Monday, 9 November 2015

Idea kain buruk kemas dan cantik.

Entri #66: Idea kain buruk kemas dan cantik.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tuala yang buruk, reput berlubang atau tahi lalat di sana sini banyak gunanya. Suami saya gunakannya untuk balut buah muda dari dimakan haiwan. Saya suka jadikan alas kaki atau kain buruk. Tak pernah saya beli kain tuala untuk dijadikan kain buruk. Kecuali beberapa helai tuala good morning yang diberi percuma semasa majlis rewang kerja kahwin.

Saya gunting kecil mengikut saiz yang dikehendaki. Saya suka pelbagai saiz. Kemudian, hantar jahit tepi di kedai. Sehelai tuala saiz besar untuk orang dewasa bayarannya RM3. Stok kain buruk dari sehelai tuala itu puas hati guna selama setahun. Kain buruk yang berjahit tepi sangat kemas dan cantik hingga terbit rasa sayang nak menggunakannya.

Bekerja di rumah membolehkan saya mengemas dan membersihkan rumah pada permulaan hari. Aktiviti ini sangat saya sukai. Ia menjadi satu terapi kepuasan diri untuk saya. Sesuatu yang saya warisi dari mak. Bekerja di rumah perlukan motivasi. Checkpoint kelima bertenang berhenti lelah bekerja di rumah ialah reward diri sendiri dahulu sebelum reward anak. Menyebut reward, tak semestinya duit ringgit, emas permata atau barangan mewah. Saya buat apa yang saya suka. Kain buruk yang kemas cantik dan aktiviti membersih rumah ialah reward saya.

Rumah yang kemas dan bersih membuatkan hati fikiran kita tenang dan lapang. Seperti kata mak, tak mengapa rumah buruk asalkan tersusun kemas bersih. Rumah bersih, diri bersih, amal ibadat jadi mudah. Tawan hati suami dan anak dengan rumahku syurgaku - yang mana kitalah sebagai "orang rumah" yang menjadikannya sebegitu rupa - kerana membudayakan kebersihan bermula dari rumah.
Sabda Rasulullah SAW: 

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Rangkaian Qaseh gold merawat sembelit buasir  DI SINI QASEH GOLD BANGI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...