Tuesday, 13 December 2016

Kerja menjahit di rumah; kelas menjahit, menjahit kraf dan menjahit baju.

Entri #115: Kerja menjahit di rumah; kelas menjahit, menjahit kraf dan menjahit baju.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr

Untuk mak-mak yang pilih bidang jahitan sebagai sumber rezeki, ini ilmu yang sangai baik untuk kalian. 3 daripada 13 supermak ni menjahit sebagai hobi dan sumber rezeki di rumah. Ketiga-tiga mereka berkongsi cerita di bawah:

Dila Aris - kelas jahitan
Nelly Sofni Azmi - jahitan kraf
Norzaihana Che Hashim - jahitan baju

Bagaimana mula-mula terjebak dengan menjahit.
Kemahiran dan latihan yang dipunyai.
Produk dan servis yang ditawarkan.
Pengalaman pahit manis sepanjang menjahit.
Idola bisnes dan kumpulan sokongan yang disertai.
Bagaimana kekalkan semangat dan strategi menjahit.
Cabaran menguruskan rumahtangga, mengurus pelanggan dan mengurus bisnes jahitan.

Dila Aris - pengalaman 5 tahun mengajar menjahit
Saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelas kemahiran menjahit kecuali di Baitulmal (setiap Sabtu selepas kerja- hanya 2jam setiap sesi belajar membuat baju kebarung), itu pun cuma 4 kali Sabtu sahaja. Kini saya mengadakan Kelas Jahitan secara intensif yang.memakan masa hanya beberapa hari sahaja untuk menyiapkan sepasang baju. Kelas jahitan intensif ini dijalankan hanya di rumah supaya saya dapat menguruskan sendiri anak-anak seramai 5 orang( kini 2 orang di asrama) dan dalam masa yang sama dapat menguruskan kerja-kerja rumah. Berdisiplin, berilmu serta fokus adalah 3 faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan.

Nelly Sofni Azmi - pengalaman 8 tahun menjahit kraf
Pada pembabitan awal mengusahakan bisnes ini adalah dorongan ahli keluarga terutama abah. Saya 
bermula dengan modal sendiri dari simpanan ketika masih bekerja. Dahulu macam-macam produk saya jual sebab tidak jumpa lagi minat dan kepandaian yang sebenar. Bezanya dulu saya jual produk 
orang tetapi kini menjual sepenuhnya brand saya sendiri iaitu Handmadehaus. Saya juga berjaya mengeluarkan produk atas jenama saya sendiri iaitu beg sejadah 2 in 1, produk yang paling laris ditempah. Alhamdulillah saya boleh menyimpan untuk masa depan saya sendiri tanpa perlu mengharap dari kewangan suami dan orang lain. Selain mempunyai jadual masa khas, agihan seimbang juga sangat perlu. Walaupun berniaga dari rumah kita mesti ada displin agar semuanya terurus dan siap pada waktunya.  

Norzaihana Che Hashim
Saya baru mula berjinak untuk mengambil tempahan dari jemaah surau. Itupun disebabkan  ada jubah yang saya pakai ramai yang berkenan sejak dari itu saya dikenali sebagai seorang tukang jahit. Syukur atas rezeki Allah selama 13 tahun saya menyewa, saya dan suami dapat membeli sebuah rumah teres setingkat. Di situlah saya menjadikan ruang jahitan dua mesin, ruang menjahit pakaian dan juga ruang untuk perbincangan bersama pelanggan. Rumah saya berhampiran dengan jalan besar, kenderaan lalu lalang sentiasa ada. Juga pemasaran bagi saya, pelanggan boleh nampak walaupun dalam kereta kerana ada papan tanda besar yang tertera "ANA TAILOR" pada pagar rumah. Alhamdulillah ramai pelanggan dari pelbagai bangsa Cina, India, Melayu apatah lagi. Saya bekerja seorang diri tanpa ada orang membantu, sambil menjaga 5 orang anak. Tetapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya, suami sibuk dengan kerjanya tidak ada masa untuk membantu. Atur  masa sebaik-baiknya. 

Semuanya dilambakkan dalam ebook 126 mukasurat Inspirasi Bekerja Di Rumah. Bacalah.


Wednesday, 7 December 2016

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah.

Entri #114: Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr


Ibu-ibu kerap dilema antara kerja atau keluarga. Gaji atau anak. Nak berhenti tapi takut-takut. Nak berniaga apa? Boleh ke urus bisnes dan keluarga dalam masa sama? Macam-macam fikir hingga sampai sudah tak berhenti juga.

Suka juga kita ibu-ibu ni menemuramah mereka yang lebih dulu berpengalaman berhenti dan bekerja di rumah. Cerita resign, cerita mereka menjual barang, cerita berapa income. Dan mula lah mengukur kemampuan dan kemahuan diri.

Daripada bertanya-tanya dan kemudiannya emosi, apa kata baca diam-diam perkongsian ini kisah 28 inspirasi mama bekerja di rumah. Baca dengan tenang. Fikir dengan waras. Juga motivasi buat ibu-ibu yang sedang bekerja di rumah. Perhatikan usaha dan cekalnya mereka.

Setiap bidang, masalahnya berbeza. Teroka dulu dunia pilihan kalian melalui kisah 13 daripada 28 mama. Yang mana sama pilihan bidang dengan anda? Pro dan kontra?

1. Dila Aris – Jahitan
2. Fidawati Osman – Kek dan pastry
3. Hayati Mohid – Peniaga jalanan
4. Irdarina – Buku Islamik
5. Lela Khalil – Tart shell
6. Mazlina Omar – Tuisyen
7. Mimi Rahim – Perunding hartanah
8. Nasriah Abdullah – Berniaga bazaar
9. Nelly Sofia – Jahitan dan kraf
10. Norzaihana – Jahitan
11. Norhafizah Mohd Hadi – Tudung online
12. Tuan Fadzillah Tuan Sulaiman – Tudung dan borong telekung solat
13. Yusnida Tajudin - Tuisyen

Bekerja di rumah bukan bulan dan bintang. Bukan juga terjun tiruk mahu berhenti. Tahu caranya, boleh diusahakan. Naskhah ini membawa maksud bekerja di rumah sebenarnya tak susah pon, mesti cekal, kuat berusaha dan berusahalah dengan bijak.

Kisah saya juga terselit di situ dalam Yeay Mama sudah resign.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...