Tuesday, 8 December 2015

Saya mahu jam tangan Casio.

Entri #72: Saya mahu jam tangan Casio.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Saya tahu apa yang saya mahu. Saya suka senaraikan apa kekuatan, kelemahan, peluang dan masalah jika saya mahu sesuatu dan menabung sedikit-sedikit untuk dapatkannya. Ini cerita saya beli barang kecil sahaja.. seutas jam tangan. Namun apa yang saya mahu sampaikan ialah, hanya kita yang tahu apa yang kita mahu. Selagi ia tak bertentangan syarak, buat dan cekalkan hati. Matlamat mesti kuat. Kebergantungan kepada Allah mesti tinggi.
.
Saya mahu jam tangan dengan lampu, berkualiti, tahan lama, water resist, alarm clock, masa tarikh hari, feminin, warna pink, hijau atau putih. Ringkasnya mestilah praktikal pelbagai guna, satu untuk semua keadaan. Fesyen terkini, bergaya, tak padan dengan jenis baju..saya tolak tepi. Setelah 6 bulan menabung, akhirnya dapat saya beli jam tangan Casio baby-G. Usianya sudah 6 tahun.
.
Ketika ia masih bau kedai, saya pakai balik ke kampung suami. Ada yang menegur, "Kelakarnya macam jam budak-budak..ini jam saya zaman sekolah dulu." "Kenapa asyik pakai jam dalam rumah." "Eh, mandi laut pun pakai jam?" "Tak matchinglah dengan jubah."
.
Ini jam tangan pertama yang saya beli hasil duit sendiri tanpa meminta-minta. Setakat ini, hanya seutas inilah jam tangan saya dan Alhamdulillah ia masih berkhidmat untuk saya.  Saya pakai dengan semua jenis baju apa jua keadaan. Ke pasar memilih ikan, memasak di dapur, hadir majlis makan malam Qaseh atau sama-sama berendam dengan anak-anak di taman laut Pulau Redang. Pembantu setia setiap hari kejutkan saya bangun awal pagi. Saya alert pada masa walau berpergian berhari-hari, balik kampung atau berada di rumah orang.Terjaga waktu malam atau travelling bergelap di dalam kereta dengan mudah saya tahu pukul berapa. Urusan isi borang, tulis tarikh hari masa hanya rujuk jam. Tanpa perlu bertanya petugas kaunter atau tengok kalendar.

Sehingga sekarang, saya dan jam tangan sudah jadi kawan baik. Saya sudah terbiasa ditanya "pukul berapa sekarang" atau "hari ini berapa haribulan". Dan soalan ini lebih kerap ditanya ketika aktiviti air atau di kaunter klinik.

Nota Rezeki umi:
Jam tangan ialah alat terbaik yang digunakan untuk mengingatkan masa dan waktu. Bukan handphone.


---
Kerana saya tahu apa yang saya mahu, maka saya pilih belajar buat blog dengan Abdr. Nanti saya ceritakan. Belajar jadikan blog sebagai kedai online kalian KLIK SINI.

Sebatang lipstik magic pelbagai warna di http://qasehgoldbangi.blogspot.my


Hehehe...gambar ini diambil semalam sempena Kedah lawan Selangor. Casio Baby G saya pakai dengan jubah. Bawa anak-anak makan roti tisu di kedai mamak sebagai hadiah kepada reward chart cuti sekolah mereka.

2 comments:

  1. banyak kegunaan jam ni ye. tahan lasak pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. memang cari yang macam tu. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...