEH GOLD BANGI
wa/telegram 019-9353.481
Jana wang dengan blog dari rumah.
Qaseh adinda untuk ibu, isteri, wanita melalui fasa PANTANG BERSALIN DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...