Sunday, 3 January 2016

Kenduri memanglah penat.

Entri #78: Kenduri memanglah penat.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Jam 10.30 malam, sedang saya kelam kabut mengemas rumah, membungkus sedikit makanan untuk diberi kepada jiran, kawan itu berkata "Kesian mesti b penat kan..ni yang tak seronok buat makan-makan di rumah". Ya memang penat, saya tak nafi. Tipulah jika tak penat. Kenduri memang letih. Persiapan sebelum, semasa, selepas. Itu sebab pertama kita tak suka mengadakan kenduri, tak suka tetamu datang rumah.
.
Kami sudah tiada masa. Beberapa hari lagi adik bongsu akan berangkat ke US menyambung pelajaran. Di mana lagilah, siapalah nak diharapkan jika bukan abang sulungnya. Maka Alhamdulillah majlis doa selamat kecil-kecilan di rumah kami, semua belanja juga tanggungan kami.
.
Kenduri selepas asar maka menu ringan nasi goreng kampung, ayam goreng, mihun/nasi soto, kuih koci, buah, teh tarik, air punch. Seperti biasa kami mesti sediakan kudapan anak-anak. Keropok keping, nugget, dadih. Selera anak tak sama dengan orang tua.
.
Saya teringat kata-kata Ustazah Norhafizah Musa. Harta yang ada kongsi. Sebagaimana sayangnya dia pada kereta baru Toyota Fortuner..kawan pinjam dan pulangkan dalam keadaan kotor bersepah. Sakitnya hati. Marah pada suami yang meminjamkan dan kawan yang meminjam. Episod pinjam meminjam berlangsung lagi dan lagi hingga sudah tak rasa apa-apa. Toyota Fortuner bukan hak mutlak aku. Terbit rasa syukur pula dapat membantu.
.
Juga teringat kata-kata arwah guru saya bila mana isterinya merungut asyik kenduri di rumah ini aje. Jiran, saudara rapat, kawan.. yang kurang mampu kerap minta ihsan menumpang majlis kahwin anak, aqiqah, korban di rumahnya. Walhal yang terbabit itu bukanlah anak atau adik beradik. Pujuk guru saya ringkas aje "kita hidup tak lama kan".
.
Dan teringat juga saya pada satu status fb (saya sudah lupa siapa bila di mana), bagaimana kita manfaatkan harta yang kita ada. Kereta besar mpv, rumah, duit..bagaimana kita menggunakannya untuk saham kita di sana.
.
Semasa majlis kahwin kita, orang lain juga berpenat lelah untuk kita sebelum semasa selepas. Kita pengantin usai majlis pergi outdoor photoshoot meninggalkan orang yang sama terkontang-kanting menyelesaikan kerja. Malamnya membuka hadiah. Esok harinya pergi honeymoon pula. Balik dari honeymoon rumah orang tua sudah berkeadaan asal.
.
Sungguh benar, saya masih seorang pendosa. Masih berusaha menepis segala bisikan jahat syaitan. Maka nota ini lebih kepada ingatan diri sendiri.
.
Sedikit tips..sebaik aje tamat majlis berusaha sedaya mampu kemas rumah, mop sapu vacuum lantai, basuh lap simpan periuk pinggan mangkuk, lap dapur. Pendek kata kembalikan semuanya kepada keadaan asal. Esok boleh mulakan hari baru dengan tenang dan teratur.
Makan minum tidur mandi anak-anak mesti dijaga sepanjang kenduri. Pandai-pandailah minta diri dari tetamu untuk uruskan anak. Mereka masih kecil tak faham..lapar haus mengantuk badan panas belengas akan mula berperangai. Kita jugaklah yang susah nanti.
.
Didoakan adik ipar dipermudahkan segala urusan di sana, selamat semuanya. Ingat Allah, jangan tinggal solat.
.
Mencari kumpulan sokongan ibu bekerja di rumah..bersama kami Abdr. Belajar buat blog hingga dapat berjualan secara online, dapat 10 ebook, sudah habis belajar masih boleh tanya cikgu. Boleh lihat sini blog yang saya usahakan sejak 2013 http://qasehgoldbangi.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...