Thursday, 4 February 2016

Kelas urus akaun bisnes bekerja dari rumah skala kecil - Februari 2016

Entri #85: Kelas urus akaun bisnes bekerja dari rumah skala kecil - Februari 2016

Alhamdulillah.
Dua kelas masih dibuka pendaftaran, kelas secara online dan offline.
Pengesahan pendaftaran akan berakhir pada 10/2/16.


1. Kelas Asas Akaun secara online. Terdapat 2 tempat kosong lagi.
√ Tarikh: 14/02/16 Ahad
√ Masa: 9.30pg - 12.30tgh
√ Yuran: RM150
√ Modul 1: Basic book keeping. Bagaimana merekod buku simpan kira?
√ Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen, invois, cash, bil, resit, purchase order dan sebagainya.

2. Grup Coaching secara offline. Terdapat 3 tempat kosong lagi.
√ Tarikh: 13/02/16 Sabtu di Putrajaya.
√ Masa: 9.15am - 4pm
√ Yuran: RM250
√ Modul:
1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.



❶ Masalah rutin usahawan bisnes kecil
x Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes.
x Terlalu banyak kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes).
x Mencampur aduk wang syarikat dengan wang sendiri.
x Menggunakan wang syarikat / bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah.
x Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan.
x Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan.
x Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung.
x Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat.
x Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan. 
xxx Akhirnya, berpenat lelah berniaga tanpa hasil. Sampai bila boleh bertahan "saya berniaga suka-suka".

❷ Jika kalian kategori usahawan di atas
+ Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat.
+ Belajar buat bajet kewangan.
+ Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai.
+ Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji.
+ Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes.
+ Perlu tahu mana untung mana rugi.
+ Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adakah bisnes semakin untung atau semakin rugi.
+ Perlu tahu asas keluar masuk wang.
+ Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan.




❸ Sedikit ulasan peserta kelas ini
Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini. Berbaloi saya memandu jauh - jauh. Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.
Zunairah Abdul Ghani, Bisnes makanan - Ulasan lengkap DI SINI.


Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Azuriyah Mohamad, Bisnes kraf jahitan dari rumah - Ulasan lengkap DI SINI.


Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah. Kelas ini sangat memberikan kejutan!
Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.
Nurhidayah Bahari - Ulasan lengkap DI SINI.


Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.
Nazirah Bugal, Bisnes makanan dari rumah - Ulasan lengkap DI SINI.


Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya.  Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada.
Azlina Abd Aziz, Ulasan lengkap DI SINI.

BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri
Empat perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
Anys Idayu Zakaria, Bisnes buku secara sambilan - Ulasan lengkap DI SINI.



Jom daftar sementara masih ada tempat kosong, untuk daftar pilih sama ada wasap / pm / email saya di sini http://arbeeali.blogspot.my/p/hubungi-saya.html :)





2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Hello, i am Puan Nelly Precious, pemberi pinjaman pinjaman peribadi yang memberi hidup, pinjaman alternatif. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Ia kelihatan tidak lebih, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda pada masa lalu. Kami pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam kadar perniagaan 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menjadikan dipercayai dan penerima bantuan kewangan, dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...