Thursday, 27 October 2016

Suri bekerja di rumah sempat tidur petang ke?

Entri #110 : Suri bekerja di rumah sempat tidur petang ke?
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Ramai beranggapan bekerja di rumah seronoklah waktu petang boleh tidur. Haha sepanjang siang di rumah saya tak tidur sebab inilah masa emas saya. Anak-anak sedang tidur jadi saya pilih kerja yang boleh siap dengan cepat. Saya baru aje selesai mop dan sapu lantai rumah. Kemudian saya bungkus barang untuk pos esok. Sambil bungkus, saya fikir menu pagi, tengahari dan malam untuk esok. Siap bungkus saya maklumkan nombor tracking pos kepada pelanggan dan rania. Harini 27haribulan..sebagai Stokis Qaseh Gold Ana Edar Bangi saya perlu on laptop..kemaskini jualan rania, buat laporan stokis dan kira jumlah jualan, jumlah mata. Lebih-lebih lagi bulan ini sedang berlangsung Duta Challenge 2016.

Bekerja di rumah adalah berkenaan multitasking dan urus masa. Tanpa perancangan boleh kecundang juga. Suri mesti cekap menentukan dan memilih
kerja ringan : lipat baju
kerja berat yang perlu selesai cepat : mop lantai
kerja penting : update blog, buat iklan fb
kerja yang mesti selesai dulu : anak menangis
kerja yang boleh sambil-sambil : basuh bilik air sambil mandi
kerja yang boleh tunggu tapi mesti buat harini : bungkus barang pos
Penentuan kerja ni bergantung pada suri. Setiap orang tak sama.

Ok..sudah azan Asar. Jom solat dulu. Lepas solat nak buat puding roti pula. Jadi macamana nak tidur petang...?

Daftar Duta Challenge 2016 di sini Qaseh Gold Bangi.

Monday, 24 October 2016

Ghibah (mengumpat) dan memfitnah.

Entri #109 : Ghibah (mengumpat) dan memfitnah.
Sumber : Mukashafah al-Qulub

Nabi bersabda:
"Ghibah itu menuturkan keburukan saudaramu sama ada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju selendang atau tunggangannya."

Hingga setengah orang dahulu berkata, "Jika kau katakan pakaian: pakaian si fulan besar atau kecil, itu termasuk ghibah. Apa lagi kalau kau sebut sesuatu yang menyakitkannya."

Dirawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk suatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah, pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpatnya hai Aisyah!" Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Jangan kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan: Doanya tidak dikabulkan, kebaikannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpat."

Dirawikan dari Jabir bin Abdullah al-Anshari ra: Angin ghibah itu telah menghembus di zaman Rasulullah SAW tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana bau busuk. Pada hal penghuninya makan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikian halnya soal ghibah di zaman kita.

Berkata Ka'ab ra: Kubaca sebahagian kitab, "Siapa mati bertaubat dari ghibah, ia orang terakhir masuk syurga. Siapa mati biasa berghibah, ia orang pertama masuk neraka." Allah SWT berfirman:
"Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela." Al-Humazah: 1

Ayat ini turun pada Walid bin Mughirah di mana dia mengumpat kepada Nabi SAW di muka umum. Boleh jadi sebabnya bersifat khusus dan ancamannya bersifat umum. Rasulullah SAW bersabda:
"Takutlah ghibah. Ia lebih kotor daripada zina. Mereka bertanya, Bagaimana ia lebih kotor dari zina?" Nabi SAW menjawab, "Seseorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali telah dimaaf oleh yang diumpat."

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat, agar keluar dari hak Allah. Kemudian minta halal atas kezalimannya terhadap orang yang telah diumpat. Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah akan memindahkan muka ke duburnya di hari Kiamat."

Blog berpotensi menjana pendapatan bukan angan-angan jika kita tahu gunakan dengan cara yang betul, menulis dan berkongsi benda yang baik. Daftar bila mana bersedia. #teamabdr http://qasehgoldbangi.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...