Tuesday, 3 November 2015

Bekal makan anak.

Entri #64: Bekal makan anak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Gambar oleh: Umi Arbee Ali

Perjalanan mengambil anak balik dari sekolah ke rumah dengan berkereta memakan masa 45 minit. Adakala menjangkau lebih sejam. Keluar rumah jam 6.15 petang, selamat sampai hampir jam 7 malam. Tiba di rumah tergesa-gesa mereka mandi membersihkan diri, bersiap untuk solat dan mengaji. Saya tahu mereka lapar. Adakala makan sebelum solat jika masih ada masa. Kebiasaanya alas perut dahulu. Usai semuanya barulah makan. Kasihan mereka terkejar-kejar dengan masa.

Penyelesaiannya, bawa bekal makanan dan minuman. Mereka makan beramai-ramai dalam kereta. Saya pasangkan cd juz amma. Sambil makan boleh mengulang hafazan.

Kebiasaannya satu menu berat, satu menu ringan, kudapan dan dua jenis air. Dalam gambar ialah nasi putih berlauk udang goreng butter, roti, biskut, air sirap dan air putih yang dititis sole. Air putih di rumah kami sentiasa dicampur sole. Ia antara usaha saya agar ahli keluarga dapat 84 mineral setiap hari dan elak dehidrat. Tisu basah sentiasa ada dalam beg itu. Ianya ialah beg aiskrim yang kami dapat percuma.

Saya tak makan? Saya makan sebelum saya bagi anak-anak makan. Yakni sebelum saya keluar dari rumah jam 6.15 petang itu.
Ada 5 checkpoint harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap:
1. Sebelum tidur, buat senarai 1 hingga 20 tugasan esok.
2. Pilih yang berat dulu, selesaikan jam awal pagi.
3. Sebelum anak-anak bangun, kita bangun dulu. Mulakan apa yang boleh, selesaikan.
4. Sebelum bagi anak-anak makan, kita dulu perlu kenyang.
5. Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu.

Jika sudah tak mampu bekerja pejabat, fikirkan penyelesaiannya. Jika sudah tak mampu dengan satu-satu produk jualan, fikirkan yang lain. Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan kita. Yang kusut boleh diluruskan. Berusahalah. Tukar masalah kepada peluang. Tukar emosi negatif kepada positif. Tukar blog kepada jana wang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...