Monday, 11 January 2016

Berjimat dengan pad kain.

Entri #81: Berjimat dengan pad kain.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Antara cara kita kaum hawa boleh berjimat ialah gunakan pad kain ketika haid. Agak leceh perlu basuh dan macam orang lama lah.

Eh..pad kain sudah moden sekarang. Pelbagai warna, corak..memang geram tengok. Sangat sayang..automatik kita akan basuh, jemur dan lipat dengan rela hati.

Penjimatan itu ramai yang kata Allah hai berapa ringgit sangat setiap bulan? Usah ukur dari segi wang ringgit. Jumlah duit itu boleh bawa anak berjalan ke Muzium Putrajaya atau belanja keluarga makan di kedai atau beli keropok jadikan buah tangan bila bertandang ke rumah kawan. Tengok muka mereka seronoknya mereka kan..
Ada banyak di pasaran. Saya pilih Snowdrop. Beli semasa promosi lebih jimat.

Saya tak nafi..bekerja pejabat agak risau juga untuk pakai pad kain. Bekerja di rumah jika bocor, kain baju dalam almari kan tersedia dalam rumah. Bila-bila masa sahaja boleh tukar. Yang bocor boleh cepat-cepat basuh, tukar yang baru. Jadi kepada suri di rumah guna lah peluang emas ini, tukar kepada pad kain. Bekerja di rumah sangat banyak perkara boleh berjimat.

Rezeki umi~
Sudah lupa berapa harga sebungkus pad?

Habbatussauda' lancarkan haid. Ia ada dalam qaseh adinda di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

2 comments:

  1. Wah.. bagus ni sis.. mahal ke... susah x nak bsh..first time sy dengar ada org jual pad kain ni...saya pun nak share tip macam mana nak kekal sihat dengan cara selamat... jemput singgah sis... >>>Kekal Sihat Berseri dengan ayupureslim! <<<

    ReplyDelete
  2. Boleh ulangpakai..jadi balik modal. Basuh senang aje. Dan sangat selesa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...