Thursday, 21 April 2016

Beri makan burung unta di Jelita Ostrich Farm.

Entri #98: Beri makan burung unta di Jelita Ostrich Farm.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Hujung minggu lepas kami ke Jelita Ostrich Farm, Ampangan, Negeri Sembilan. Anak-anak berpakaian sukan lengkap seperti diberitahu suami. Kami bertolak usai sarapan di rumah, bawa bersama bekal makan nasi goreng, nugget, biskut, qoqo stevia ais, ais kosong. Qoqo stevia wajib..kesukaan anak-anak, pemberi tenaga segera sebab mengandungi kurma. Sesudu qaseh sebelum sarapan juga wajib. Dari Bangi kami berkereta melalui highway LEKAS. Memang lekas lah tak sempat anak-anak makan biskut sudah sampai. Seperti biasa saya dan anak-anak tak tahu kemana nak dibawa. Ia kejutan!

Tiket masuk dewasa ialah rm20 seorang dan rm8 untuk kanak-kanak. Sebungkus kecil jagung rm1. Sepanjang di sini ada pekerja yang mengiring dan memberi penerangan. Banyak aktiviti di sini belajar tentang burung unta, memberi makan burung unta, kambing dan kuda, menunggang burung unta dan kuda, berdiri di atas telur. Anak-anak walau takut tetap mencuba. Kata suami atasi rasa takut supaya kita jadi orang berani. Rasa geli bila burung unta usia setahun ke bawah makan jagung dari tangan kita. Tapi rasa dicubit jika ia lebih besar. Kambing? Penuh air liur di tangan!

Terletak berhampiran ialah Pejabat Veterinar dan padang menunggang kuda. Seronok anak-anak tengok rusa bintik, lembu bali, landak, burung dan kuda. Kami jarang berjalan-jalan di pasaraya membeli belah. Lebih memilih aktiviti luar seperti ini.

Daging burung unta ada dijual rm90 1kg. Dipaketkan 1kg dan ½kg. Sebiji telur burung unta rm80. Juga ada pelbagai cenderamata.

Sempat juga saya edar flyers qaseh anaedar dan susu kambing bajet. Suri bekerja dan bisnes dari rumah tak ada cuti. Sepanjang masa bekerja. Yang seronoknya kita boleh adjust masa.

Balik rumah, kami tebuk telur dengan pembuka tin dapat hampir sebekas. Tu dia tak boleh main ketuk ketuk pecah dalam mangkuk..tak pecah pon! Isipadu sebiji telur menyamai hampir 30 biji telur ayam. Tak payah beli stok telur sebulan hihihi. Berbanding telur ayam, ia lebih banyak kuning dari putih, lebih kenyal, kurang hanyir, memakannya perut lebih kemas dan kenyang. Sudah masak pelbagai lauk telur, masih lagi berbaki ¼ dalam peti ais. Telur dadar, telur bungkus, sambal telur, puding, kuih, jemput, dalca parpu..nak masak menu apa lagi?

http://qasehgoldbangi.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...