Tuesday, 22 December 2015

Surirumah seperti saya, mudah faham semasa belajar bina blog dengan Abdr.

Entri #76: Surirumah seperti saya, mudah faham semasa belajar bina blog dengan Abdr.
Pelajar: Siti Zaiton Ahmad
Kelas: Kelas asas blog dan penulisan kreatif


Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan faktor umur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewat untuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillah saya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun  ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan entri ke dalam blog, layout, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.



--- 
Bina blog sendiri tak perlu upah orang. 
Belajar secara online tak perlu keluar dari rumah. 
Abdr tawarkan 3 kelas blog:
1) Kelas blog penulisan
2) Kelas blog penulisan kreatif
3) Kelas blog bisnes

Thursday, 17 December 2015

Pengalaman tak seronok beli barang online.

Entri #75: Pengalaman tak seronok beli barang online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya berminat dengan kad imbas. Tetapi stok pembekal habis jadi saya bertanya pengedar berdaftar. Seorang pengedar ini, Puan A masih berbaki satu set kad imbas dan banyak lagi poster katanya. 
Saya masih belum sahkan dan bayar pesanan. Namun, tanpa pengetahuan dan permintaan saya, barang telah diserahkan kepada saudaranya yang tinggal berdekatan supaya saudara itu dapat menghantarnya ke rumah. Katanya poster akan rosak jika dipos. Satu set kad imbas, satu set poster dan saya diberi percuma satu set poster lagi. Sayangnya, kad imbas tak cukup satu huruf. Saya bertanya adakah poster percuma itu disebabkan ketakcukupan satu huruf? Lalu ini menjadi cerita sedih yang diulang-ulang oleh Puan A hingga akhir urusniaga.
.
Puan A sangat baik hati memberi penyelesaian akan pos ketakcukupan huruf itu dengan kad imbas anaknya. Saya berat untuk menerima sebab mesti ada penyelesaian yang lebih baik. Kasihan Puan A ..dia tak perlu tanggung kos gantirugi. Watsap adakala salah faham, jadi saya telefon, tak berjawab. Barulah saya tahu, setelah beberapa hari berlalu Puan A belum pos kad ganti kerana suami tak ada tak dapat nak uruskan pos. Puan A mula sedih.
.
Suaminya menelefon sebagai orang tengah sebab Puan A kurang sihat tak dapat bercakap. Mohon saya bayar satu set poster manakala dua set yang lain dikira halal. Menjelaskan poster banyak tak terjual jadi isteri kerap beri percuma tak pernah ada isu. Isteri lembut hati, pening, tak cukup rehat dan tidur kerana menjaga anak demam panas, telefon isteri rosak jadi watsap agak lambat. Di sebalik semua itu, saya dengar dengan jelas Puan A berkata begitu begini kepada suaminya.."poster" "rm30" "rm60" "percuma". Saya bertanya adakah isteri bekerja. Tak, suri di rumah sambil berniaga. Berniaga apa. Tak dijawab dengan jelas. Pelbagai katanya.
.
Tentu ada penyelesaian yang lebih baik. Saya fikir elok saya hubungi pembekal. Barang rosak boleh ganti. Puan pembekal mohon maaf.. ini masalah biasa.. masalah percetakan 1000 set. Puan pembekal akan pos kad ganti yang mana gantirugi adalah daripada syarikat percetakan. Saya bayar rm60 ke akaun Puan A dan terangkan pada si suami. Pada masa ini, segala urusan bertukar ke talian suaminya walaupun urusniaga dengan Puan A. Puan A hilang terus tanpa khabar berita.
.
Sedikit cerita bukan untuk mengaibkan. Lebih kepada nota diri sendiri agar tak berbuat sama kepada orang lain.
Ada beza antara berniaga ikut-ikutan,
berniaga untuk duit sudah terjual tutup pintu,
berniaga isi masa lapang,
berniaga untuk tolong orang,
berniaga untuk kongsi kebaikan.

Juga besar bezanya bisnes online yang 
ada kedai online, 
ada matlamat berniaga online, 
bersedia dan tahu asas pemasaran online, 
bijak urus masa tenaga antara keluarga dan bisnes online.

---


Ilmu berniaga online, daftar kelas mula bisnes online dan dapat bonus baca 10 naskhah bekerja dari rumah (gambar di bawah) yang sangat berbaloi.


Matlamat ditawarkan kelas mula bisnes online adalah pelbagai. 
1. Ringkasnya, ia tapak mula untuk surirumah yang zero bisnes online, mahu mula tak tahu cara tak ada produk, belajar bertatih bina kedai online dan belajar berjualan bermula pendapatan RM10 ditingkatkan sedikit demi sedikit. 
2. Juga sesuai untuk suri yang telah bekerja atau bisnes dari rumah, suri bekerja pejabat yang mahu belajar dan jana pendapatan sambilan. 
3. Boleh juga untuk kaum adam. 
4. Kerana dengan mendaftar boleh bina rangkaian pengedar, cari kenalan baru, peluang bisnes baru dan kumpulan sokongan melalui jaringan ukhwah Abdr. 
5. Belajar urus masa, tenaga, emosi, seimbangkan keperluan keluarga dengan bisnes.
6. Kelas yang direka dapat belajar hanya dari rumah.
Dengan mendaftar kelas ini, kalian akan belajar bina kedai online sendiri A-Z hingga siap hingga boleh mula berjualan.


Sunday, 13 December 2015

Internet membantu perniagaan kalian sama ada perniagaan 100% internet atau bukan.

Entri #74: Internet membantu perniagaan kalian sama ada  perniagaan 100% internet atau bukan.
Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/internet-membantu-perniagaan-bukan-internet-bahagian-1/
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal :

Terlebih dulu, langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri.

+ mendapat 100-200 pelawat, melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!).
+ Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
+ meletakkan segala maklumat atau presentationperniagaan anda.
+ prospek tahu maklumat perniagaan anda dan mereka tidak perlulah pergi ke kedai anda untuk mempelajari apa yang anda sediakan.
+ merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik melalui tip-tip menarik mengikut fokus blog.
+ tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari.

Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

Pasak bisnes kalian di Internet dengan cara mudah.. bina blog bisnes dan penulisan bersama Abdr. Belajar kongsi tip-tip menarik dan segar berdasarkan fokus blog. Belajar tanpa perlu keluar dari rumah. 

Nota Rezeki umi:
Fokus blog qaseh gold bangi ialah kedai qaseh gold dan barangan ana edar (stokis bangi/kajang).

Friday, 11 December 2015

Genap setahun bekerja dari rumah.

Entri #73: Genap setahun bekerja di rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah. Genap setahun bekerja dan bisnes dari rumah. Dalam tempoh itu saya berjaya mengadakan simpanan pelaburan dan emas. Beberapa hadiah kerana mencapai target jualan:
- makan malam #sept25ksd
- buku kiamat oleh Puan Masayu Ahmad
- buku BAD, ADR oleh Puan Anys Idayu Zakaria
- emas oleh Puan Zalina Zulkapli

Apalah sangat semua itu, berbanding orang lain yang jauh memecut ke depan. Hingga mampu membina rumah untuk orang tua, punya nilai simpanan yang lebih besar, membayar bil perubatan ibubapa di hospital pakar, umrah sekeluarga.

Jika nilai wang kekayaan yang kalian intai, telah saya ceritakan di atas. Namun, saya lebih bersyukur tenangnya kehidupan, dapat uruskan persekolahan anak, asuh, ajar anak mengaji, homeschooling, membersih mengemas rumah sepuas hati. Beramal tanpa risau bos cari. Ini yang tak dapat dibayar dengan apa sahaja.

Maafkan saya jika kelihatan bongkak atau mempamer. Saya hanya mahu menyatakan kita suri di rumah boleh berjaya dengan bekerja dan bisnes dari rumah. Usaha tanpa jemu, jaga aliran tunai, bijak urus masa, merendah diri. Doa banyak-banyak. Yakin pada kemampuan diri, pada Allah. Kita bukanlah siapa-siapa. Kita asalnya dari tanah yang kita pijak dengan tapak kaki sendiri saban hari.

Nota Rezeki umi:
Jana wang dari rumah tak mustahil.
---
Mari jana wang dengan blog dari rumah bersama-sama kami. Belajar guna blog sebagai medium pengiklanan percuma. Bisnes produk digital yang mudah santai tanpa uruskan stok atau pos.
Pengedar atau dropship Anaedar DI SINI Qaseh gold bangi.

Tuesday, 8 December 2015

Saya mahu jam tangan Casio.

Entri #72: Saya mahu jam tangan Casio.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya tahu apa yang saya mahu. Saya suka senaraikan apa kekuatan, kelemahan, peluang dan masalah jika saya mahu sesuatu dan menabung sedikit-sedikit untuk dapatkannya. Ini cerita saya beli barang kecil sahaja.. seutas jam tangan. Namun apa yang saya mahu sampaikan ialah, hanya kita yang tahu apa yang kita mahu. Selagi ia tak bertentangan syarak, buat dan cekalkan hati. Matlamat mesti kuat. Kebergantungan kepada Allah mesti tinggi.
.
Saya mahu jam tangan dengan lampu, berkualiti, tahan lama, water resist, alarm clock, masa tarikh hari, feminin, warna pink, hijau atau putih. Ringkasnya mestilah praktikal pelbagai guna, satu untuk semua keadaan. Fesyen terkini, bergaya, tak padan dengan jenis baju..saya tolak tepi. Setelah 6 bulan menabung, akhirnya dapat saya beli jam tangan Casio baby-G. Usianya sudah 6 tahun.
.
Ketika ia masih bau kedai, saya pakai balik ke kampung suami. Ada yang menegur, "Kelakarnya macam jam budak-budak..ini jam saya zaman sekolah dulu." "Kenapa asyik pakai jam dalam rumah." "Eh, mandi laut pun pakai jam?" "Tak matchinglah dengan jubah."
.
Ini jam tangan pertama yang saya beli hasil duit sendiri tanpa meminta-minta. Setakat ini, hanya seutas inilah jam tangan saya dan Alhamdulillah ia masih berkhidmat untuk saya.  Saya pakai dengan semua jenis baju apa jua keadaan. Ke pasar memilih ikan, memasak di dapur, hadir majlis makan malam Qaseh atau sama-sama berendam dengan anak-anak di taman laut Pulau Redang. Pembantu setia setiap hari kejutkan saya bangun awal pagi. Saya alert pada masa walau berpergian berhari-hari, balik kampung atau berada di rumah orang.Terjaga waktu malam atau travelling bergelap di dalam kereta dengan mudah saya tahu pukul berapa. Urusan isi borang, tulis tarikh hari masa hanya rujuk jam. Tanpa perlu bertanya petugas kaunter atau tengok kalendar.

Sehingga sekarang, saya dan jam tangan sudah jadi kawan baik. Saya sudah terbiasa ditanya "pukul berapa sekarang" atau "hari ini berapa haribulan". Dan soalan ini lebih kerap ditanya ketika aktiviti air atau di kaunter klinik.

Nota Rezeki umi:
Jam tangan ialah alat terbaik yang digunakan untuk mengingatkan masa dan waktu. Bukan handphone.


---
Kerana saya tahu apa yang saya mahu, maka saya pilih belajar buat blog dengan Abdr. Nanti saya ceritakan. Belajar jadikan blog sebagai kedai online kalian KLIK SINI.

Sebatang lipstik magic pelbagai warna di http://qasehgoldbangi.blogspot.my


Hehehe...gambar ini diambil semalam sempena Kedah lawan Selangor. Casio Baby G saya pakai dengan jubah. Bawa anak-anak makan roti tisu di kedai mamak sebagai hadiah kepada reward chart cuti sekolah mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...