Wednesday, 6 April 2016

Selamat pengantin baru Imah dan suami.

Entri #95: Selamat pengantin baru Imah dan suami.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Bulan lepas kami ke Kota Tinggi. Walimah Imah, sepupu saya. Imah anak bongsu dalam keluarga mak saudara saya. Seorang jururawat. Bertemu jodoh dengan seorang polis. Semulajadi cantik tinggi lampai, usai berdandan makin cantik berseri.

Petangnya bila tetamu sudah beransur kurang, dapatlah duduk berehat. Berbual dengan Yani, kakaknya Imah. Yani yang sangat rajin mengemas dan membersihkan rumah ibunya. Sangat menyantuni tetamu dan saudara mara yang datang. Yang membuat saya terharu, Yani suka membaca blog saya. Sesekali dia teringatkan blog saya bila sudah lama tak melawatnya. Katanya ia bukan sekadar sembang kosong tetapi berkongsi idea, ilmu dan sebagai kedai online yang menjadi rujukannya. Ia umpama memberi makna dan coretan dari hati. Biiznillah.

Kita menjana wang dengan blog, dalam diam kita mengumpul tribe atau pembaca seperti ini. Lewat entri-entri kita, pembaca rasa selesa, akan datang membaca, lagi dan lagi. Pembaca ini kita tukar kepada pelanggan. Ini yang kita belajar dalam blog penulisan.

Sebagai blog bisnes pula mesti tampak jelas pada mata kasar, ia berfungsi sebagai kedai online yang lengkap. Segala apa yang pelanggan nak tahu dan apa yang kita mahu terangkan pada pelanggan ada di situ. Ini yang kita belajar dalam blog bisnes.

Mesti mesti mesti habiskan 44 entri tugasan supaya idea menulis blog meluncur laju dan ini yang bakal menolak blog kita ke carian google teratas. Ibarat ibu berpantang 44 hari. Hari ke 45 masih sapu minyak panas dan berbengkung sebab sudah alah bisa tegal biasa, rasa tak selesa tanpa bengkung. Yang luka sudah sembuh, yang kendur sudah tegang ke atas.

Belakang pisau jika diasah akan tajam jua. Jana wang dengan blog dari rumah, dari kampung, dalam perjalanan, sedang kenduri, sedang rewang, dari mana-mana sahaja.

Tahniah Imah dan suami. Selamat pengantin baru. Selamat melangkah ke alam baru. 💑

Terima kasih Yani. Didoakan Yani murah rezeki, kuat semangat dan usaha berterusan tanpa jemu mengusahakan bisnes online. Kedai online Yani DI SINI.

Lawati http://qasehgoldbangi.blogspot.my untuk freegift set memanah dengan set famili qaseh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...