Tuesday, 9 February 2016

Sarung tangan murah, selesa dan diyakini menutup aurat.

Entri#: Sarung tangan murah, selesa dan diyakini menutup aurat.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Entri ini bukan bertujuan menjatuhkan pelbagai jenis dan jenama sarung tangan di luar sana. Ia bertujuan berkongsi testimoni dan pengalaman saya seadanya.

Baik, setelah mencuba pelbagai jenis sarung tangan termasuk yang kreatif berinovasi dengan penyangkut pada jari, kain lycra atau cotton, saya berbalik pada yang paling asas.

Seperti dalam gambar, sepasang hanya rm5. Kain nipis tak jarang dan selesa. Saya jahitkan getah separuh lilitan pada bahagian pergelangan tangan. Ukuran panjang adalah dari pergelangan tangan hingga melepasi siku. Jika sudah lusuh mahu beli lagi tiada masalah. Harga mampu milik.

Dengan tambahan cerut getah mengikut ukuran lengan saya sendiri, saya yakin dan selesa ia tak menggelungsur, tetap pada tempatnya, menutup aurat sepenuhnya dan lebih bersih. Kedudukan sarung tangan jari agak kehadapan memakan sebahagian tapak tangan. Agak tak praktikal untuk ibu beranak kecil seperti saya. Sarung tangan biasa kurang cerut, agak besar dan longgar. Asyik beranjak jauh dari bahagian pergelangan.

Begitulah suri di rumah, kita boleh berjimat mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Mesti tahu asas menjahit serba sedikit. Antara cantik bergaya, selesa dan syara'..kita utamakan yang lebih utama supaya hidup kita bahagia.

Eh, promosi ebook Februari..3 naskhah pada harga rm50. Kita berjuang setiap hari membantu suri keluar dari kepompong "tak tahu dari mana nak mula bisnes". Belajar dapatkan pendapatan rm10, 20, 50 hingga 100 sehari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...