Wednesday, 29 June 2016

Ruang solat di rumah.

Entri #102 : Ruang solat di rumah.
Teka oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Mak pesan setiap orang Islam mesti ada ruang solat di rumah.

Kita tidur dua kali sehari. Sekali pada waktu malam. Sekali tidur qailulah pada waktu siang. Untuk tidur itu, kita ada bilik tidur, katil tilam empuk, selimut lembut dan bantal busuk.

Kita solat lima kali sehari. Persiapan untuk solat mestilah lebih lagi.

Ini ruang solat rumah kecil kami. Kebiasaannya dijadikan ruang makan. Dalam pelan asal rumah oleh pemaju juga sama. Kami alih meja makan ke dapur dan jadikan ruang solat.

Ruang solat juga ruang serbaguna. Belajar dan mengajar anak mengaji, buat kerja sekolah, belajar, mengulangkaji, membaca buku cerita bergolek bermain dengan anak, ruang tidur tetamu (yang tak nak tidur dalam bilik katanya). Tetamu tumpang solat..ye ok silakan.

Walau kecil namun sejak ruang ini ada rasa sangat bahagia. Berkat ikut pesan mak. Sayang mak selamanya.

Hadiahkan qaseh premier kepada mak ayah supaya pembuangan mereka lebih lawas DI SINI --->> http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Tuesday, 21 June 2016

Rezeki Allah luas. Makin ramai yang menjual, makin rendah kos marketing kita.

Entri #101 : Rezeki Allah luas. Makin ramai yang menjual, makin rendah kos marketing kita.
Sumber : Halaman 116, Buku Bisnes cara kami, Rafie Ramli dan Felinna Nadea Ed Fatah

Ramai yang cakap, makin ramai orang menjual sesuatu produk, maka makin kurang potensi untuk mereka berjaya.

Ini silap.

Sebenarnya, makin ramai orang jual produk tu, makin mudahlah kita nak menjual. Itu marketing tanpa kos.
Pertama, semestinya rezeki itu di tangan Allah.
Kedua, bila ramai yang menjual, produk tu akan kelihatan di mana-mana. Testimoni akan bertambah. Produk akan dapat iklan mulut ke mulut daripada pelanggan. Bila pelanggan makin ramai, penjual pun mestilah kena ramai untuk menampung permintaan. 

Rezeki Allah luas. Ramai mana pun penjual produk tu, akan ada lebih ramai pembeli juga. Jangan kita sempitkan fikiran dengan rasa dengki pada orang lain. Kita buka rezeki orang, Allah buka rezeki kita.

Kena sentiasa ingat, bisnes ni dakwah kita. Contoh diri saya, produk Qaseh menggalakkan dan memudahkan orang membudayakan makanan sunnah. Produk servis Abdr untuk buka ruang dan peluang lebih ramai orang belajar buat kedai online dan promosikan bisnes secara online akses dari mana-mana aje.

Produk sama.
Usaha berbeza.
Dakwah pon berbeza.
Hubungan dengan Allah lagilah berbeza.

Stok Bisnes Cara Kami (BCK) masih ada. RM35 termasuk pos. Combo BCK (BCK dan planner) RM73 termasuk pos.


Monday, 6 June 2016

Saya mahu jaga ibu bapa saya.

Entri #100 : Saya mahu jaga ibu bapa saya.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbeeali

Dah jatuh dah! Pakcik itu memang benar-benar telah jatuh! Suami saya sibuk menyediakan kerusi untuknya. Memegang lengan dan tongkat dan menyuruh dia duduk. Kemudian mengangkat bungkusan plastik makanan yang jatuh di atas lantai. Sebaik diangkat, kuah sup tumpah ke atas lantai. Banyak juga. Saya nampak ayam goreng terendam dalam kuah sup. Sudah tak garing kulit luarnya. Sudah tak sedap.

Tukang kedai mengarahkan diganti baru. Saya lihat suami bungkuskan kuah sup ayam dan sambal belacan. Suami masukkan semua lauk sup ayam, ayam goreng, sambal belacan dan sayur goreng ke dalam plastik merah baru.

Ketika cuba berdiri, terketar-ketar dia berpaut pada lengan suami sambil suami memeluknya. Sampai di lantai yang sedikit curam kira-kira 35° dia berkata "di sinilah yang saya tak boleh. Tadi tu jika saya tak lepaskan makanan maka saya yang jatuh."

"Saya begini sebab strok. Saya boleh drive. Tapi dari duduk ke berdiri susah sikit ambil masa dan tak berapa stabil bila berjalan. Sebelah kiri badan tak berapa kuat". Pakcik itu berlalu pergi dengan kereta besar mewahnya. Sempat dia berpesan "Jaga makan. Dah jadi macam saya susah.."

Pada awal tiba di kedai, saya nampak pakcik itu ketika suami menegur "jaga beg tu kena orang". Dia di celah-celah ramai orang turut sama mencedok lauk makan tengahari. Suasana yang sibuk kalut. Masing-masing lapar nak makan. Cuaca panas berpeluh nak air sejuk campur ais. Bezanya dia melangkah mengangkat kaki perlahan, sebelah tangan memegang tongkat. Bila kedua-dua tangan buat kerja, tongkat disandarkan pada almari lauk. Beberapa kali juga dia ditempuh orang. Orang-orang yang masih kuat bertenaga ligat buat kerja.

Dia membayar dan menuju ke kereta. Kemudian dia berpusing dan melihat orang seperti nak menyatakan sesuatu. Saya senyum dan angkat kening tanya perlu apa-apa. Dia hanya membalas senyuman saya. Semasa suami membayar, suami mengarahkan saya ambil teh tarik bungkus di kaunter air. Saya tinggalkan pakcik itu di situ masih berdiri dengan baik beberapa langkah dari tempat curam itu. Sebaik berpaling dia sudah jatuh!

Kita yang melihat terdetik di mana anak dia, kenapa dibiarkan dia pergi beli makanan sendiri. Begitulah juga tanggapan orang lain bila melihat ibu ayah kita membuat apa-apa aktiviti sehari-hari di kampung. Sama aje 2 × 5. (Saya lah tu.)

Moga Allah ikhlaskan hati saya, dilimpahkan kasih sayang, diberikan kesempatan masa, kekuatan dan kesihatan badan untuk berbakti menjaga mak abah dan cek.
Walaupun saya sedia maklum..jaga 100 tahun pon takkan dapat membalas pengorbanan mereka.

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...