Saturday, 2 January 2016

Persiapan barang sekolah anak.

Entri #77: Persiapan baju sekolah anak.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Tahun 2016 ini Bahagia dilantik jadi pengawas. Ingatkan uniform baju kurung biru. Rupanya tak. Katanya guru besar nak kelainan supaya pengawas ada imej dan ketrampilan yang bagus. Salah satu usaha sekolah untuk cuba dapatkan sekolah berprestasi tinggi.
.
Ke sana sini mencari, keluar masuk banyak kedai..sebab tak ada pengalaman uniform selain baju melayu. Uniform gallery, hari-hari, pasaraya-mu, blitz, giant. Akhirnya beli semuanya di kaunselor. 3 helai kemeja putih, 1 vest, 1 tali leher, 1 skirt, sepasang baju melayu. Sepasang kasut, beg sekolah dan alat tulis stok setahun di uniform gallery. 5 tudung seperti tahun-tahun sebelum beli dari Kak Farha iwanakids.com.
.
Sedikit tips seeloknya beli di kedai sama supaya warna pakaian sepadan. Misalnya putih ada putih kuning, putih nila, putih mutiara. Biru tua ada gelap, lebih cerah, berkilat. Tudung seeloknya awning lembut..supaya mudah anak solat di sekolah. Balik dari sekolah, rendam pakaian putih dalam clorox sekejap sebelum basuh supaya warna kekal putih tak kusam.
.
Balik rumah proses alter pula yang kecil nak dibesarkan, labuh nak disingkatkan, jahit lencana tanda nama, potong lebihan benang. Butang di lengan kemeja agak susah dibuka jadi kami sepakat jahit butang katup. Lebih mudah buka tutup ketika wuduk di sekolah. Membasuh, sidai, gosok. Sudah tergantung elok sedia untuk dipakai..barulah lega hati ibu-ibu kan..
Sedikit tips warga Bangi boleh alter baju sekolah di Karysma. Servis yang sangat bagus. Jika beli di Kaunselor, mereka ada servis alter juga.
.
Buku-buku sekolah pula siap bertulis nama dan dibalut. Esok masuk tahun kedua saya menguruskan sendiri persekolahan anak.
.
Begitulah sayangnya kita kepada anak. Walau bukan semuanya baru, kita cuba adakan yang termampu. Jika bukan kita, siapa lagi yang mampu berikan kasih sayang dan ambil berat akan mereka?
Rasulullah SAW bersabda,
“Sayangilah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan disayangi oleh makhluk yang berada di langit”
(Riwayat Tabrani)
.
Buku 365 didik anak masih berbaki.
Promosi buka sekolah Qaseh junior dan Ige untuk anak-anak masih ada di sini http://qasehgoldbangi.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...