Friday, 29 September 2017

Resepi lobster butter cheese dan sup lobster.

Entri #140: Resepi lobster butter cheese dan sup lobster.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Sudah jadi kebiasaan, kak b masak lebih dari satu menu untuk satu jenis bahan yang dibeli. Misalnya kak b beli sekilogram sotong. Harini masak sambal, sebahagian simpan. Selang beberapa hari, masak ketupat sotong. Kepala sotong biasanya kak b simpan untuk ditambah dalam nasi goreng, mihun goreng atau mee sup. Kak b jarang habiskan sekilogram sotong yang dibeli untuk satu jenis lauk sahaja.

Rezeki Allah bagi suami memancing di Mersing dapat seekor udang kara (lobster). Suami pesan masak butter cheese. Tak usah berempah nanti tak rasa manis isinya.

Tengahari kak b keluarkan dari peti ais. Biarkan defrost tanpa rendam supaya tak hilang manis udang. Susah payah menyiangnya guna gunting dan pisau seramik. Kulitnya keras mak ai. Tengok dalam youtube tak susah begini. Berjaya juga siang tanpa bercerai kepala dari badan. Tapi gagal bahagian masukkan kembali kulit ekor dan kepala. Lumur dengan bawang putih tumbuk, butter, cream, pepper, garam dan tabur cheese. Link youtube siang lobster klik di sini.

Dulu pernah masak lobster tapi hasil mengecewakan isi keras terlebih masak. Kalini berhati-hati. Guna microwave oven yang dah berusia hampir 10 tahun. Tekan fungsi grill nombor 2-lobster dengan berat 300 gram. Rak rendah dengan fungsi api atas dan microwave selama 10 minit. Alhamdulillah juicy isinya sedang elok masak.

Esok, kak b masak sup lobster. Kikis baki isi  di badan dan kulit. Ketuk kaki lobster dan ambil isi dalam. Kemudian tumbuk.
1. Tumis bawang putih tumbuk, cili padi.
2. Masuk air, baki air gril lobster, isi lobster yang ditumbuk, asam jawa, fucuk dan su'un yang direndam, kiub ayam, five spice chinese herbs.
3. Masuk sawi, tomato ceri, gula garam.

Pelbagaikan masakan daripada satu jenis bahan mentah yang dibeli. Ini cara kak b berjimat di rumah.

Umi arbee ali
Pisau seramik tu kak b jual rm15 aje. Kecil pelbagai guna kupas bawang boleh, siang lobster pon boleh.

Wednesday, 27 September 2017

Resepi jemput roti manis atau cekodok roti manis.

Entri #139: Resepi jemput roti manis atau cekodok roti manis.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Roti yang tak habis atau hampir tarikh luput jangan buang. Apa jua jenis roti sama ada roti gardenia putih, butterscotch, choc raisin, roti inti kaya atau roti kentang. Kak b akan cepat-cepat ambil dan simpan dalam peti ais. Suhu sejuk menjadikan roti yang sudah melepasi tarikh luput sekadar 2, 3 hari masih berkeadaan elok belum berkulat. Ini antara cara kak b berjimat di rumah.

1. Koyakkan roti kepada cebisan kecil.
2. Campur tepung gandum, air, telur, sedikit susu pekat, garam.
3. Goreng hingga masak.

Kami biasa makan ini untuk sarapan pagi. Kak b sediakan adunan pada malamnya dan simpan dalam peti ais. Satu idea sarapan ringkas dan cepat disediakan.

Umi arbee ali
Sarapan dengan susu kambing.

Tuesday, 19 September 2017

Tambah isi bantal daripada tilam toto kekabu lama.

Entri #138: Tambah isi bantal daripada tilam toto kekabu lama.
Teks oleh: Umi arbee ali
Gambar oleh: Umi arbee ali

Tilam toto kekabu ni kak b guna sudah lebih 10 tahun. Sudah nipis jika dibentang atas lantai. Di tengah-tengah hanya tinggal kain. Isi kekabu sudah lari berkumpul di tepi.

Penghujung nasibnya, biasa kita nampak di tepi tong sampah. Menunggu masa diangkut lori sampah. Atau dibakar berkepul-kepul asapnya. Atau terperuk disimpan di sudut paling malap dalam rumah sendiri bertahun-tahun tak diusik. Nak dibuang sayang. Nak disimpan dianggap tak berguna.

Bantal kekabu bila sampai masa kena tambah isinya. Semakin lama semakin kempis, tak selesa. Di sini, satu plastik kekabu sebesar bantal saiz standard dijual dengan harga RM30. Mahal juga tu. Pilihan lebih murah ialah polyfoam yang panas berpeluh, nampak aje kembung letak kepala beberapa minit jadi makin kempis.

Jadi kak b guna semula isi tilam toto ni. Kena buat di luar rumah sebab agak bersepah prosesnya. Eloklah pakai topeng sebab kekabu buat kita bersin gatal hidung.

1. Mula-mula kena tetas jahitan quilt di permukaan toto.
2. Kumpulkan kekabu setempat di tepi toto supaya mudah ambil.
3. Tetas satu bahagian tepi toto dan bantal sepanjang 5 inci. (eloknya ikut saiz tangan yang keluar masuk menggenggam kekabu).
4. Ambil kekabu masukkan ke dalam bantal. Tepuk bantal. Masukkan tangan ke dalam bantal dan gaul kekabu lama dan baru supaya bercampur sekata. Ulang ambil, tepuk dan gaul hingga dapat kepadatan yang disukai. (Ada suka bantal keras, ada suka lembik)
5. Jahit bukaan pada bantal.
6. Tepuk-tepuk bantal di semua sisi.
7. Jemur sekejap.

Umi arbee ali
Suri Berjimat Di Rumah
Sejak kecil selalu tengok mak tambah isi bantal kekabu.

Friday, 1 September 2017

Satu roti oblong untuk pelbagai menu.

Entri #137: Satu roti oblong untuk pelbagai menu.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Kak b selalu pening beli roti di kedai frozen. Kedai menjual barang mentah untuk peniaga burger, roti john dan western food. Sebabnya burger perlukan roti bulat. Roti untuk roti john saiznya panjang, tanpa bijan dan sedikit keras. Roti sosej tanpa bijan juga, sedikit kecil dan lembut gebu.

Peninglah sebab ia dijual seplastik besar ada 10 buku. Tak boleh beli sikit-sikit. Sedangkan kak b beli masak untuk keluarga kecil.

Akhirnya kak b selesaikan pening dengan roti oblong. Panjang, dengan taburan bijan dan sederhana keras. Satu plastik ada 10 buku roti. Sudah selamat masak semuanya pelbagai menu. Burger, roti john, roti jejari ketam ala subway dan roti telur mata (kuning mesti cair). Alhamdulillah jimat.

Resepi menyusul ye.

Friday, 21 July 2017

Carian google oleh pelanggan.

Entri #136: Carian google oleh pelanggan.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Umi arbee ali

Setiap kali muatnaik iklan bergambar saya pastikan ada cara hubungi pada gambar sama ada nombor telefon, link blog, instagram atau fb. Saya pilih nombor telefon kerana memudahkan saya respon pantas dengan pelanggan.

Gambar iklan beserta nombor telefon saya muatnaik di fb, page, instagram dan tak lupa blog. Ramai sebenarnya yang google untuk maklumat atau gambar yang diingini seperti pelanggan saya, Encik Zam.

Jadi, jangan lupakan kuasa iklan blog. Jika rasa leceh atau tak ada masa untuk blogging dapatkan tapak iklan blog kami. Kami bantu promo bagi pihak empunya bisnes melalui carian google oleh pelanggan.

Umi arbee ali
Cuba google minyak rambut zaitun ana edar.

Tuesday, 9 May 2017

Penapis habuk mesin basuh.

Entri #135: Penapis habuk mesin basuh.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali


Minggu lepas mesin basuh buat hal. Jenama LG. Dah tua usianya 12 tahun. Air dari paip tak masuk ke dalam mesin basuh. Huh gigih saya angkut air guna baldi dari paip sinki dapur. Sempat juga basuh baju dua kali dengan cara tu sebelum Uncle Lee datang membantu.

Uncle Lee pernah dua kali datang baiki mesin basuh yang sama. Saya kenal dia dari kawannya yang datang baiki peti ais. (Banyak betul barang pernah rosak di rumah ni ye ;) Saya telefon waktu pagi maklumkan masalah. Katanya mungkin valve atau motherboard. Kos valve dalam RM150. Motherboard pula RM250. Jika tak ada sebarang masalah, boleh terus siap baiki on the spot. Dia bertanya bila saya free dan ada di rumah. Saya jawab "saya surirumah yang bekerja dari rumah jadi saya sentiasa ada di rumah".

Petangnya, bila dia dalam perjalanan menghampiri Bangi, dia telefon bertanya saya ada di rumah ke, lagi setengah jam akan sampai.

Memang benarlah masalah valve. Dan saya juga beli penapis habuk mesin basuh dengan Uncle Lee berharga RM10 seunit. Kainnya sangat elok kukuh. Bukan kain stokin yang pernah saya beli di kedai barang plastik. Cuma saiznya tak ngam untuk semua jenis mesin basuh. Dengan mesin basuh LG saya sedang elok masuk ke dalam slot pemegangnya. Kata Uncle Lee, penapis habuk ni tak dijual dalam kuantiti sedikit. Dia terpaksa beli minimum kuantiti 50 unit.

Tengok jenis kainnya.


Saya ambil dua unit. Semua sekali kosnya RM180. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, saya dah tak perlu angkut air guna baldi.



Umi Arbee Ali
Suka :) sebab dah tak perlu jahit kain penapis habuk.

Friday, 14 April 2017

Blog kisah kehidupan.

Entri #134: Blog kisah kehidupan.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr


Contoh hasil blog pelajar kelas blog penulisan. Berkenalan dengan penulis Puan Azni Aziz. Link blog http://azniaziz.blogspot.my Fokus blog ialah kisah dan kehidupan penulis yang gemar membaca, menulis dan melancong.

Kelas asas blog penulisan sangat sesuai untuk yang gemar menulis, memuntahkan idea pendapat atau bercerita. Kami bantu kenalpasti minat dan kemahiran setiap pelajar. Dari situ bina fokus blog dan kembangkan melalui penggunaan label. Semua sudah dirangka seterusnya kayuh menulis terus disiplin.

Bagaimana disiplin menulis?
1. Letak tarikh akhir yang jelas. Contoh 44 entri iaitu 2 entri sehari.
2. Tulis pada waktu sama setiap hari, selepas solat 5 hingga 10 minit menulis laju.
3. Wajib bawa buku nota. Jadikan ia sebagai bank idea.
4. Saring ia mengikut 5 label utama blog.
5. Boleh pindahkan serentak dan sambung lagi secara konsisten.
6. Bahan di blog boleh dijadikan sebagai idea status di facebook.
7. Status di facebook juga boleh dipindah dan dikembangkan sebagai entri.
8. Jadikan rutin menulis sebagai serampang 5 mata. Kita buat kerja serentak tanpa menganggu rutin yang lain.
(Nota Puan Masayu Ahmad, pengasas Abdr juga penulis tetap Majalah Mingguan Wanita)




Umi arbee ali
Suka masak. Disiplin kongsi resepi.

Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.

Entri #133: Kelebihan bisnes servis dan produk digital dari rumah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Abdr

Satu hal yang sangat saya bersyukur menjana pendapatan dengan servis dan produk digital ialah kebolehan melakukan kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa.

Bermakna tak ada isu stok: perlukan duit modal stok, mengurus dan menyusun timbunan stok, aktiviti membalut barang dengan bubble wrap, menulis slip pos dan seterusnya urusan pos pula. Kemudian, berdebar menunggu barang sampai ke tangan penerima berkeadaan elok selamat. Itu belum lagi fikir pusing modal stok, stok rejek, stok expired. Atau sedang seronok bercuti di kampung, tiba-tiba ada order sedangkan barang nun jauh di rumah. Pening fikir cara memujuk pelanggan ;)

Apa yang saya buat saban hari hanya fokus pada tiga produk. Tawarkan kelas membina dan menulis blog, menjual ebook genre bekerja di rumah, dan promosikan iklan apa jua bisnes dan iklan homestay.

Saya hanya guna smartphone jenama Vivo harganya tak sampai seribu ringgit (tak pernah dengar ya. ;). Muat turun aplikasi bloggeroid, gtask, gdrive, gdocuments. Semua ebook dan bahan promosi simpan di sini.

Sebab itulah saya selalu ulang cakap bisnes ini boleh kerja dari mana-mana sahaja bila-bila masa. Tidak lelah uruskan produk fizikal. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang perlu ikut suami berpindah kerja. Ibu yang mahu income dari rumah. Ibu yang jadualnya padat dengan urusan keluarga namun mahu duit poket. Atau mahu bisnes dengan modal minima.

Syaratnya ada internet, gajet, niat dan usaha berterusan.

Umi arbee ali.
Umi yang bahagia bekerja dari mana-mana sahaja dengan busuk masam anak-anak.



Tuesday, 7 March 2017

Testimoni Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #132: Testimoni Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Foto oleh: Google.


TESTIMONI MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT).





















Monday, 6 March 2017

Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT) untuk Siapa?

Entri #131: Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT) untuk Siapa?
Teks oleh: Fb Zai Azizah pengasas MAB
Foto oleh: Google



MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT) UNTUK SIAPA?

Ramai yang keliru MAB ni untuk siapa. Ramai menyangka hanya untuk perempuan sudah berkahwin dan bersuami, dimakan oleh perempuan yang mahu merancang keluarga atau menjarak kehamilan.

Sebenarnya MAB untuk perempuan 18 tahun ke atas sama ada bujang, berkahwin atau belum. Boleh untuk ikhtiar hamil juga untuk perempuan menopause.
Sekiranya mengalami symptom di bawah, kalian boleh ambil MAB:

1. Anak Dara / Remaja Perempuan yang masih bujang / Wanita Dewasa
Keputihan 
Senggugut
Period tidak teratur
Kegatalan dan bau di bahagian miss v
Kurang bertenaga
Letih, lesu

2. Wanita Dah Berkahwin / Inginkan zuriat
Keputihan & Senggugut
Period yang tidak teratur / lancar
Tidak subur
Telur yang tidak sihat
Buasir
Sembelit
Kurang bertenaga

3. Wanita Dah Berkahwin / Keguguran 
Rahim tidak sihat 
Otot rahim tidak kuat
Penyusuan badan
Tidak lawas 
Dingin / Tidak harmoni dalam perhubungan intim
Rambut gugur

4. Wanita 40 an keatas / Warga Emas
Monopouse
Tidak bertenaga, letih
Sakit lutut, sakit tumit, lenguh2 badan
Tidak harmoni dalam perhubungan intim
Tidak lawas pembuangan air kecil / besar
Sakit pinggang

5. Selepas bersalin / berpantang
Penyusuan badan
Jagaan rahim lebih sihat
Simpton kemurungan
Tiada tenaga, kurang bermaya
Sakit pinggang, lenguh2 badan
Kembali menawan seperti anak dara


Tak percaya? Tengok gambar di bawah.



MAB TABLET / MAB KKM HERBA KHUSUS WANITA
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.

Monday, 27 February 2017

Selamatkah Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT)?

Entri #130: Selamatkah Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT)?
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/soalan-lazim/
Foto oleh: Google



SELAMATKAH MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)?


Ya selamat. 100% herba. MAB sudah lebih 40 tahun dan resepinya digunakan sejak turun temurun. MABT didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan bernombor KKM 170616/05/120.

KKM kelaskan MABT sebagai produk Interfasa Makanan. Maka MABT bukan produk ubat dan tak perlukan nombor siri MAL.





Bebas steroid. Analisis dari UTM.

Bebas steroid. Analisis dari USM.


MERANCANG KELUARGA CARA HERBA TRADISI DENGAN MAB TABLET / MAB KKM
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.



Harga dan Kandungan Sebotol Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #129: Harga dan Kandungan Sebotol Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan dari kotak MABT.
Foto oleh: Google



HARGA DAN KANDUNGAN SEBOTOL MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Harga: RM40 sebotol

Kandungan: 21 biji untuk sebulan

Manjakani, kacip fatimah, serapat, pueraria mirifica, habbatussauda’, madu, inai, perisa grape, maltodextrin, gam akasia, asid sitrik, stevia.


Nombor daftar KKM: KKM170616/05/120



MAB TABLET / MAB KKM: RESEPI TURUN TEMURUN SEJAK 40 TAHUN.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Maklumat Pemakanan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #128: Maklumat Pemakanan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan dari kotak MABT.
Foto oleh: Google.


MAKLUMAT PEMAKANAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Saiz hidangan: 0.8 gram
Hidangan per pek: 21 biji
Jumlah purata setiap 100 gram:
Tenaga                 64 kcal (269 kJ)
Karbohidrat        15.9 gram

Protein                 0.1 gram



MERANCANG KELUARGA CARA HERBA TRADISI DENGAN MAB TABLET / MAB KKM
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.



Penyimpanan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #127: Penyimpanan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan dari kotak MABT.
Foto oleh: Google


PENYIMPANAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)


Simpan dalam bekas bertutup rapat.  Elakkan haba, cahaya dan lembapan. Simpan pada suhu 15 – 30°C.

MERANCANG KELUARGA CARA HERBA TRADISI DENGAN MAB TABLET / MAB KKM
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Thursday, 9 February 2017

Kata carian google untuk blog bisnes.

Entri #126: Kata carian google untuk blog bisnes.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Abdr

Puan Noormaziana mendaftar kelas blog bisnes Abdr pada bulan Januari yang lepas. Pengusaha frozen food dari rumah (bisnes sejuk beku). Mendaftar kelas blog bisnes untuk belajar cara menguasai blog. Sedar bahawa blog ialah bahan bacaan umum, beliau mahu memanfaatkannya. Sudah pon tamat rempit 40 entri. Blog yang dibina http://mazianazainalabidin.blogspot.my/

Alhamdulillah, bulan Februari beliau dapat tempahan pertama dari medium blog. Customer menjejaknya melalui blog bisnes yang dibina.
Pelanggan pertama dari blog.

Kata carian ialah temosa frozen. Bakal pelanggan mula menaip perkataan tersebut pada kata carian. Dalam banyak-banyak pengusaha frozen food diselang seli resepi temosa, blog frozen food beliau menjejak tangga keempat. Pembaca bertukar pelanggan. Pelanggan begitu yakin mahu membeli. Tambah order dari 50 ke 60 biji.
Abdr mengajar cara menaikkan ranking blog.

Tercapai hasrat beliau mahu memanfaatkan blog. Macamana beliau buat?

Kelas blog bisnes Abdr membimbing:
- hasilkan blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google.
- langkah demi langkah cara membina blog bisnes yang berpengaruh.
- jadikan blog sebagai medium pemasaran online.

Macamana beliau buat? Wasap 019-9353481. Kelas Blog Bisnes Februari masih dibuka.

Umi Arbee Ali
Surirumah bekerja dari rumah
Kelas online blog bisnes


Saturday, 4 February 2017

Aturan Makan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #125: Aturan Makan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/aturan-makan/
Foto oleh: Google


ATURAN MAKAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Kunyah di dalam mulut. Makan 1 tablet sekali sehari sama ada pagi atau malam.
Makan selama 21 hari. Rehat 6 hari. 
Sambung botol seterusnya pada hari yang sama. Contoh: habis MABT hari Sabtu, maka sambung makan hari Sabtu minggu berikutnya.


SELEPAS PANTANG
Mula makan hari ke 44 selepas bersalin.


MERANCANG SENDIRI
Mula makan hari ke 3 atau 4 atau 5 haid.


PENGGUNA PIL PERANCANG
Habiskan pil perancang. Mula makan pada hari yang sepatutnya sambung pil perancang. Tak perlu tunggu haid. MABT juga boleh dimakan bersama pil perancang.


PENGGUNA IUD
  • Jika tak haid, boleh makan terus MABT.
  • Jika IUD belum expired dan ada haid, mula makan hari ke 3 atau 4 atau 5 haid. 
  • Bila IUD sudah expired, boleh putuskan nak teruskan IUD atau MABT sahaja.


PENGAMAL INJECTION
  •          Jika injection belum/baru expired, mula makan hari ke 3 atau 4 atau 5 haid.
  •           Jika tak haid, boleh makan terus MABT.
  •           Bila injection sudah expired, boleh putuskan nak teruskan injection atau MABT sahaja.


TERLUPA MAKAN
-          Jika makan malam, esok pagi ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa, malamnya ambil 2 biji.
-          Jika makan pagi, esok malam ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa, paginya ambil 2 biji.


IKHTIAR ZURIAT
  •           Makan MABT hingga dapat haid tetap setiap bulan.
  •           Makan MABT beberapa bulan lagi hingga yakin peranakan kukuh. Tandanya haid terus datang selepas berhenti makan 21 biji.
  •           Berhenti makan MABT dan bersama tanpa perlindungan.


Elakkan makanan berkafein, banyakkan makanan beralkali seperti susu kambing, air zam-zam.
Elakkan makan/minum herba, air kelapa, air tebu kerana ia boleh meneutralkan keberkesanan MABT.

MERANCANG KELUARGA CARA HERBA TRADISI DENGAN MAB TABLET / MAB KKM
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Tuesday, 24 January 2017

Cara Dan Kesan Tindak Balas Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #124: Cara Dan Kesan Tindak Balas Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/simptom-tindak-balas/
Foto oleh: Google


CARA TINDAK BALAS MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Fasa awal makan MABT, ia bertindak merawat penyakit terlebih dulu. Contohnya mencairkan darah period / nifas lama yang tak keluar habis. Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Pada fasa ini, period tak menentu dan berubah dari jadual.

Fasa seterusnya ialah keserasian dengan MABT. Period kembali normal, maksudnya habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Selain darah kotor, lemak / kolesterol / toksin dalam badan akan keluar dari badan. Pada fasa ini, akan kerap membuang air besar dan kentut.



KESAN TINDAK BALAS MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

Tindak balas awal setiap orang berbeza. Ada yang langsung tak mengalami sebarang symptom / kesan. Ada yang mengalami kesan seperti di bawah yang bersifat sementara. Biasanya mengambil masa antara 1 hingga 6 bulan bergantung kepada badan masing-masing.

1) Period lintang pukang
- mungkin berlanjutan lebih 7 hari.
-ada kes yang period datang 4 hari, kemudian berhenti 2 hari, kemudian datang semula.

2) Rasa mengantuk
- selalunya dirasai pada orang yang ambil pagi.
- orang yang ambil malam biasanya tak perasan sebab malam kan waktu tidur zzzz.

3) Kerap kencing / buang air besar / kentut

4) Pening kepala
- sebab kita bawa masuk tambahan bahan ke dalam badan jadi perlu minum banyak air putih.

5) Payu dara rasa berdenyut

- salah satu fungsi MABT kan mencantikkan payudara.


BAGAIMANA NAK ORDER MAB TABLET / MAB KKM?
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Monday, 23 January 2017

Khasiat Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #123: Khasiat Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Rujukan http://mab.zaipermairesources.com/produk-mab/kesan-amalan/
Foto oleh: Google


Ok, jom tengok dengan 7 herba khusus untuk wanita, apa yang kita dapat dari MABT.


KHASIAT MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)


1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan.

Dari segi saintifiknya bagaimana MABT boleh bertindak sebagai family planning:

a) Bila kita makan MABT, ia akan meningkatkan suhu badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membentuk satu keadaan pada rahim yakni tempat pertemuan benih lelaki dan perempuan. Pada suhu ini, benih lelaki dan perempuan tak aktif untuk bercantum membentuk janin (persenyawaan). Bermakna peluang mengandung kosong pada suhu ini.

b) Dari ilmu kajian biologi, benih (ovum) yang dihasilkan cuma ada hayat antara 12 hingga 24 jam sahaja. Jika benih tak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam, ia akan mati sendiri.

c) Kaitkan dengan maklumat di atas, sebab itulah MABT dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Dalam keadaan rahim yang sedikit panas dan tak selesa, ia tak berupaya bergabung dengan sperma. Maka selepas tempoh 24 jam, ia mati sendiri. Pada hujung bulan, ia akan keluar melalui period. Namun jikalau dalam tempoh 24 jam ia berjaya bergabung dengan sperma, maka persenyawaan terjadi, membentuk janin, mengandunglah jawabnya.

Sebab inilah MABT mesti makan ikut aturan masa yang betul. Lebih kurang 2 jam (+-) dikira selamat. Jika tak ikut disiplin aturan makan ni, selepas 24 jam suhu badan kembali normal, benih kembali aktif, rahim kembali selesa, persenyawaan boleh berlaku. Maka termengandunglah orang yang makan main-main / lupa / tak disiplin.

d) Satu biji itulah dos yang betul untuk membuat suhu yang tepat. Jika lebih dos akan berisiko lain pula kecuali kes lupa makan. Boleh faham kan konsep family planning cara MABT? Tak ada bahan kimia, hanya ramuan rempah ratus dan herba sahaja sudah memadai.

2. Merawat masalah dalaman wanita seperti keputihan, kegatalan dan bau yang tak menyenangkan.

3. Dapat merapatkan faraj bagi wanita selepas bersalin.

4. Dapat memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.

5. Dapat menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.

6. Dapat menghangatkan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan.

8. Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan.

9. Menyihatkan badan di samping menambah tenaga sepanjang hari.

10. Dapat mencantikkan kulit, naik seri dan awet muda selepas pengeluaran toksin dalam badan.

11. Mempertingkatkan kembali imunisasi ketahanan badan, di mana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah tak bermaya, tak larat, letih lesu.

12. Melegakan perut kembung dan masalah angin dalam badan.

13. Melawaskan pembuangan air besar.

14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.

15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (senggugut).

16. Mengurangkan risiko penyakit kanser kerana ramuan MAB ialah herba tradisional tiada penggunaan steroid atau merkuri.

17. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet.

18. Menambahkan air susu ibu kerana adanya habbatussauda melancarkan susu ibu.

19. Membantu melambatkan proses menopaus.

20. Ikhtiar zuriat atau mendapatkan anak.

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut sukar mengandung. Berkemungkinan mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking, period tak habis keluar, keputihan. Keadaan ini menghalang perjalanan sperma untuk bercantum dengan ovum. MABT mengeluarkan blocking tersebut supaya proses pertemuan lancar.

21. Untuk warga emas / wanita berumur 50an ke atas. 

Ia tak dapat mengembalikan haid cuma lain-lain khasiat seperti bertenaga, melancarkan peredaran darah, lawas, menghilangkan kebas-kebas dan sebagainya.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN MAB TABLET? Atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.




Sunday, 22 January 2017

Khasiat umum setiap ramuan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #122: Khasiat umum setiap ramuan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Gambar oleh: Google


KHASIAT UMUM SETIAP RAMUAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT).

1. Ekstrak manjakani
- mengecutkan dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita
-membaiki system peredaran haid
- menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin
- membersihkan darah kotor
- mengatasi keputihan
- bertindak sebagai astringen yang berkesan dalam memperbaiki tisu faraj
- melicinkan dan memelihara kulit

2. Ekstrak senduduk
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- mengubati penyakit keputihan
- mengubati batuk yang lama

3. Ekstrak kacip Fatimah
- atasi senggugut
- lancarkan darah haid
- atasi keputihan
- pulihkan sindrom tekanan/pre-menstrual syndrome sebelum haid
- naikkan seri wajah
- pulihkan saluran peranakan
- atasi buasir

4. Ekstrak serapat
- memperbaiki dan menegang tisu faraj
- membantu menegang payudara
- menegang dan mencantikkan kulit (awet muda)
- menguatkan otot dan sendi

5. Ekstrak inai
- merawat luka dalaman dan luaran (terutamanya selepas melahirkan anak atau pembedahan)
- menhentikan pendarahan
- menaikkan seri muka

6. Ekstrak habbatussauda’
- menguatkan system kekebalan badan
- meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- meneutralkan racun dalam badan
- mengatasi gangguan tidur dan stress
- membaiki saluran pencernaan
- melancarkan air susu ibu

7. Madu
- memberi tenaga segera
- menghentikan batuk dengan cepat
- membersihkan dan membuang kotoran dalam darah
- membunuh kuman dan virus dalam darah
- mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan
- menghentikan kesakitan sendi
- baik untuk pernafasan
- membaikpulih dalaman wanita
- menghilangkan gatal-gatal pada kulit
- meningkatkan prestasi mental
- mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit

8. Gam akasia
9. Asid sitrik
10. Stevia 
11. Maltodextrin
12. Perisa grape
13. Serbuk kunyit
Ramuan 8 hingga 13 perlu untuk menjadikan MAB berbentuk tablet,menghilangkan bau, rupa dan rasa herba maajun. Maklumlah ada orang tak boleh hidu apatah lagi telan. Namun masih nak amal disebabkan khasiatnya. Maka terciptalah MAB Tablet yang boleh dikunyah dengan rasa masam manis buah anggur tanpa bau, rupa mahupun rasa jamu.

Rujukan:



Nak makan maajun tapi tak suka baunya? Cuba MAB Tablet / MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.


Kandungan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #121: Kandungan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google


Jom intai apa yang membuatkan MABT ni kecil tapi berbisa.

KANDUNGAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

1. Ekstrak manjakani
2. Ekstrak senduduk
3. Ekstrak kacip Fatimah
4. Ekstrak serapat
5. Ekstrak inai
6. Ekstrak habbatussauda’
7. Madu
8. Gam akasia
9. Asid sitrik
10. Stevia
11. Maltodextrin
12. Perisa grape
13. Serbuk inai

BAGAIMANA NAK DAPATKAN MAB TABLET? Atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah berbisa menakjubkan.





Saturday, 21 January 2017

Pengenalan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).

Entri #120: Pengenalan Maajun Anggun Bistari Tablet (MABT).
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google


Selepas pembedahan kerana mengandung luar rahim, doktor minta kami merancang dan menjarakkan kehamilan. Sungguh saya takut mencuba pil perancang, suntikan atau IUD. Kami suami isteri sepakat merancang sendiri. Alhamdulillah hingga sekarang masih berjaya.

Niat asal saya cuba MABT ialah merancang dan dalam masa sama untuk memenuhi kemahuan batin suami lillahita'ala. Hasil yang menakjubkan membuatkan saya mahu berkongsi tablet kecil murah ni untuk semua isteri di luar sana. Nanti saya buat entri testimoni pula.



PENGENALAN MAAJUN ANGGUN BISTARI TABLET (MABT)

MABT ialah produk bumiputra berasaskan herba. Digunakan secara tradisional untuk merancang keluarga/menjarak kehamilan. Ia kaedah selamat untuk jangka masa panjang, kerana pembuatan yang halal suci, bebas bahan kimia, racun, dadah dan steroid.

MABT dihasilkan secara pengilangan dengan teknologi tinggi menggunakan kaedah extract herba. Melalui kaedah ini nutrient herba dapat diambil sepenuhnya untuk kesan maksimum. Kilang tersebut berstatus Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan HALALAN TOYYIBAN.

MABT dihasilkan sebagai alternatif kepada MAB Klasik (MABK). Ia tak mempunyai bau herba maajun sekuat MABK kerana ditambah perisa grape. Juga boleh dikunyah seperti coklat tanpa rasa herba maajun kerana telah ditabletkan.

MABT didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bernombor pendaftaran KKM170616/05/120.


Selain menjarak kehamilan, ia menghadiahkan 1001 khasiat untuk kesihatan dan kecantikan wanita luaran dalaman kerana herba yang terkandung dipilih khusus untuk wanita.



Jom cuba MAB Tablet atau digelar MAB KKM.
wasap Umi 019-9353481. 
Kecil murah menakjubkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...