Friday, 22 January 2016

Kenapa saya pilih kelas belajar bina blog bisnes dan penulisan Abdr?

Entri #84: Kenapa saya pilih kelas belajar bina blog bisnes dan penulisan Abdr?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Abdr

Terdapat lambakan kelas blog di luar sana namun saya pilih Abdr kerana:

1) Soalan analisa bantu set tajuk dan fokus blog
1 set soalan analisa ini nampak remeh. Sebenarnya, ia bantu kenal diri, kemahiran dan minat kita. Bantu set tajuk dan fokus blog. Berapa ramai blogger di luar sana yang mengaku dalam penulisannya, "blog saya caca marba". Jangan begitu. Kita hidup atas muka bumi Allah ini.. semuanya bermatlamat. Fokus blog dikembangkan pula kepada label. Kita update blog bukan sekadar suka-suka.

2) Bonus 4 ebook.
Masa saya belajar dulu dapat 4 ebook sahaja. Kalian sekarang dapat 10 ebook tau. 

3) Dapat ebook asas blog.
Naskhah wajib baca dan khatam. Menerangkan teknik cara penulisan blog. Tulis dengan bahasa melayu formal. 1 entri eloknya berapa perenggan. 1 perenggan eloknya berapa ayat. Dalam 1 hari berapa lama diperuntukkan untuk blog. Update dengan matlamat yang jelas. 

4) Nota tutorial bergambar langkah demi langkah.
Kita akan dimasukkan dalam fb grup. Nota bergambar langkah demi langkah lengkap di situ. Bermula dengan cara create blog, setting layout, masukkan gambar dan keterangan produk.. sehingga sudah boleh mulakan bisnes online. 

5) Tiada tekanan / paksaan.
Tahu tak ada rakan Abdr yang bertahun-tahun masih belum tamat belajar. Sebab cikgu tak paksa. Kita bukan budak sekolah. Jangan begitu. Apa yang dimulakan mesti habiskan. Buat hingga balik modal duit ringgit yang kita belanjakan.

6) Boleh sesuaikan sendiri masa belajar.
Sebaik mendaftar, khatamkan ebook asas blog dan nota fb. Carilah masa yang kita selesa hatta jam 3 pagi.

7) Belajar secara online.
Semasa belajar, saya masih bekerja pejabat. Dengan tiga anak kecil, saya sukar hadir kelas blog di luar sana walaupun kedengarannya lebih menarik, lebih bombastik. Saya belajar secara online sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Teringat pensyarah saya, beliau mengambil PhD secara jarak jauh. Supervisor berada di US. Semua komunikasi menggunakan email. Beliau tamat dengan cemerlang.

8) Yuran seumur hidup.
Yuran RM300 itu meliputi kumpulan sokongan Abdr, soalan selepas tamat belajar, nota bisnes dan motivasi. Bermakna hubungan sesama Abdr tak tamat. Malah, ukhwah semakin kuat walau kami beroperasi hanya dari rumah.. kenal secara maya.

10) Boleh bertanya cikgu walau sudah tamat belajar.
Ini benar. Sudah 2 tahun saya tamat belajar tapi saya masih lagi bertanyakan itu ini kepada cikgu kelas..dengan percuma. Kita dan cikgu sudah umpama kawan. 

11) Automatik berada dalam komuniti kumpulan sokongan Abdr.
Berapa ramai ibu-ibu bekerja di rumah yang tersungkur dengan pembahagian masa, tenaga, emosi antara keluarga dan bisnes? Kita mesti tempatkan diri di kalangan rakan-rakan dari lubuk yang sama. Berkongsi rasa, ambil pengajaran, belajar baiki diri, bertenang-tenang urus kehidupan. Kita hidup tak lama kan..

12) Pautan dengan rakan Abdr bantu naikkan blog.
Di fb, Group Support Like (GSL) sangat terkenal naikkan reach fb kita. Bersatu padu like dan komen. Di blog, rakan-rakan Abdr dimestikan letak link rakan lain. Blog berbeza dengan fb. Satu klik di blog rakan boleh membawa klik ke blog kita.

13) Belajar bina blog berpengaruh bermanfaat.
Blog berpengaruh bermaksud blog yang menarik pembaca datang dan datang lagi. Pembaca ini kita tukar kepada customer melalui softselling. Menarik kan?

14) Jana wang dengan blog.
Mahu blog suka-suka atau blog yang boleh ditukarkan kepada wang? Sangat banyak jalannya. 
       - Kita boleh dapat tajaan produk / servis atau bayaran product review dari blog kita. 
       - Update yang konsisten dan bermatlamat boleh hasilkan ebook.
       - Ebook boleh ditukarkan kepada buku fizikal.
       - Penulisan artikel di majalah atau portal online.
       - Ghoswriting menulis kisah orang lain dan mendapat bayaran daripadanya. 

15) Kata carian blog.
Abdr mengajar pasakkan nama dan jenama di internet. Apabila orang google nama kita atau produk / servis, carian akan membawa ke blog kita. Blog kita juga berada di carian teratas, mukasurat pertama Google.

16) Peluang jadi pengurus online Abdr.
Tamat tugasan, sudah layak jadi pengurus online (PO). . Semua produk dan servis Abdr secara online iaitu:
       - Kelas blog bisnes dan penulisan
       - Ebook dan
       - Sewa tapak iklan. 

Saya sangat suka menjadi PO, kerana 
        - Paling utama ialah saya boleh mengusahakan kerja-kerja PO saya walau dari mana sekalipun.. di rumah, kampung atau bercuti bersama keluarga. 
         - Saya tak perlu fikir bubble wrap, bungkus dan pos. Semuanya produk digital / online. 
      - Belajar pendapatan lumayan RM10, 20, 30 hingga 100 sehari. Tak tipu. Saya pernah capai angka ratus dari rumah.

Baiklah, cuba google "umi arbee ali" atau "qaseh gold bangi" atau "susu kambing murah", di mana kami berada, pada tangga nombor berapa.

Kita tak mampu jumpa 100 pembeli sehari kan? Blog mampu tarik 100 pembaca sehari. Tukar pembaca kepada pembeli.




Tuesday, 19 January 2016

Abdr komuniti sokongan untuk ibu bekerja di rumah.

Entri #83: Abdr komuniti sokongan untuk ibu bekerja di rumah.
Pelajar: Rosilawati Wahid
Ulasan kelas blog bisnes penulisan
Blog: http://rosilawatiwahid.blogspot.my


Saya mula menulis blog dari tahun 2008 (mulanya di sini). Waktu itu tiada panduan, tiada komuniti, tiada cikgu yang membantu. Semuanya redah sendiri. Niat hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit dengan orang lain yang punya hobi dan minat yang sama.
Dari blog tersebut dapat berkenalan dengan sahabat baru yang rata-rata daripada minat yang sama. Sahabat baik dari Kota Kinabalu juga berjumpa di lapangan blog tersebut. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini.

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sejak 2012. Terpaksa berhenti kerja kerana anak-anak telah meningkat remaja dan perlukan perhatian yang lebih istimewa. Jadi saya rasakan saya perlu berada di dalam sebuah komuniti yang dapat membimbing, kumpulan yang merupakan kumpulan sokongan untuk membantu saya di dalam pengurusan sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah.

Sekitar penghujung Mac 2015 bermula daripada perkongsian rakan fesbuk (Cik Azue) berkenaan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) seterusnya membawa kepada perkenalan dengan cikgu Anys iaitu salah seorang pengurus online akademi bekerja dari rumah timbul minat untuk bergabung dengan komuniti ini.

Saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Terus mendaftar untuk menyertai akademi bekerja dari rumah bermula April 2015. Sejurus mendaftar saya menerima pautan untuk lima buah ebook. Saya juga diserap masuk ke dalam kumpulan akademi bekerja dari rumah kelolaan cikgu Anys.

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.

Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.

Kelas akademi bekerja dari rumah ini kerana ianya sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu Anys. 

Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan hariandan juga catatan pengalaman sebagai panduan

Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini. 
Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Kelas blog bisnes penulisan pilihan Puan Rosilawati ialah kelas popular sepanjang tahun. Kelas pakej belajar secara online dengan 10 naskhah ebook, nota tutorial bergambar, kumpulan sokongan ibu bekerja di rumah dan banyak lagi.



Saturday, 16 January 2016

Mencari penyewa Apartmen Sri Melor, Seksyen 5 Jalan Reko, Bangi.

Entri #82: Mencari penyewa Apartmen Melor, Seksyen 5 Jalan Reko, Bangi.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Google.

Rumah ini bukan sekadar sewakan rumah. Saya cuba beri kehidupan dan keselesaan kepada penyewa.
Sebaik dapat kunci, majlis doa selamat dan jamuan makan diadakan.

Jika lihat pada gambar, desain asal konsep dapur terbuka. Saya tambah dinding dan sliding door supaya tersorok dan kurang bau ketika memasak.

Box out awning untuk menambahkan ruang simpan barang / sidai baju.

[RUMAH UNTUK DISEWA]
Di Pangsapuri Melor, Seksyen 5, Bangi.
.
+ Tingkat 2
+ 750 sq ft
+ 3 bilik 2 bilik air
+ 1 unit carpark berbumbung
+ Gated & guarded
+ 24 hours security
.
+ Deposit 2 + 1
+ Minimum kontrak sewa 1tahun
+ Fully furnished :
   ✔2 set bedroom - queen (master & bilik 2)
   ✔1 set bedroom - single (bilik 3)
   ✔sofa 3+2+1, coffee table
   ✔tv panasonic & rak
   ✔peti ais 2pintu
   ✔fully auto mesin basuh
   ✔water heater di setiap bilik air
   ✔kitchen cabinet dengan hood & hob
   ✔3 box out awning
   ✔sliding divider door kitchen - hall
   ✔plaster ceiling
   ✔3 aircond point di hall, master & bilik

Nota:
- Penyewa berpindah kerja.
- Muslim, pembersih dan amanah sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh pm sy Umi 019-9353.481

Bersama kami bina blog berpengaruh. 1 blog sebagai tapak kedai online dan penulisan yang tukar pembaca kepada pembeli. Daftar kelas blog bisnes penulisan Abdr. Contoh blog yang saya bina seperti di bawah:
http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Monday, 11 January 2016

Berjimat dengan pad kain.

Entri #81: Berjimat dengan pad kain.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Antara cara kita kaum hawa boleh berjimat ialah gunakan pad kain ketika haid. Agak leceh perlu basuh dan macam orang lama lah.

Eh..pad kain sudah moden sekarang. Pelbagai warna, corak..memang geram tengok. Sangat sayang..automatik kita akan basuh, jemur dan lipat dengan rela hati.

Penjimatan itu ramai yang kata Allah hai berapa ringgit sangat setiap bulan? Usah ukur dari segi wang ringgit. Jumlah duit itu boleh bawa anak berjalan ke Muzium Putrajaya atau belanja keluarga makan di kedai atau beli keropok jadikan buah tangan bila bertandang ke rumah kawan. Tengok muka mereka seronoknya mereka kan..
Ada banyak di pasaran. Saya pilih Snowdrop. Beli semasa promosi lebih jimat.

Saya tak nafi..bekerja pejabat agak risau juga untuk pakai pad kain. Bekerja di rumah jika bocor, kain baju dalam almari kan tersedia dalam rumah. Bila-bila masa sahaja boleh tukar. Yang bocor boleh cepat-cepat basuh, tukar yang baru. Jadi kepada suri di rumah guna lah peluang emas ini, tukar kepada pad kain. Bekerja di rumah sangat banyak perkara boleh berjimat.

Rezeki umi~
Sudah lupa berapa harga sebungkus pad?

Habbatussauda' lancarkan haid. Ia ada dalam qaseh adinda di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Sunday, 10 January 2016

Abdr semuanya online.

Entri #80: Abdr semuanya online.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: akademibekerjadirumah.blogspot.my

Alhamdulillah, Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan kalian.
.
Kami bergabung dan berukhwah.
.
Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior.
.
Semuanya Online.
Online bermaksud:
1. Belajar bina blog/kedai secara online tanpa perlu keluar dari rumah.

Sudah tamat belajar, layak jadi rania Abdr. Mula berbisnes semua produk dan servis Abdr seperti di bawah:
2. Produk yang Abdr tawarkan ialah produk digital. Yakni Ebook (genre motivasi bekerja dari rumah) dan dropship pelbagai barangan makanan sunnah, buku, qaseh gold dan barangan anaedar.
3. Servis yang abdr tawarkan juga secara online. Yakni sewa tapak iklan di blog dan ebook untuk iklankan semua jenis perniagaan.

4. Tak perlu susah payah urus stok fizikal.
5. Tak perlu pening bungkus dan pos barang.
6. Belajar dan berbisnes di mana-mana sahaja.
.
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
--------------------------------------------------
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Tak ada dateline, tak ada kuota. Daftar bila-bila masa kalian bersedia.

Kelas bina blog bisnes dan dropship barangan qaseh gold anaedar di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my.

Sunday, 3 January 2016

Kenduri memanglah penat.

Entri #78: Kenduri memanglah penat.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Jam 10.30 malam, sedang saya kelam kabut mengemas rumah, membungkus sedikit makanan untuk diberi kepada jiran, kawan itu berkata "Kesian mesti b penat kan..ni yang tak seronok buat makan-makan di rumah". Ya memang penat, saya tak nafi. Tipulah jika tak penat. Kenduri memang letih. Persiapan sebelum, semasa, selepas. Itu sebab pertama kita tak suka mengadakan kenduri, tak suka tetamu datang rumah.
.
Kami sudah tiada masa. Beberapa hari lagi adik bongsu akan berangkat ke US menyambung pelajaran. Di mana lagilah, siapalah nak diharapkan jika bukan abang sulungnya. Maka Alhamdulillah majlis doa selamat kecil-kecilan di rumah kami, semua belanja juga tanggungan kami.
.
Kenduri selepas asar maka menu ringan nasi goreng kampung, ayam goreng, mihun/nasi soto, kuih koci, buah, teh tarik, air punch. Seperti biasa kami mesti sediakan kudapan anak-anak. Keropok keping, nugget, dadih. Selera anak tak sama dengan orang tua.
.
Saya teringat kata-kata Ustazah Norhafizah Musa. Harta yang ada kongsi. Sebagaimana sayangnya dia pada kereta baru Toyota Fortuner..kawan pinjam dan pulangkan dalam keadaan kotor bersepah. Sakitnya hati. Marah pada suami yang meminjamkan dan kawan yang meminjam. Episod pinjam meminjam berlangsung lagi dan lagi hingga sudah tak rasa apa-apa. Toyota Fortuner bukan hak mutlak aku. Terbit rasa syukur pula dapat membantu.
.
Juga teringat kata-kata arwah guru saya bila mana isterinya merungut asyik kenduri di rumah ini aje. Jiran, saudara rapat, kawan.. yang kurang mampu kerap minta ihsan menumpang majlis kahwin anak, aqiqah, korban di rumahnya. Walhal yang terbabit itu bukanlah anak atau adik beradik. Pujuk guru saya ringkas aje "kita hidup tak lama kan".
.
Dan teringat juga saya pada satu status fb (saya sudah lupa siapa bila di mana), bagaimana kita manfaatkan harta yang kita ada. Kereta besar mpv, rumah, duit..bagaimana kita menggunakannya untuk saham kita di sana.
.
Semasa majlis kahwin kita, orang lain juga berpenat lelah untuk kita sebelum semasa selepas. Kita pengantin usai majlis pergi outdoor photoshoot meninggalkan orang yang sama terkontang-kanting menyelesaikan kerja. Malamnya membuka hadiah. Esok harinya pergi honeymoon pula. Balik dari honeymoon rumah orang tua sudah berkeadaan asal.
.
Sungguh benar, saya masih seorang pendosa. Masih berusaha menepis segala bisikan jahat syaitan. Maka nota ini lebih kepada ingatan diri sendiri.
.
Sedikit tips..sebaik aje tamat majlis berusaha sedaya mampu kemas rumah, mop sapu vacuum lantai, basuh lap simpan periuk pinggan mangkuk, lap dapur. Pendek kata kembalikan semuanya kepada keadaan asal. Esok boleh mulakan hari baru dengan tenang dan teratur.
Makan minum tidur mandi anak-anak mesti dijaga sepanjang kenduri. Pandai-pandailah minta diri dari tetamu untuk uruskan anak. Mereka masih kecil tak faham..lapar haus mengantuk badan panas belengas akan mula berperangai. Kita jugaklah yang susah nanti.
.
Didoakan adik ipar dipermudahkan segala urusan di sana, selamat semuanya. Ingat Allah, jangan tinggal solat.
.
Mencari kumpulan sokongan ibu bekerja di rumah..bersama kami Abdr. Belajar buat blog hingga dapat berjualan secara online, dapat 10 ebook, sudah habis belajar masih boleh tanya cikgu. Boleh lihat sini blog yang saya usahakan sejak 2013 http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Saturday, 2 January 2016

Persiapan barang sekolah anak.

Entri #77: Persiapan baju sekolah anak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tahun 2016 ini Bahagia dilantik jadi pengawas. Ingatkan uniform baju kurung biru. Rupanya tak. Katanya guru besar nak kelainan supaya pengawas ada imej dan ketrampilan yang bagus. Salah satu usaha sekolah untuk cuba dapatkan sekolah berprestasi tinggi.
.
Ke sana sini mencari, keluar masuk banyak kedai..sebab tak ada pengalaman uniform selain baju melayu. Uniform gallery, hari-hari, pasaraya-mu, blitz, giant. Akhirnya beli semuanya di kaunselor. 3 helai kemeja putih, 1 vest, 1 tali leher, 1 skirt, sepasang baju melayu. Sepasang kasut, beg sekolah dan alat tulis stok setahun di uniform gallery. 5 tudung seperti tahun-tahun sebelum beli dari Kak Farha iwanakids.com.
.
Sedikit tips seeloknya beli di kedai sama supaya warna pakaian sepadan. Misalnya putih ada putih kuning, putih nila, putih mutiara. Biru tua ada gelap, lebih cerah, berkilat. Tudung seeloknya awning lembut..supaya mudah anak solat di sekolah. Balik dari sekolah, rendam pakaian putih dalam clorox sekejap sebelum basuh supaya warna kekal putih tak kusam.
.
Balik rumah proses alter pula yang kecil nak dibesarkan, labuh nak disingkatkan, jahit lencana tanda nama, potong lebihan benang. Butang di lengan kemeja agak susah dibuka jadi kami sepakat jahit butang katup. Lebih mudah buka tutup ketika wuduk di sekolah. Membasuh, sidai, gosok. Sudah tergantung elok sedia untuk dipakai..barulah lega hati ibu-ibu kan..
Sedikit tips warga Bangi boleh alter baju sekolah di Karysma. Servis yang sangat bagus. Jika beli di Kaunselor, mereka ada servis alter juga.
.
Buku-buku sekolah pula siap bertulis nama dan dibalut. Esok masuk tahun kedua saya menguruskan sendiri persekolahan anak.
.
Begitulah sayangnya kita kepada anak. Walau bukan semuanya baru, kita cuba adakan yang termampu. Jika bukan kita, siapa lagi yang mampu berikan kasih sayang dan ambil berat akan mereka?
Rasulullah SAW bersabda,
“Sayangilah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan disayangi oleh makhluk yang berada di langit”
(Riwayat Tabrani)
.
Buku 365 didik anak masih berbaki.
Promosi buka sekolah Qaseh junior dan Ige untuk anak-anak masih ada di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...