Tuesday, 13 December 2016

Kerja menjahit di rumah; kelas menjahit, menjahit kraf dan menjahit baju.

Entri #115: Kerja menjahit di rumah; kelas menjahit, menjahit kraf dan menjahit baju.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr

Untuk mak-mak yang pilih bidang jahitan sebagai sumber rezeki, ini ilmu yang sangai baik untuk kalian. 3 daripada 13 supermak ni menjahit sebagai hobi dan sumber rezeki di rumah. Ketiga-tiga mereka berkongsi cerita di bawah:

Dila Aris - kelas jahitan
Nelly Sofni Azmi - jahitan kraf
Norzaihana Che Hashim - jahitan baju

Bagaimana mula-mula terjebak dengan menjahit.
Kemahiran dan latihan yang dipunyai.
Produk dan servis yang ditawarkan.
Pengalaman pahit manis sepanjang menjahit.
Idola bisnes dan kumpulan sokongan yang disertai.
Bagaimana kekalkan semangat dan strategi menjahit.
Cabaran menguruskan rumahtangga, mengurus pelanggan dan mengurus bisnes jahitan.

Dila Aris - pengalaman 5 tahun mengajar menjahit
Saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelas kemahiran menjahit kecuali di Baitulmal (setiap Sabtu selepas kerja- hanya 2jam setiap sesi belajar membuat baju kebarung), itu pun cuma 4 kali Sabtu sahaja. Kini saya mengadakan Kelas Jahitan secara intensif yang.memakan masa hanya beberapa hari sahaja untuk menyiapkan sepasang baju. Kelas jahitan intensif ini dijalankan hanya di rumah supaya saya dapat menguruskan sendiri anak-anak seramai 5 orang( kini 2 orang di asrama) dan dalam masa yang sama dapat menguruskan kerja-kerja rumah. Berdisiplin, berilmu serta fokus adalah 3 faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan.

Nelly Sofni Azmi - pengalaman 8 tahun menjahit kraf
Pada pembabitan awal mengusahakan bisnes ini adalah dorongan ahli keluarga terutama abah. Saya 
bermula dengan modal sendiri dari simpanan ketika masih bekerja. Dahulu macam-macam produk saya jual sebab tidak jumpa lagi minat dan kepandaian yang sebenar. Bezanya dulu saya jual produk 
orang tetapi kini menjual sepenuhnya brand saya sendiri iaitu Handmadehaus. Saya juga berjaya mengeluarkan produk atas jenama saya sendiri iaitu beg sejadah 2 in 1, produk yang paling laris ditempah. Alhamdulillah saya boleh menyimpan untuk masa depan saya sendiri tanpa perlu mengharap dari kewangan suami dan orang lain. Selain mempunyai jadual masa khas, agihan seimbang juga sangat perlu. Walaupun berniaga dari rumah kita mesti ada displin agar semuanya terurus dan siap pada waktunya.  

Norzaihana Che Hashim
Saya baru mula berjinak untuk mengambil tempahan dari jemaah surau. Itupun disebabkan  ada jubah yang saya pakai ramai yang berkenan sejak dari itu saya dikenali sebagai seorang tukang jahit. Syukur atas rezeki Allah selama 13 tahun saya menyewa, saya dan suami dapat membeli sebuah rumah teres setingkat. Di situlah saya menjadikan ruang jahitan dua mesin, ruang menjahit pakaian dan juga ruang untuk perbincangan bersama pelanggan. Rumah saya berhampiran dengan jalan besar, kenderaan lalu lalang sentiasa ada. Juga pemasaran bagi saya, pelanggan boleh nampak walaupun dalam kereta kerana ada papan tanda besar yang tertera "ANA TAILOR" pada pagar rumah. Alhamdulillah ramai pelanggan dari pelbagai bangsa Cina, India, Melayu apatah lagi. Saya bekerja seorang diri tanpa ada orang membantu, sambil menjaga 5 orang anak. Tetapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya, suami sibuk dengan kerjanya tidak ada masa untuk membantu. Atur  masa sebaik-baiknya. 

Semuanya dilambakkan dalam ebook 126 mukasurat Inspirasi Bekerja Di Rumah. Bacalah.


Wednesday, 7 December 2016

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah.

Entri #114: Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr


Ibu-ibu kerap dilema antara kerja atau keluarga. Gaji atau anak. Nak berhenti tapi takut-takut. Nak berniaga apa? Boleh ke urus bisnes dan keluarga dalam masa sama? Macam-macam fikir hingga sampai sudah tak berhenti juga.

Suka juga kita ibu-ibu ni menemuramah mereka yang lebih dulu berpengalaman berhenti dan bekerja di rumah. Cerita resign, cerita mereka menjual barang, cerita berapa income. Dan mula lah mengukur kemampuan dan kemahuan diri.

Daripada bertanya-tanya dan kemudiannya emosi, apa kata baca diam-diam perkongsian ini kisah 28 inspirasi mama bekerja di rumah. Baca dengan tenang. Fikir dengan waras. Juga motivasi buat ibu-ibu yang sedang bekerja di rumah. Perhatikan usaha dan cekalnya mereka.

Setiap bidang, masalahnya berbeza. Teroka dulu dunia pilihan kalian melalui kisah 13 daripada 28 mama. Yang mana sama pilihan bidang dengan anda? Pro dan kontra?

1. Dila Aris – Jahitan
2. Fidawati Osman – Kek dan pastry
3. Hayati Mohid – Peniaga jalanan
4. Irdarina – Buku Islamik
5. Lela Khalil – Tart shell
6. Mazlina Omar – Tuisyen
7. Mimi Rahim – Perunding hartanah
8. Nasriah Abdullah – Berniaga bazaar
9. Nelly Sofia – Jahitan dan kraf
10. Norzaihana – Jahitan
11. Norhafizah Mohd Hadi – Tudung online
12. Tuan Fadzillah Tuan Sulaiman – Tudung dan borong telekung solat
13. Yusnida Tajudin - Tuisyen

Bekerja di rumah bukan bulan dan bintang. Bukan juga terjun tiruk mahu berhenti. Tahu caranya, boleh diusahakan. Naskhah ini membawa maksud bekerja di rumah sebenarnya tak susah pon, mesti cekal, kuat berusaha dan berusahalah dengan bijak.

Kisah saya juga terselit di situ dalam Yeay Mama sudah resign.


Thursday, 24 November 2016

Peluang beriklan di blog tanpa perlu ada blog sendiri.

Entri #113: Peluang beriklan di blog tanpa perlu ada blog sendiri.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Pakej iklan ni sangat sesuai untuk usahawan yang TAK ADA BLOG/TAK MAHU MAINTAIN BLOG tapi tetap nak maksimumkan pengiklanan menggunakan medium blog. 

Blog kan sangat berkuasa. Customer google dan jumpa.
Blog bersifat kekal. Pacak iklan dan tinggal. Tak perlu update setiap hari.
Blog lengkap. Satu halaman lengkap gambar dan keterangan, tak perlu tercari-cari info sana sini.

PAKEJ IKLAN RM50

Beriklan di dua tempat:
1) Blog: Soho Direktori (satu entri lengkap)
2) Fb grup: Akademi Bekerja Dari Rumah (wajib perkenalkan diri kemudian beriklan sampai lebam)

BONUS NOVEMBER: 2 ebook berkaitan usahawan online.


Hanya satu entri itu yang kami bantu promosikan seperti Puan Che Rohani di bawah; pemilik Homestay D'Ani.



Berminat wasap Umi 019-9353.481

BONUS NOVEMBER: 2 ebook berkaitan usahawan online.


Thursday, 17 November 2016

Menulis di blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut.

Entri #112: Menulis di blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Klinik usahawan & pelaburan Dr. Azizan Osman


Sebenarnya kan jika kita teliti, pergi mana-mana kelas bisnes..benda sama aje yang diulang. Bukan sebab trainer itu meniru. Itu lah asas dalam dunia niaga. Cikgu boleh bagi sekarung ilmu. Yang menggerakkannya kita. Tengok apa yang DAO cakap ni..juga dipraktikkan dalam Abdr.




"Menulis di blog adalah cara percuma untuk berkongsi kepakaran dan membina pengikut." -DAO



1. BERKONGSI KEPAKARAN MELALUI BLOG
- Sebenarnya apa topik yang kita minat..jadikan tajuk blog.
- Tulis dan tulis tentang isi penting berkaitan tajuk blog.
- Untuk kuasai tajuk blog, perlu banyak membaca..jangan malas.
- Sentiasa kongsi maklumat baru..masih lagi berkaitan tajuk blog.
.
Lama kelamaan kita tampak PAKAR dalam topik itu.
#teamabdr bantu kenalpasti tajuk blog kalian. 




2. MEMBINA PENGIKUT BLOG
- Sebenarnya siapa sasaran pengikut yang kita mahu..kenalpasti dari awal.
- Kongsikan maklumat melalui cerita informasi diselangseli cerita santai..ini untuk kumpul pengikut. Buat terus menerus tanpa henti.
- Pengikut ialah pembaca blog yang akan kerap datang membaca, datang lagi dan lagi.
- Sabar. Tiba masa pembaca akan bertukar menjadi pelanggan.
#teamabdr sudah buat ini sejak bertahun-tahun dulu menerusi kelas blog.


Apa yang kita belajar melalui KELAS BLOG ABDR?
- Analisa dahulu untuk penentuan tajuk blog.
- Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. 
- Perkenalkan diri/produk/servis kepada bakal pelanggan.
- Belajar bagaimana berkongsi minat/kemahiran/kepakaran itu..hardsell mahupun softsell.
- Belajar teknik penulisan blog.
- Belajar gunakan kata kunci/kata carian google menerusi blog.
- Belajar buat blog kedai online.
- Belajar menulis dengan konsisten.
- Belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, fan page, pautan antara link dan fb.
- Belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. 
- Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes baru melalui jaringan ABDR. 


Tuesday, 8 November 2016

Bedak Agnesia: Deodorant paling murah paling berkesan.

Entri #111 : Bedak Agnesia: Deodorant paling murah paling berkesan.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Saya nak kongsikan satu lagi tips jimat. Sejak kecil saya guna deodorant ni. Bila sudah besar, masuk ipta kemudian bekerja, sudah mula pegang duit sendiri. Saya terikut-ikut gaya rakan membeli barang. Pelbagai jenama deodoran saya cuba bertahun-tahun lamanya. Namun, berbalik kepada asal jua. Pilihan mak tetap terbaik.

Deodoran ni hanya pakai sedikit aje..setakat hujung sudu. Berkesan tanpa bau. Benar-benar rasa selesa tak belengas walau berpeluh. Ada tertulis diluluskan oleh KKM. Harga tak sampai rm5 sebotol di kedai runcit.

Membeli barang kita perlu fikir "mampu membeli vs mampu memakai". Pertama kali beli harga mahal memang "mampu membeli". Bila sudah habis nak beli lagi terasa mahalnya maka agak kurang "mampu memakai".

Daftar belajar blog bisnes. Belajar secara offline berhadapan dengan guru. Bawa laptop dan boleh terus hands-on. Nota disediakan. Dapat BONUS 6 EBOOK. FREE BUKU MINI BCK. Kali ini bersiaran di :
- Royal Plaza Putatan, Sabah.
- 19 November 2016, Sabtu
- 9.30 pagi - 4.30 petang


Thursday, 27 October 2016

Suri bekerja di rumah sempat tidur petang ke?

Entri #110 : Suri bekerja di rumah sempat tidur petang ke?
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Ramai beranggapan bekerja di rumah seronoklah waktu petang boleh tidur. Haha sepanjang siang di rumah saya tak tidur sebab inilah masa emas saya. Anak-anak sedang tidur jadi saya pilih kerja yang boleh siap dengan cepat. Saya baru aje selesai mop dan sapu lantai rumah. Kemudian saya bungkus barang untuk pos esok. Sambil bungkus, saya fikir menu pagi, tengahari dan malam untuk esok. Siap bungkus saya maklumkan nombor tracking pos kepada pelanggan dan rania. Harini 27haribulan..sebagai Stokis Qaseh Gold Ana Edar Bangi saya perlu on laptop..kemaskini jualan rania, buat laporan stokis dan kira jumlah jualan, jumlah mata. Lebih-lebih lagi bulan ini sedang berlangsung Duta Challenge 2016.

Bekerja di rumah adalah berkenaan multitasking dan urus masa. Tanpa perancangan boleh kecundang juga. Suri mesti cekap menentukan dan memilih
kerja ringan : lipat baju
kerja berat yang perlu selesai cepat : mop lantai
kerja penting : update blog, buat iklan fb
kerja yang mesti selesai dulu : anak menangis
kerja yang boleh sambil-sambil : basuh bilik air sambil mandi
kerja yang boleh tunggu tapi mesti buat harini : bungkus barang pos
Penentuan kerja ni bergantung pada suri. Setiap orang tak sama.

Ok..sudah azan Asar. Jom solat dulu. Lepas solat nak buat puding roti pula. Jadi macamana nak tidur petang...?

Daftar Duta Challenge 2016 di sini Qaseh Gold Bangi.

Monday, 24 October 2016

Ghibah (mengumpat) dan memfitnah.

Entri #109 : Ghibah (mengumpat) dan memfitnah.
Sumber : Mukashafah al-Qulub

Nabi bersabda:
"Ghibah itu menuturkan keburukan saudaramu sama ada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju selendang atau tunggangannya."

Hingga setengah orang dahulu berkata, "Jika kau katakan pakaian: pakaian si fulan besar atau kecil, itu termasuk ghibah. Apa lagi kalau kau sebut sesuatu yang menyakitkannya."

Dirawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk suatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah, pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpatnya hai Aisyah!" Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Jangan kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan: Doanya tidak dikabulkan, kebaikannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpat."

Dirawikan dari Jabir bin Abdullah al-Anshari ra: Angin ghibah itu telah menghembus di zaman Rasulullah SAW tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana bau busuk. Pada hal penghuninya makan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikian halnya soal ghibah di zaman kita.

Berkata Ka'ab ra: Kubaca sebahagian kitab, "Siapa mati bertaubat dari ghibah, ia orang terakhir masuk syurga. Siapa mati biasa berghibah, ia orang pertama masuk neraka." Allah SWT berfirman:
"Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela." Al-Humazah: 1

Ayat ini turun pada Walid bin Mughirah di mana dia mengumpat kepada Nabi SAW di muka umum. Boleh jadi sebabnya bersifat khusus dan ancamannya bersifat umum. Rasulullah SAW bersabda:
"Takutlah ghibah. Ia lebih kotor daripada zina. Mereka bertanya, Bagaimana ia lebih kotor dari zina?" Nabi SAW menjawab, "Seseorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali telah dimaaf oleh yang diumpat."

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat, agar keluar dari hak Allah. Kemudian minta halal atas kezalimannya terhadap orang yang telah diumpat. Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah akan memindahkan muka ke duburnya di hari Kiamat."

Blog berpotensi menjana pendapatan bukan angan-angan jika kita tahu gunakan dengan cara yang betul, menulis dan berkongsi benda yang baik. Daftar bila mana bersedia. #teamabdr http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 27 September 2016

Dengan Abdr boleh tanya cikgu selepas selesai kelas.

Entri #108 : Dengan Abdr boleh tanya cikgu selepas selesai kelas.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Pernah tak lalui pengalaman pergi ke kelas berbayar tapi
- malu / tak yakin bertanya trainer
- tak berpeluang tanya
- tanya tapi tak paham
- bila balik rumah tak paham / tak dapat ingat kembali penjelasan trainer
- tanya kawan sebelah (he3 ini sadis)
Kelas sokongan selepas kelas biasanya berbayar atau terhad beberapa hari.

Belajar dengan Abdr, kita berpeluang tanya semasa dan selepas kelas. Habis kelas, akan dimasukkan ke dalam grup khas. Di situ boleh berbincang dengan guru mahupun alumni pelajar. Medium yang digunakan ialah grup whatsapp dan grup fb. Semua ini sudah termasuk dalam pakej yuran. Tak perlu tambah bayaran dan tak ada had masa. Sebab inilah Abdr dikatakan kumpulan sokongan. Ia berfungsi menyokong keperluan ilmu, sosial dan semangat ahli Abdr.

Boleh pilih belajar secara online atau offline bersama Abdr :
1. Belajar blog bisnes kedai online
2. Belajar blog penulisan kata kunci
3. Belajar urus asas akaun bisnes skala kecil

Contoh blog yang saya belajar 3 tahun lepas secara online dengan Abdr di sini Qaseh Gold Bangi. Hingga sekarang masih bertanya cikgu dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan Abdr.

Monday, 26 September 2016

Susun atur membaca al-Quran setiap hari.

Entri #107 : Susun atur membaca al-Quran setiap hari.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Setiap hari sangat banyak surah dan ayat khusus yang perlu dibaca. Bekerja di rumah lebih memudahkan saya mengamalkannya. Saya mudahkan carian dengan menanda menggunakan kertas warna dan klip.

Surah khusus ditanda di bahagian atas.
Ayat khusus di tepi.

Al-Quran ini hadiah dari suami enam tahun lepas.
Semakin buruk semakin sayang.
Sungguh.

Ya Allah, permudahkan dan sempatkan aku mengaji harini.

Bagaimana Qaseh Premier membantu ibu berpantang? Di sini.

Wednesday, 31 August 2016

Saya sudah bersedia Bekerja Di Rumah!

Entri #106 : Saya sudah bersedia Bekerja Di Rumah!
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Alhamdulillah sudah beransur sihat dari nikmat sakit.
06/7 - positif hamil
22/7 - tumpah darah
24/7 - D&C
06/8 - positif ektopik dan pembedahan laparotomi

Telah berkata Adh Dhalak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah -Mukashafah al-Qulub.

Genap seminggu dari tarikh pembedahan laparotomi sudah memandu kereta perlahan berhati-hati menguruskan persekolahan anak.
Genap dua minggu sudah mula memasak untuk keluarga dan mengajar rania baru tentang pelan pendapatan patuh syariah Ana edar.
Sekarang ini genap sebulan. Termasuk sebiji kek pada hari ini sudah membakar tiga biji kek, menyusun atur perabot dan mengemas ruang kerja. Momentum memasak setiap hari sudah kembali masuk trek.

Saya pilih tajuk ini sama seperti artikel kisah saya dalam Majalah Mingguan Wanita 22 April 2015 sila baca DI SINI.

Cerita daripada keguguran kepada kandungan luar rahim dan bagaimana qaseh premier membantu sepanjang berpantang sila baca di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Wednesday, 27 July 2016

Uncle Tiger Sifu Amiruddin Ahmad cadangkan blogspot wajib ada untuk semua bisnes online.

Entri #105 : Uncle Tiger Sifu Amiruddin Ahmad cadangkan blogspot wajib ada untuk semua bisnes online.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali




Kelebihan belajar blog bisnes kedai online Abdr :

1. Beroperasi secara online.
Tak payah keluar dari rumah. Akses dari mana-mana aje.

2. Ada fb grup khas untuk para pelajar.

3. Waktu belajar fleksibel. Tak ganggu rutin harian kita.

4. Nota tutorial bergambar disediakan.

5. Belajar penulisan blog yang kemas teratur, dengan fokus blog dan kata carian yang tepat, selari dengan bisnes online kita.

6. Belajar hingga dapat jana wang dengan blog.
Kuasa blog merentas masa. Walau berkurun tak aktif, dek kerana kata kunci yang tepat, blog masih relevan dan masih berpeluang berada di mukasurat pertama.

7. Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni Abdr yang merupakan wahm dan usahawan online. 
Gabungan ini akan bantu blog kita berada di mukasurat pertama.

8. Masih boleh ikut tutorial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.

9. Jika mendaftar sebagai rania Abdr, dapat tambah pendapatan dengan produk digital Abdr. 
Best tau tak payah pening fikir pasal restok, angkat kotak berat-berat, susun stok tinggi-tinggi, bubble wrap bergulung-gulung, balut barang dan pos, beratur lama-lama di poslaju. 

Ok jom join Abdr, buat dulu kedai online. 
#umiarbeeali
#kelasonlineblogabdr
#belajarbuatblogbisnes
#belajarbuatblogkedaionline
#wasapUmi0199353481

Saturday, 23 July 2016

Kuasa blog merentas masa.

Entri #104 : Kuasa blog merentas masa.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Rasanya entri jahit sarung bantal anak di blog qasehgoldbangi ini dihasilkan pada tahun 2013. Saya kaitkan dengan tonik rambut minyak zaitun. Kami sekeluarga memang pengguna setia minyak rambut ini. Sebotol berkongsi sekeluarga. Sangat mudah.

Tempahan ini diterima siang tadi. Maaf, ilmu menjahit saya hanya sekadar kegunaan sendiri.

Nampak tak kuasa blog merentas masa. Blog masih menyimpan entri lama. Sasaran pembaca telah google dan jumpa.

Amacam yang berniaga online tu cepat-cepatlah usahakan kedai online sendiri. Bina blog bisnes dengan fokus yang tepat bersama kami.

Entri itu di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

#stokisqasehgoldbangikajang
#belajarbinablogbisnes

Monday, 18 July 2016

Cari rasa kebersamaan bekerja dan berniaga dari rumah.

Entri #103 : Cari rasa kebersamaan bekerja dan berniaga dari rumah.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Buat suri bekerja di rumah, kebersamaan itu penting. Mampu suntik semangat dan disiplinkan diri terus bekerja dan berniaga dari rumah. Tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sealiran dengan kita.

Apa itu Abdr?
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ialah satu kumpulan sokongan untuk:

+ suri belajar basic berbisnes online 

+ suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah 

+ suri bekerjaya menjana pendapatan sampingan

+ mereka bergelar wahm

+ belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital/servis 


#kumpulansokonganabdr

#belajarblogbisnes

Wednesday, 29 June 2016

Ruang solat di rumah.

Entri #102 : Ruang solat di rumah.
Teka oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Mak pesan setiap orang Islam mesti ada ruang solat di rumah.

Kita tidur dua kali sehari. Sekali pada waktu malam. Sekali tidur qailulah pada waktu siang. Untuk tidur itu, kita ada bilik tidur, katil tilam empuk, selimut lembut dan bantal busuk.

Kita solat lima kali sehari. Persiapan untuk solat mestilah lebih lagi.

Ini ruang solat rumah kecil kami. Kebiasaannya dijadikan ruang makan. Dalam pelan asal rumah oleh pemaju juga sama. Kami alih meja makan ke dapur dan jadikan ruang solat.

Ruang solat juga ruang serbaguna. Belajar dan mengajar anak mengaji, buat kerja sekolah, belajar, mengulangkaji, membaca buku cerita bergolek bermain dengan anak, ruang tidur tetamu (yang tak nak tidur dalam bilik katanya). Tetamu tumpang solat..ye ok silakan.

Walau kecil namun sejak ruang ini ada rasa sangat bahagia. Berkat ikut pesan mak. Sayang mak selamanya.

Hadiahkan qaseh premier kepada mak ayah supaya pembuangan mereka lebih lawas DI SINI --->> http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 21 June 2016

Rezeki Allah luas. Makin ramai yang menjual, makin rendah kos marketing kita.

Entri #101 : Rezeki Allah luas. Makin ramai yang menjual, makin rendah kos marketing kita.
Sumber : Halaman 116, Buku Bisnes cara kami, Rafie Ramli dan Felinna Nadea Ed Fatah

Ramai yang cakap, makin ramai orang menjual sesuatu produk, maka makin kurang potensi untuk mereka berjaya.

Ini silap.

Sebenarnya, makin ramai orang jual produk tu, makin mudahlah kita nak menjual. Itu marketing tanpa kos.
Pertama, semestinya rezeki itu di tangan Allah.
Kedua, bila ramai yang menjual, produk tu akan kelihatan di mana-mana. Testimoni akan bertambah. Produk akan dapat iklan mulut ke mulut daripada pelanggan. Bila pelanggan makin ramai, penjual pun mestilah kena ramai untuk menampung permintaan. 

Rezeki Allah luas. Ramai mana pun penjual produk tu, akan ada lebih ramai pembeli juga. Jangan kita sempitkan fikiran dengan rasa dengki pada orang lain. Kita buka rezeki orang, Allah buka rezeki kita.

Kena sentiasa ingat, bisnes ni dakwah kita. Contoh diri saya, produk Qaseh menggalakkan dan memudahkan orang membudayakan makanan sunnah. Produk servis Abdr untuk buka ruang dan peluang lebih ramai orang belajar buat kedai online dan promosikan bisnes secara online akses dari mana-mana aje.

Produk sama.
Usaha berbeza.
Dakwah pon berbeza.
Hubungan dengan Allah lagilah berbeza.

Stok Bisnes Cara Kami (BCK) masih ada. RM35 termasuk pos. Combo BCK (BCK dan planner) RM73 termasuk pos.


Monday, 6 June 2016

Saya mahu jaga ibu bapa saya.

Entri #100 : Saya mahu jaga ibu bapa saya.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbeeali

Dah jatuh dah! Pakcik itu memang benar-benar telah jatuh! Suami saya sibuk menyediakan kerusi untuknya. Memegang lengan dan tongkat dan menyuruh dia duduk. Kemudian mengangkat bungkusan plastik makanan yang jatuh di atas lantai. Sebaik diangkat, kuah sup tumpah ke atas lantai. Banyak juga. Saya nampak ayam goreng terendam dalam kuah sup. Sudah tak garing kulit luarnya. Sudah tak sedap.

Tukang kedai mengarahkan diganti baru. Saya lihat suami bungkuskan kuah sup ayam dan sambal belacan. Suami masukkan semua lauk sup ayam, ayam goreng, sambal belacan dan sayur goreng ke dalam plastik merah baru.

Ketika cuba berdiri, terketar-ketar dia berpaut pada lengan suami sambil suami memeluknya. Sampai di lantai yang sedikit curam kira-kira 35° dia berkata "di sinilah yang saya tak boleh. Tadi tu jika saya tak lepaskan makanan maka saya yang jatuh."

"Saya begini sebab strok. Saya boleh drive. Tapi dari duduk ke berdiri susah sikit ambil masa dan tak berapa stabil bila berjalan. Sebelah kiri badan tak berapa kuat". Pakcik itu berlalu pergi dengan kereta besar mewahnya. Sempat dia berpesan "Jaga makan. Dah jadi macam saya susah.."

Pada awal tiba di kedai, saya nampak pakcik itu ketika suami menegur "jaga beg tu kena orang". Dia di celah-celah ramai orang turut sama mencedok lauk makan tengahari. Suasana yang sibuk kalut. Masing-masing lapar nak makan. Cuaca panas berpeluh nak air sejuk campur ais. Bezanya dia melangkah mengangkat kaki perlahan, sebelah tangan memegang tongkat. Bila kedua-dua tangan buat kerja, tongkat disandarkan pada almari lauk. Beberapa kali juga dia ditempuh orang. Orang-orang yang masih kuat bertenaga ligat buat kerja.

Dia membayar dan menuju ke kereta. Kemudian dia berpusing dan melihat orang seperti nak menyatakan sesuatu. Saya senyum dan angkat kening tanya perlu apa-apa. Dia hanya membalas senyuman saya. Semasa suami membayar, suami mengarahkan saya ambil teh tarik bungkus di kaunter air. Saya tinggalkan pakcik itu di situ masih berdiri dengan baik beberapa langkah dari tempat curam itu. Sebaik berpaling dia sudah jatuh!

Kita yang melihat terdetik di mana anak dia, kenapa dibiarkan dia pergi beli makanan sendiri. Begitulah juga tanggapan orang lain bila melihat ibu ayah kita membuat apa-apa aktiviti sehari-hari di kampung. Sama aje 2 × 5. (Saya lah tu.)

Moga Allah ikhlaskan hati saya, dilimpahkan kasih sayang, diberikan kesempatan masa, kekuatan dan kesihatan badan untuk berbakti menjaga mak abah dan cek.
Walaupun saya sedia maklum..jaga 100 tahun pon takkan dapat membalas pengorbanan mereka.

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

Monday, 25 April 2016

Mak kutu vs Cikgu blog

Entri #99 : Mak kutu vs Cikgu blog
Teks oleh : Umi Arbee Ali
Foto oleh : Umi Arbee Ali

Kita nak beli periuk harga rm300. Kita join kutu bayar pada mak kutu rm50 sebulan. Tiap-tiap bulan mak kutu ketuk kita, ingatkan kita, tegur kelalaian kita, minta duit dari kita..simpankan duit untuk kita.
Sedangkan boleh aje kita simpan sendiri 50 tu setiap bulan.

Kita boleh aje buat blog sendiri. Tekan taip aje sana sini. Tak perlu orang ajar.
Tapi jika ikut kelas, lain macam aura semangat dan hasilnya. Lebih tersusun, lebih terancang, berjadual perlu buat apa dulu apa yang utama, ada fokus matlamat kenapa aku buat blog, jika tak tahu boleh tanya cikgu, salah silap cikgu betulkan, keberadaan dalam kelas bersama kawan-kawan injek semangat. Paling mahal, sebab ada cikgu ketuk kita, ingatkan kita, tegur sikap acuh tak acuh kita, minta siapkan tugasan blog kedai online kita yang asyik terbengkalai..promosikan blog kita.

Nak jana "sawang" atau wang dengan blog?

Kak b tak pernah main kutu🐉🐾 tapi pernah cari kutu gemuk besar hitam kat kepala orang.

Selfie contest gojes di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Thursday, 21 April 2016

Beri makan burung unta di Jelita Ostrich Farm.

Entri #98: Beri makan burung unta di Jelita Ostrich Farm.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Hujung minggu lepas kami ke Jelita Ostrich Farm, Ampangan, Negeri Sembilan. Anak-anak berpakaian sukan lengkap seperti diberitahu suami. Kami bertolak usai sarapan di rumah, bawa bersama bekal makan nasi goreng, nugget, biskut, qoqo stevia ais, ais kosong. Qoqo stevia wajib..kesukaan anak-anak, pemberi tenaga segera sebab mengandungi kurma. Sesudu qaseh sebelum sarapan juga wajib. Dari Bangi kami berkereta melalui highway LEKAS. Memang lekas lah tak sempat anak-anak makan biskut sudah sampai. Seperti biasa saya dan anak-anak tak tahu kemana nak dibawa. Ia kejutan!

Tiket masuk dewasa ialah rm20 seorang dan rm8 untuk kanak-kanak. Sebungkus kecil jagung rm1. Sepanjang di sini ada pekerja yang mengiring dan memberi penerangan. Banyak aktiviti di sini belajar tentang burung unta, memberi makan burung unta, kambing dan kuda, menunggang burung unta dan kuda, berdiri di atas telur. Anak-anak walau takut tetap mencuba. Kata suami atasi rasa takut supaya kita jadi orang berani. Rasa geli bila burung unta usia setahun ke bawah makan jagung dari tangan kita. Tapi rasa dicubit jika ia lebih besar. Kambing? Penuh air liur di tangan!

Terletak berhampiran ialah Pejabat Veterinar dan padang menunggang kuda. Seronok anak-anak tengok rusa bintik, lembu bali, landak, burung dan kuda. Kami jarang berjalan-jalan di pasaraya membeli belah. Lebih memilih aktiviti luar seperti ini.

Daging burung unta ada dijual rm90 1kg. Dipaketkan 1kg dan ½kg. Sebiji telur burung unta rm80. Juga ada pelbagai cenderamata.

Sempat juga saya edar flyers qaseh anaedar dan susu kambing bajet. Suri bekerja dan bisnes dari rumah tak ada cuti. Sepanjang masa bekerja. Yang seronoknya kita boleh adjust masa.

Balik rumah, kami tebuk telur dengan pembuka tin dapat hampir sebekas. Tu dia tak boleh main ketuk ketuk pecah dalam mangkuk..tak pecah pon! Isipadu sebiji telur menyamai hampir 30 biji telur ayam. Tak payah beli stok telur sebulan hihihi. Berbanding telur ayam, ia lebih banyak kuning dari putih, lebih kenyal, kurang hanyir, memakannya perut lebih kemas dan kenyang. Sudah masak pelbagai lauk telur, masih lagi berbaki ¼ dalam peti ais. Telur dadar, telur bungkus, sambal telur, puding, kuih, jemput, dalca parpu..nak masak menu apa lagi?

http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Monday, 18 April 2016

60% penginap homestay dari google blog Senarai Homestay Malaysia Abdr.

Entri #97: 60% penginap homestay dari google blog Senarai Homestay Malaysia Abdr.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali




Puan Che Rohani empunya homestay di Skudai dan Gelang Patah, Johor mengambil khidmat kami pada Oktober 2015 untuk mengiklankan homestay beliau KLIK DI SINI. 

Setelah 6 bulan, ini ulasan beliau KLIK DI SINI.



Alhamdulillah, bisnesnya semakin maju. Pernah mendapat tempahan daripada SUK Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelancongan. Dalam proses menambah satu lagi homestay, beliau boleh dihubungi melalui:

  • Nombor telefon: 013-779 3357
  • Page:



DULU beliau pernah bertanya, kenapa bila google tak jumpa homestay kak ani? 
SEKARANG beliau maklumkan "dalam 60% customer kata jumpa homestay kak ani dari google blog".
Biiznillah.


Nak sama-sama tak menang tangan seperti beliau, 

kami promosikan up up up sepanjang tahun. 

Hubungi Umi Arbee Ali pengurus online abdr 019-9353.481 atau KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Saturday, 16 April 2016

Abdr lubuk ibu bekerja di rumah.

Entri #96: Abdr lubuk ibu bekerja di rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Kita berniaga apa yang kita selesa, suka, mahir, minat. Suka bergaya, kita jual tudung. Suka kelihatan cantik, kita jual minyak wangi. Mahir masak, kita jual kek, pulut kuning berhias. Mahu trading sahaja, kita jadi pengedar barang jamu/makanan kesihatan. Mahu selesa, kita jadi ejen dropship. Kita minat menjahit, kita jual hasil kraf jahitan.
Hasilnya kita banyak habiskan masa berkawan dan berkongsi idea dengan mereka dari lubuk bisnes yang sama.

Namun, rentak ibu bekerja di rumah dengan mereka tak sama. Mereka mungkin bekerja pejabat dan berniaga sambilan. Mungkin berniaga untuk hobi/kepuasan sendiri sahaja. Atau berniaga sepenuh masa dan sangat fokus dengan target jualan/income meletakkan keadaan itu nombor satu.

Ketaksamaan itu akan membuahkan rasa lelah dalam diri kita. Jadi tempatkan pula diri kita dalam lubuk bekerja di rumah. Jika lubuk bisnes itu wujud, maka lubuk ibu bekerja di rumah juga wujud.

Akademi bekerja di rumah ialah satu kumpulan sokongan untuk:
suri belajar basic berbisnes online
suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
suri bekerjaya menjana pendapatan sampingan
mereka bergelar wahm/ibu bekerja di rumah
belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital/servis

Asas prinsip Abdr:
+ kita mahu memberi ruang suri mencipta pendapatan pasif dan aktif.
+ kita bermatlamat lebih ramai zero hutang melalui pengurusan kewangan yang berhemah
+ kita berkumpul dan berukhwah atas tekad berjuang bersama-sama dari rumah
+ atas asbab silaturrahim inilah salah satunya terbuka pintu rezeki
+ berlapang dada dan terus mara melangkah

Alhamdulillah. Tahun ini sedang mara 2000 ahli bernaung bersama Abdr. 
Berjalan bersama pimpin tangan adalah satu kelegaan.


Wednesday, 6 April 2016

Selamat pengantin baru Imah dan suami.

Entri #95: Selamat pengantin baru Imah dan suami.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Bulan lepas kami ke Kota Tinggi. Walimah Imah, sepupu saya. Imah anak bongsu dalam keluarga mak saudara saya. Seorang jururawat. Bertemu jodoh dengan seorang polis. Semulajadi cantik tinggi lampai, usai berdandan makin cantik berseri.

Petangnya bila tetamu sudah beransur kurang, dapatlah duduk berehat. Berbual dengan Yani, kakaknya Imah. Yani yang sangat rajin mengemas dan membersihkan rumah ibunya. Sangat menyantuni tetamu dan saudara mara yang datang. Yang membuat saya terharu, Yani suka membaca blog saya. Sesekali dia teringatkan blog saya bila sudah lama tak melawatnya. Katanya ia bukan sekadar sembang kosong tetapi berkongsi idea, ilmu dan sebagai kedai online yang menjadi rujukannya. Ia umpama memberi makna dan coretan dari hati. Biiznillah.

Kita menjana wang dengan blog, dalam diam kita mengumpul tribe atau pembaca seperti ini. Lewat entri-entri kita, pembaca rasa selesa, akan datang membaca, lagi dan lagi. Pembaca ini kita tukar kepada pelanggan. Ini yang kita belajar dalam blog penulisan.

Sebagai blog bisnes pula mesti tampak jelas pada mata kasar, ia berfungsi sebagai kedai online yang lengkap. Segala apa yang pelanggan nak tahu dan apa yang kita mahu terangkan pada pelanggan ada di situ. Ini yang kita belajar dalam blog bisnes.

Mesti mesti mesti habiskan 44 entri tugasan supaya idea menulis blog meluncur laju dan ini yang bakal menolak blog kita ke carian google teratas. Ibarat ibu berpantang 44 hari. Hari ke 45 masih sapu minyak panas dan berbengkung sebab sudah alah bisa tegal biasa, rasa tak selesa tanpa bengkung. Yang luka sudah sembuh, yang kendur sudah tegang ke atas.

Belakang pisau jika diasah akan tajam jua. Jana wang dengan blog dari rumah, dari kampung, dalam perjalanan, sedang kenduri, sedang rewang, dari mana-mana sahaja.

Tahniah Imah dan suami. Selamat pengantin baru. Selamat melangkah ke alam baru. 💑

Terima kasih Yani. Didoakan Yani murah rezeki, kuat semangat dan usaha berterusan tanpa jemu mengusahakan bisnes online. Kedai online Yani DI SINI.

Lawati http://qasehgoldbangi.blogspot.my untuk freegift set memanah dengan set famili qaseh.

Tuesday, 5 April 2016

Bateri telefon kembung.

Entri #94: Bateri telefon kembung.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Rewang walimah adik ipar di Terengganu baru-baru ini, alahai sibuk sampai lupa handphone..akhirnya rosak. Caj kemudian tinggal, "bateri kembung" kata amoi kedai telefon. Laju aje peratusan bateri menyusut. Mencecah 50% sudah tak stabil. 30% pula sudah tak dapat signal. Powerbank tak membantu. Ia berubah menjadi sangat bergantung kepada charger.

Dari Terengganu bertolak ke Kelantan bawa anak-anak berjalan sempena cuti sekolah Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, handphone itu berkeadaan begitu. Sedikit gusar lewat membalas pm dari customer. Namun, semua dari-Nya. Rezeki juga dari-Nya. Usaha bagaimana pun dengan powerbank atau charger paling tip top, sudah dikatakan tidak..maka tidaklah. Kita berserah. Mungkin Allah mengingatkan sedang cuti sekolah ini maka anak-anak lebih utama.

Handphone rosak ialah "nightmare" bagi peniaga online. 5 asas pemasaran online yang diambil dari naskhah 10 langkah mudah bina kedai online: mahu bisnes apa, peralatan, perbankan pilihan, daftar ssm, mahu jual apa. Contoh mudah: mahu jadi ejen dropship, ada handphone dan wifi, ada m2u dan cimbclicks, sudah berdaftar ssm, mahu jual buku-buku sebab sangat suka membaca.

Ada handphone dan internet sudah boleh mula berniaga online, jana wang melalui handphone. Komputer/laptop lebih baik. Usah sia-siakan. Mahu berniaga online, tak tahu cara, jom belajar bina kedai online dulu. Belajar buat sale yang pertama. Dapat bonus 10 ebook. Antara ebooknya ialah seperti diperkatakan di atas. Kita jana wang dengan blog dari rumah, dari kampung, dari hotel, dalam perjalanan.

http://qasehgoldbangi.blogspot.my
#belajarbuatblogbisnes
#belajarbuatkedaionline

Friday, 1 April 2016

Kenapa bisnes online perlukan blog?

Entri #93: Kenapa bisnes online perlukan blog?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali
Sumber: idea asal fb Anys idayu zakaria

KENAPA BISNES ONLINE MEMERLUKAN BLOG?
Jika menggunakan blog, apa sahaja yang kita tulis dan post boleh di akses, dijumpai dan dibaca oleh sesiapa sahaja dengan melalui enjin carian. Tak kan hilang pun. memang kekal ada dalam blog kita. Post tahun lepas, pun masih boleh dibaca lagi harini.

Kalau guna fb posting kita sekejap je akan turun dan perlu scroll ke bawah mencari-cari lagi-lagi-lagu kalau kita banyak update status dalam sehari. Lenguh jari kan..;) Post kita pun mungkin hari yang sama atau sehari je lalu di newfeeds rakan-rakan fasebook. Tulis harini belum tentu boleh jejak lagi 6 bulan akan datang. Sayang tau perkongsian di biarkan macam tu je ;)

Begini ya..cara mudah daftarkan bisnes di blog direktori iklan kami. Yuran sekali seumur hidup. Dapat beriklan di 2 tempat. Dapat free ebook berkaitan bisnes online. Kami promosikan up up up sepanjang tahun. Kekuatan jaringan blogger kami saling menyokong mempromosikan.

Lebih bagus lagi, bina blog kalian sendiri. Jom belajar buat blog dengan Abdr. Bukan sebarang blog. Ia blog tapak kedai online kita. Blog yang memberi makna. Blog cari makan, menjana wang.

#kelasonlineblog #jombelajarbuatblog
#sewatapakiklanblog

http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Kenapa perlu beriklan dengan kami Abdr?

Entri #92: Kenapa perlu beriklan dengan kami Abdr?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Soalan ini sering ditanya kenapa perlu beriklan dengan awak? Apa kelebihannya beriklan dengan kamu? Bagaimana awak dapat bantu bisnes saya?

Baik, sebelum itu. Setakat ini kami tawarkan 2 jenis iklan. Homestay dan apa sahaja produk servis kalian.

Pakej Iklan homestay di 2 tempat di bawah:
+ebook Homestay Malaysia
+http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.my

Pakej Iklan bisnes di 2 tempat di bawah:
+ebook 10 langkah mudah bina kedai online
+http://sohodirectory.blogspot.my

Kelebihan beriklan dengan kami Abdr:

1. Kami iklankan di 2 tapak berasingan yakni naskhah ebook dan blog. Ebook tersebut bakal menjadi buku fizikal dijual di kedai-kedai buku.

2. Selagi mana naskhah tersebut dijual, iklan kalian juga disebarkan.

3. Blog tersebut berfungsi sebagai direktori iklan yang menyenaraikan perniagaan dan homestay di Malaysia.

4. Google dan blog umpama adik beradik. Sebab itu Google senaraikan blog di mukasurat pertama. Hakikatnya, Google adalah search engine no 1 yang digunakan pengguna internet, bukan Fb. Kita google untuk info kan? jangan tipu diri sendiri ;)

5. Kita tak mampu jumpa 100 pembeli sehari. Blog mampu tarik 100 pembaca sehari. Tukar pembaca kepada pelanggan.

6. Kami mempunyai jaringan blogger yang bantu promosikan sepanjang tahun. Kekuatan jaringan ini akan menolak iklan kalian up up up. Ia umpama like komen share di fb. Klik pada mana-mana label, entri, popular post blog kami akan membawa ke direktori iklan tersebut.

7. Murah. Yuran ialah sekali seumur hidup. Tak perlu renew / sambung kontrak sewa.

8. Tinggal lebih kurang 50 tapak sahaja lagi.

9. Sangat bagus untuk kalian yang tiada blog, yang 100% mempromosikan bisnes d fb / insta sahaja. Kami kuncikan kata carian bisnes kalian..nama produk / nama servis / nama syarikat..seperti contoh di bawah..mereka tiada blog ya. Manfaatkan segala pemasaran online yang ada.

Tak percaya, cuba google homestay ani johor, pau otak-otak, serantau desa food industry dan tengok iklan mereka pada sohodirectory dan senaraihomestaymalaysia tersebut berada di tangga nombor berapa..?

Thursday, 10 March 2016

Abdr kumpulan sokongan bekerja dari rumah.

Entri #91: Abdr kumpulan sokongan bekerja dari rumah.
Pelajar: Rozie Wahid


Ada apa dengan ABDR? Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari rumah sendiri.

            Bersesuaian dengan namanya ABDR iaitu Akedemi Bekerja Dari Rumah, ia tidak terhad kepada golongan wanita sahaja malah peluang dan ruang diberi kepada sesiapa yang berminat untuk belajar memulakan kerjaya dari rumah secara berperingkat. Pada masa yang sama kita boleh menikmati kualiti kehidupan bersama keluarga tersayang.

            Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.

            Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa dan berhenti separuh jalan.
            Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput jenguk selalu ke blog saya kerana di situ anda akan disajikan pelbagai rencah dan rasa dalam kehidupan manusia.


p/s : Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!


Kelas blog penulisan pilihan Puan Rozie ialah kelas popular sepanjang tahun. Kelas pakej belajar secara online dengan 10 naskhah ebook, nota tutorial bergambar, kumpulan sokongan ibu bekerja di rumah dan banyak lagi

50 strategi pemasaran / jualan.

Entri #90: 50 strategi pemasaran / jualan.
Sumber: Wassap group

Sebelum kita kata kita tak berjaya buat sales gila-gila, cuba bagitahu berapa strategi pemasaran atau jualan yang kita sudah buat dari senarai ini?

1. Edar Brosur / Flyers / Poster
2. Pasang Banting dan banner
3. Edar katalog
4. Buat billboard
5. Free gift / souvenir / key chain / pen
6. Edar Kalendar / Diari
7. Paper bag
8. Kad bisnes
9. Buka booth / pameran
10. Gerai jualan / pasar tani / pasar malam
11. Hadiri / paticipate ekspo
12. Buat seminar
13. Iklan radio
14. Iklan Akhbar
15. Iklan Televisyen / Astro
16. Iklan Fb / Fb ads
17. Twitter / Instagram
18. Google adword / SEO
19. Email marketing
20. SMS blaster
21. Website
22. Blog
23. Forum / hoothsuite
24. Taja program
23. Taja Pasukan
24. Taja Celebrity
25. Corporate Sosial Responsibility (CSR)
26. Direct selling
27. Home delivery / jualan rumah ke rumah
28. Iklan melalui youtube
29. Iklan video / audio
30. Free Voucher
31. Cabutan Bertuah
32. Peraduan
33. Taja T-shirt
34. Sampul kad raya
35. Pemasaran melalui 'phone random calling'
36. Newsletter
37. Ebook percuma sambil iklan produk
38. Kempen
39. Iklan di Bas / Keretapi / Van Bergerak
40. Yellow pages (ada lagi ke tak tak pasti)
41. Direktori
42. Whatsapp / telegram
43. Kad diskaun / kad kesetiaan / Kad ahli
44. Baju korporat
45. Masuk persatuan / kelab usahawan
46. Daftar usahawan agensi kerajaan/swasta
47. Merchandising di outlet
48. Affiliate Marketing
49. Dropshipping
50. Testimoni dri pelanggan (text/email/surat)

Agak-agak berapa dari teknik pemasaran dan jualan di atas yang telah kita laksanakan??

Kalau tak sampai separuh, ini bermakna kita bukan tidak akan berjaya tapi kita masih belum sampai kepada apa yang sepatutnya kita buat untuk berjaya.

Senaraikan..kita dah buat berapa strategi pemasaran? :D

http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Wednesday, 24 February 2016

Apakah Big Why kita?





Entri #89: Apakah Big Why kita?

Teks oleh: Umi Arbee Ali

Video oleh: Google - TRANSFORMASI DIRI: MENCARI REDHA ILAHI - Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad



Dengar dan tonton minit ke 19;

"Prof, I want to be a millionaire before 40"

"Alah kesian dengar cakap camtu" Our dreambig sebenarnya husnul khotimah, syurga jannatul firdaus.



Umpama nak ke satu tempat, kita tekan GPS, set dan ikut aja. Apa yang terjadi dalam perjalanan, kita tak ambil pusing kerana kita menuju ke tempat itu. Begitu juga GPS hidup kita. Matlamat kita ialah nak masuk syurga. Sepanjang kehidupan kita jadi tak mudah resah, berbuat amal baik. Kerana kita ada matlamat, ada sasaran, ada kemahuan, ada big why, ada dream big.



Sekarang ini fenomena media sosial "kaya dan berjaya", "jutawan dunia akhirat", "i want to be a millionaire", "saya bantu awak untuk kaya".

Ia bagus untuk perkembangan diri namun biarlah seimbang dunia akhirat.

Bersyukur atas rezeki dan menjemput rezeki seimbang dengan mencari mengusahakan rezeki.



Hati-hati.

Mulut usah mudah mengungkap.

Jari usah mudah menaip.

Sunday, 21 February 2016

Mahu bisnes online tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.

Entri #88: Mahu bisnes online tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.
Nota oleh: Alumni Abdr
Gambar oleh: Umi Arbee Ali

Anda ada produk dan ingin bisnes secara online, tapi tidak tahu bagaimana nak mula.

Jom sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah.
Kami akan bimbing kalian untuk mula.

Daftar Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.

Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog dan fanpage di facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing).

Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.
✔ Sesuai untuk suri yang perlu berpindah mengikut suami bekerja.

Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BLOG KEDAI ONLINE.
✔ Menulis secara konsisten.
✔ Buat borang tempahan.
✔ Membuat jenis-jenis entri.
✔ Membuat fanpage.
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE.
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar.

Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN

Berminat untuk sertai akademi?
Hubungi saya bila sudah bersedia.

Tuesday, 16 February 2016

Menjaga keluarga ialah fitrah wanita.

Entri #87: Menjaga keluarga ialah fitrah wanita.
Sumber: Buku Rumah kecil di Jabal Uhud tulisan Puan Roza Roslan

Saya terfikir, rumah adalah tempat paling selamat bagi wanita. Jika kita sibuk berjalan keluar ke tempat membeli belah, mata tidak terlepas daripada mengangan-angankan perhiasan dunia.

Jika kita sibuk bertandang ke rumah orang, mulut tidak lepas menceritakan kehebatan diri, harta benda dan pencapaian anak-anak. Lebih menakutkan apabila kita berkongsi cerita atau menyebarkan aib orang.

Paling tidak, telinga mendengar apa yang disebarkan oleh rakan. Kadangkala kita tidak mahu mendengar namun tidak pula mampu menolaknya.

Subhanallah! Sungguh, benar. Betapa beruntunglah apabila Allah memberikan wanita berakal yang berfikiran begitu. Betapa Allah mahu memelihara untuk meletakkan mereka sebagai wanita mulia penghuni syurga. Berapa ramai yang cerdik lagi berakal namun menolak fitrah wanita untuk menjaga rumahtangga?

Suri sekalian masih boleh mempunyai duit poket sendiri. Kita kayuh berusaha untuk bekerja dan bisnes dari rumah. Langkah pertama belajar dari 3 naskhah di bawah, sedang promosi Februari hanya rm50 harga mampu milik untuk kita..suri di rumah.

http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 9 February 2016

Sarung tangan murah, selesa dan diyakini menutup aurat.

Entri#: Sarung tangan murah, selesa dan diyakini menutup aurat.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Entri ini bukan bertujuan menjatuhkan pelbagai jenis dan jenama sarung tangan di luar sana. Ia bertujuan berkongsi testimoni dan pengalaman saya seadanya.

Baik, setelah mencuba pelbagai jenis sarung tangan termasuk yang kreatif berinovasi dengan penyangkut pada jari, kain lycra atau cotton, saya berbalik pada yang paling asas.

Seperti dalam gambar, sepasang hanya rm5. Kain nipis tak jarang dan selesa. Saya jahitkan getah separuh lilitan pada bahagian pergelangan tangan. Ukuran panjang adalah dari pergelangan tangan hingga melepasi siku. Jika sudah lusuh mahu beli lagi tiada masalah. Harga mampu milik.

Dengan tambahan cerut getah mengikut ukuran lengan saya sendiri, saya yakin dan selesa ia tak menggelungsur, tetap pada tempatnya, menutup aurat sepenuhnya dan lebih bersih. Kedudukan sarung tangan jari agak kehadapan memakan sebahagian tapak tangan. Agak tak praktikal untuk ibu beranak kecil seperti saya. Sarung tangan biasa kurang cerut, agak besar dan longgar. Asyik beranjak jauh dari bahagian pergelangan.

Begitulah suri di rumah, kita boleh berjimat mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Mesti tahu asas menjahit serba sedikit. Antara cantik bergaya, selesa dan syara'..kita utamakan yang lebih utama supaya hidup kita bahagia.

Eh, promosi ebook Februari..3 naskhah pada harga rm50. Kita berjuang setiap hari membantu suri keluar dari kepompong "tak tahu dari mana nak mula bisnes". Belajar dapatkan pendapatan rm10, 20, 50 hingga 100 sehari.

Thursday, 4 February 2016

Kelas urus akaun bisnes bekerja dari rumah skala kecil - Februari 2016

Entri #85: Kelas urus akaun bisnes bekerja dari rumah skala kecil - Februari 2016

Alhamdulillah.
Dua kelas masih dibuka pendaftaran, kelas secara online dan offline.
Pengesahan pendaftaran akan berakhir pada 10/2/16.


1. Kelas Asas Akaun secara online. Terdapat 2 tempat kosong lagi.
√ Tarikh: 14/02/16 Ahad
√ Masa: 9.30pg - 12.30tgh
√ Yuran: RM150
√ Modul 1: Basic book keeping. Bagaimana merekod buku simpan kira?
√ Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen, invois, cash, bil, resit, purchase order dan sebagainya.

2. Grup Coaching secara offline. Terdapat 3 tempat kosong lagi.
√ Tarikh: 13/02/16 Sabtu di Putrajaya.
√ Masa: 9.15am - 4pm
√ Yuran: RM250
√ Modul:
1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.



❶ Masalah rutin usahawan bisnes kecil
x Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes.
x Terlalu banyak kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes).
x Mencampur aduk wang syarikat dengan wang sendiri.
x Menggunakan wang syarikat / bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah.
x Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan.
x Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan.
x Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung.
x Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat.
x Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan. 
xxx Akhirnya, berpenat lelah berniaga tanpa hasil. Sampai bila boleh bertahan "saya berniaga suka-suka".

❷ Jika kalian kategori usahawan di atas
+ Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat.
+ Belajar buat bajet kewangan.
+ Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai.
+ Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji.
+ Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes.
+ Perlu tahu mana untung mana rugi.
+ Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adakah bisnes semakin untung atau semakin rugi.
+ Perlu tahu asas keluar masuk wang.
+ Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan.




❸ Sedikit ulasan peserta kelas ini
Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini. Berbaloi saya memandu jauh - jauh. Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.
Zunairah Abdul Ghani, Bisnes makanan - Ulasan lengkap DI SINI.


Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Azuriyah Mohamad, Bisnes kraf jahitan dari rumah - Ulasan lengkap DI SINI.


Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah. Kelas ini sangat memberikan kejutan!
Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.
Nurhidayah Bahari - Ulasan lengkap DI SINI.


Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.
Nazirah Bugal, Bisnes makanan dari rumah - Ulasan lengkap DI SINI.


Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya.  Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada.
Azlina Abd Aziz, Ulasan lengkap DI SINI.

BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri
Empat perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
Anys Idayu Zakaria, Bisnes buku secara sambilan - Ulasan lengkap DI SINI.



Jom daftar sementara masih ada tempat kosong, untuk daftar pilih sama ada wasap / pm / email saya di sini http://arbeeali.blogspot.my/p/hubungi-saya.html :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...