Wednesday, 25 November 2015

Apa kadar cukup kamu?

Entri #71: Apa kadar cukup kamu?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______
Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?
Adakah jawapan kita "kemiskinan"???
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis."
(Surah An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).
Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.
Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.
Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg
"menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!
Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Nota di atas saya dapat semalam dari wasap group. Credit kepada penulis asal yang saya tak tahu siapa. Jika ada sesiapa tahu, mohon maklumkan untuk saya masukkan namanya di sini.
_______
Betul kan?
1) Ada orang bawa kereta kecil dengan anak ramai balik kampung ke sana sini..itu sudah cukup.
2) Ada orang perlu MPV.
Kesemuanya sampai juga ke kampung kan?
.
Sejak saya berhenti kerja dan bekerja di rumah, Alhamdulillah cukup. Cukup itu subjektif. Sebab itu saya kata kita masing-masing matlamat dalam hidup dan kadar cukup berbeza.
Apa matlamat kamu? Kadar cukup kamu?
.
1) Ada orang mahu untung bisnes minimum rm30,000 sebulan. Katanya berniaga untuk ekonomi ummah, untuk tolong orang lain.
2) Ada orang rm5,000.
Rm10 pon boleh tolong orang lain. Soalnya, benar-benar kah mahu lebih untuk tolong orang lain. Jawab dengan jujur.
#janawangdenganblog
#stokisqasehanabangikajang
http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Sunday, 22 November 2015

Blog sebagai kedai online.

Entri #: 70 - Blog sebagai kedai online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Untuk kalian pembaca yang punya bisnes online, tengok gambar dan hadam ya.

Kedai online sangat penting dan membantu memudahkan bisnes kalian.
Kelas kami direka supaya boleh belajar tanpa keluar rumah.
Hanya perlu keluar modal sekali sahaja.

Hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar bina blog sendiri A-Z.
+ kelas beroperasi secara online
+ nota tutorial bergambar disediakan
+ waktu belajar yang fleksibel
+ ada facebook group dan whatsap group khas untuk para pelajar
+ masih boleh ikut tutorial walaupun selesai tugasan

Kemudian bila sudah tamat, diserap jadi Pengurus Online dan mula berkongsi dengan orang lain produk Abdr.
Fokus berkongsi dan kenalkan produk.
Kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100 sehari..

Tak perlu susah payah upah orang atau bayar sewa website shopping cart. Blog boleh digunakan sebagai kedai online. Ia percuma dan mudah. Daftar belajar bina blog bisnes dan fanpage anjuran Abdr.

Mudah berak, tak sembelit macam dulu, setiap pagi dapat membuang..cuba Qaseh adinda DI SINI http://qasehgoldbangi.blogspot.my
#janawangdenganblog
#stokisqasehAnabangikajang

Saturday, 21 November 2015

Buat senarai malam hari 1 hingga 20.

Entri #69: Buat senarai malam hari 1 hingga 20.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Ada 5 checkpoint untuk ibu-ibu di rumah berhenti lelah menarik nafas dari lambakan kerja rumah yang takkan pernah selesai. Ini saya kongsikan checkpoint pertama - Buat senarai malam hari 1 hingga 20.

Supaya lebih bersedia dan jelas dengan hari esok, rangka jadual kerja untuk esok. Sebelum tidur, buat senarai 1 hingga 20 bermula celik mata bangun tidur esok pagi. Ini senarai saya malam tadi:
1) Jumpa Allah dulu.
2) Update blog.
3) Set schedule iklan fb.
4) Print reward chart anak bulan Disember.
5) Masak nasi lemak.
6) Basuh dan sidai baju.
7) Tukar langsir bilik mainan anak.
8) Basuh langsir lama.
9) Isi kekabu bantal.
10) Cod qaseh ke Seksyen 7 dan Ukm.
11) Beli beras pulut, santan.
12) Buat pembetulan kertas periksa English Bahagia.
13) Buat English activity Terpuji dan Baik yang sudah print bulan lepas.
14) Mengaji dan hafazan anak.
15) Urus borang ahli baru Qaseh.
16) Packing barang cod.

Kemudian, pilih yang berat untuk diselesaikan awal pagi. Sesuaikan dengan masa dan keperluan hari itu. Saya pilih 1 2 3 15 16 5 6 sebelum anak bangun tidur, 14 10 11 dan seterusnya.

Checkpoint 2 hingga 5 dan lebih lagi tips dalam ebook Superwahm supermom.

Surirumah, suri bekerja di rumah hatta suri bekerjaya, urus masa emosi tenaga sangat penting.

PLAN YOUR TOMORROW, TODAY.

Suri-suri nak mudah bangun tidur awal pagi, amalkan Qaseh adinda dengan freegift DI  SINI http://qasehgoldbangi.blogspot.my
#janawangdenganblogdarirumah
#stokisqasehAnabangikajang

Perbezaan sebelum dan selepas sertai Abdr.

Entri #68: Sebelum dan selepas sertai Akademi bekerja di rumah.
Teks: Khushartini Kamarulzaman
Foto: Khushartini Kamarulzaman
Blog: http://khushartinikamarulzaman.blogspot.my

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga mencari celahan masa dan curahan idea untuk menulis entri pada kali ini. Saya sebenarnya sudah lama ingin membuat entri ini, tetapi idea terbantut dan saya meneruskan tulisan yang lain.

Saya simpan screenshot ini sejak dari 13 September yang lalu, tarikh blog baru saya ini mencecah "umur" sebulan. Beberapa tahun sebelum ini, saya sudah mempunyai dua blog iaitu satu blog perihal personal (ibtisamfarah.blogspot.com) dan blog kraf saya (tinicraft.blogspot.com). Namun, saya tidak pernah kisah berapa jumlah pageviews yang saya dapat, hanya teruja apabila ada penambahan  follower baru. Saya juga tidak pernah "menjenguk" ruangan statistik ini untuk membuat analisa blog.

Saya sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada 15 Ogos 2015 dan paparan statistik di bawah adalah bermula tempoh tersebut sehingga tarikh 13 September 2015. Hampir sebulan jangkamasa saya bermula.

Alhamdulillah jumlah pageviews yang saya dapat ialah 6,653 kesemuanya. Manakala jumlah paparan mengikut entri adalah di luar jangkaan saya. Jumlah tertinggi adalah 703, diikuti 649 dan seterusnya 620 dan seterusnya. Mungkin jumlah ini tiada apa jika dibandingkan dengan penulis blog lain tetapi bagi saya, ianya cukup bermakna.

Saya dapati pembaca gemar membaca kisah perkongsian peribadi yang mungkin boleh menjadi pengajaran/inspirasi kepada orang lain.

Kalau diikutkan, sebelum ini juga saya suka kongsikan kisah saya dan keluarga terutamanya sekarang di Korea dan mungkin perkongsian sebelum ini adalah kosong. Saya lebih kepada menulis untuk "menyimpan" rekod dan cerita untuk dibaca oleh saya atau anak-anak kemudian hari.

Selepas saya sertai ABDR ini melalui pakej kelas blog penulisan dan kelas blog bisnes, saya mula terbuka minda untuk menulis sambil memberi manafaat. Selain berkongsi kisah, saya selitkan apa pengajaran yang saya dapat supaya orang lain boleh mengambil iktibar dengan kisah saya.

Dalam tempoh masa yang singkat bersama ABDR ini, sudah banyak yang saya pelajari dalam dunia penulisan blog. Dengan sesi belajar yang santai dan tiada tekanan ini, saya amat teruja untuk menerokai kumpulan sokongan suri ini dengan lebih dalam lagi.

Pengasas yang hebat latarbelakangnya, guru yang tidak pernah jemu mengajari saya, rakan-rakan keluarga ABDR yang bukan calang-calang orangnya, semuanya membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk menulis dan terus menulis.

Kisah kita mungkin tidak sama.
Kisah kita mungkin tidak serupa.
Kisah kita mungkin tidak seirama.

Jadi, tidak salah berkongsi untuk sama-sama ambil manafaat, pengetahuan dan pengajaran.

Semoga kita sama-sama istiqamah dengan apa jua yang kita lakukan. In shaa Allah.

Monday, 16 November 2015

Hadiah buku ilmiah lagi.

Entri #67: Hadiah buku ilmiah lagi.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali
Alhamdulillah. Petang tadi terkejut kami van poslaju datang tit tit tit bunyi honnya. Puas fikir dari siapa sebab saya tiada sebarang belian online buat masa ini.
Bungkusan dari Kelantan. Isinya sebuah tafsir dan sebuah buku ilmiah. Langsung saya teringat oh ia hadiah capai KPI untuk bulan Ogos dan Oktober Pengurus Online Abdr.
Dah lama saya mahukan sebuah tafsir mini yang bersaiz kecil. Boleh dibawa ketika balik kampung atau berpergian beberapa hari. Buku tentang kiamat itu menambahkan koleksi karya Imam Ghazali di rak buku saya.
Gembira. Berbunga hati. Cinta. Syukur.
Terima kasih Puan Masayu Ahmad.
Berada di dalam Abdr, walaupun ia bukan MLM, kita berpeluang juga mendapat bonus hadiah daripada pengasas dan guru online. Ambil bahagian dalam cabaran yang diadakan setiap bulan. Letak target dan usaha. Percayalah pendapatan dari Abdr boleh mencecah empat angka sebulan.
Abdr bukan syarikat MLM atau menggunakan sistem MLM. Tak ada istilah mata, point, upline, downline, renew keahlian. Tak perlu konsisten kekalkan sekian jumlah belian setiap bulan. Tak perlu cari downline. Namun persamaannya bekerja dalam pasukan, networking, tolong menolong bantu membantu, tunjuk ajar sifu ada dalam Abdr. Paling mahal Abdr ialah kumpulan sokongan, cara kerja yang santai, menggalakkan bekerja atau bisnes dari rumah, mengajar mendahulukan keluarga, berkongsi sangat banyak ilmu urus masa emosi keluarga rumahtangga, menyediakan produk servis yang tak perlu uruskan stok atau pos, tiada tekanan dalam mencapai target.
Saya sangat selesa dalam Abdr kerana nilai persahabatan bukan bisnes.
Bisnes kalian adakah "Friendship based business or business based friendship?"

Monday, 9 November 2015

Idea kain buruk kemas dan cantik.

Entri #66: Idea kain buruk kemas dan cantik.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tuala yang buruk, reput berlubang atau tahi lalat di sana sini banyak gunanya. Suami saya gunakannya untuk balut buah muda dari dimakan haiwan. Saya suka jadikan alas kaki atau kain buruk. Tak pernah saya beli kain tuala untuk dijadikan kain buruk. Kecuali beberapa helai tuala good morning yang diberi percuma semasa majlis rewang kerja kahwin.

Saya gunting kecil mengikut saiz yang dikehendaki. Saya suka pelbagai saiz. Kemudian, hantar jahit tepi di kedai. Sehelai tuala saiz besar untuk orang dewasa bayarannya RM3. Stok kain buruk dari sehelai tuala itu puas hati guna selama setahun. Kain buruk yang berjahit tepi sangat kemas dan cantik hingga terbit rasa sayang nak menggunakannya.

Bekerja di rumah membolehkan saya mengemas dan membersihkan rumah pada permulaan hari. Aktiviti ini sangat saya sukai. Ia menjadi satu terapi kepuasan diri untuk saya. Sesuatu yang saya warisi dari mak. Bekerja di rumah perlukan motivasi. Checkpoint kelima bertenang berhenti lelah bekerja di rumah ialah reward diri sendiri dahulu sebelum reward anak. Menyebut reward, tak semestinya duit ringgit, emas permata atau barangan mewah. Saya buat apa yang saya suka. Kain buruk yang kemas cantik dan aktiviti membersih rumah ialah reward saya.

Rumah yang kemas dan bersih membuatkan hati fikiran kita tenang dan lapang. Seperti kata mak, tak mengapa rumah buruk asalkan tersusun kemas bersih. Rumah bersih, diri bersih, amal ibadat jadi mudah. Tawan hati suami dan anak dengan rumahku syurgaku - yang mana kitalah sebagai "orang rumah" yang menjadikannya sebegitu rupa - kerana membudayakan kebersihan bermula dari rumah.
Sabda Rasulullah SAW: 

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Rangkaian Qaseh gold merawat sembelit buasir  DI SINI QASEH GOLD BANGI.

Wednesday, 4 November 2015

Hadiah buku ilmiah.

Entri #65: Hadiah buku ilmiah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah semalam saya terima satu bungkusan pos dari guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria. Isinya sudah tentu buku ilmiah. Seperti biasa, anak-anak yang lebih teruja masing-masing mahu jadi yang pertama membuka bungkusan.

Bertanya Allah Dahulu ialah hadiah berjaya capai kpi bulan Ogos untuk Pengurus Online Abdr. Aku, Dia dan Rezeki ialah hadiah berjaya capai kpi bulan Oktober untuk Dropship Buku Ilmiah. Nanti saya kongsikan tentang buku ini.

Membaca ialah hobi saya sejak kecil. Saya sangat suka dan menghargai buku. Sesuatu yang saya suka, saya tukarkan kepada wang. Jadi, saya bayar yuran penyertaan untuk jadi ejen dropship buku. Bekerja di rumah skala kecil kita bermula dengan modal rendah, apa yang kita suka dan mahir.

Kpi dan bonus adalah lumrah dalam bisnes. Jadikan ia pemangkin semangat. Sertai setiap tawaran dan cuba capai. Hadiah itu menjadikan kita lebih bersemangat. Bekerja di rumah ada turun naiknya. Ini antara cara menjadikannya lebih bermotivasi, fokus dan gembira.

Tak mahu ejen dropship kerana untungnya sedikit atau tak berbaloi mencabar diri untuk hadiah murah. Usah pandang rendah pada ganjarannya jika belum lagi bermula, belum mencuba, usaha masih lagi pada nombor kosong. Pandanglah tinggi pada usaha yang kalian atur untuk mendapatkan ganjarannya. Semua hasil buah rasanya manis, puas hati bila dipetik. Berusahalah.

Terima kasih Cikgu Anys.

Qaseh gold bangi di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 3 November 2015

Bekal makan anak.

Entri #64: Bekal makan anak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Gambar oleh: Umi Arbee Ali

Perjalanan mengambil anak balik dari sekolah ke rumah dengan berkereta memakan masa 45 minit. Adakala menjangkau lebih sejam. Keluar rumah jam 6.15 petang, selamat sampai hampir jam 7 malam. Tiba di rumah tergesa-gesa mereka mandi membersihkan diri, bersiap untuk solat dan mengaji. Saya tahu mereka lapar. Adakala makan sebelum solat jika masih ada masa. Kebiasaanya alas perut dahulu. Usai semuanya barulah makan. Kasihan mereka terkejar-kejar dengan masa.

Penyelesaiannya, bawa bekal makanan dan minuman. Mereka makan beramai-ramai dalam kereta. Saya pasangkan cd juz amma. Sambil makan boleh mengulang hafazan.

Kebiasaannya satu menu berat, satu menu ringan, kudapan dan dua jenis air. Dalam gambar ialah nasi putih berlauk udang goreng butter, roti, biskut, air sirap dan air putih yang dititis sole. Air putih di rumah kami sentiasa dicampur sole. Ia antara usaha saya agar ahli keluarga dapat 84 mineral setiap hari dan elak dehidrat. Tisu basah sentiasa ada dalam beg itu. Ianya ialah beg aiskrim yang kami dapat percuma.

Saya tak makan? Saya makan sebelum saya bagi anak-anak makan. Yakni sebelum saya keluar dari rumah jam 6.15 petang itu.
Ada 5 checkpoint harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap:
1. Sebelum tidur, buat senarai 1 hingga 20 tugasan esok.
2. Pilih yang berat dulu, selesaikan jam awal pagi.
3. Sebelum anak-anak bangun, kita bangun dulu. Mulakan apa yang boleh, selesaikan.
4. Sebelum bagi anak-anak makan, kita dulu perlu kenyang.
5. Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu.

Jika sudah tak mampu bekerja pejabat, fikirkan penyelesaiannya. Jika sudah tak mampu dengan satu-satu produk jualan, fikirkan yang lain. Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan kita. Yang kusut boleh diluruskan. Berusahalah. Tukar masalah kepada peluang. Tukar emosi negatif kepada positif. Tukar blog kepada jana wang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...